expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 4 Disember 2014

KETAHUILAH...

This entry is directly talking about our preparation facing the 'Laknatullah Dajjal'. Cemmana tu? Semalam buat story mory dengan kawan-kawan, baca input2 dari twitter orang lain, buka google chrome dan tadaaaaaaaa.... ada lah sedikit yang boleh dikongsi bersama.
First, mestilah kenal dulu dengan Dajjal kan? Okey, Dajjal ni makhluk yang Allah panjangkan usianya untuk menguji keimanan kita. Kita tinggal atas muka bumi ni bukan setakat hadapi hasutan syaitan, hasutan manusia, tetapi juga hasutan Dajjal. Dan sebesar-besar fitnah dan hasutan adalah yang dibawa oleh Dajjal. Dajjal ni akan akan keluar selama 40 hari untuk memporak-perandakan hidup manusia. Tapi... jangan ingat 40 hari tu macam sebulan sepuluh hari yang kita hadapi sekarang. 
Hari Pertama= Setahun
Hari Kedua=Sebulan
Hari Ketiga=Seminggu
Hari Keempat dan seterusnya= Seperti Hari Biasa.
Lama kan? Memang pun. Lepas tu, Dajjal ni akan kelilingi dunia dalam masa tu. Ada yang tanya hari tu, "Sempat kah dia mengelilingi dunia dalam tempoh itu?". Jawapan Pendakwah masa tu, "Sempat, sebab pergerakan Dajjal macam angin yang bertiup." Allahuakbar, cepat kan? Dajjal ni, masa dia keluar nanti, dia akan minta kita pilih antara neraka dan syurga. Siapa mahu neraka? Hands down. Siapa mahu syurga? Terkinja-kinja hands up kan? Tapi, ada riwayat yang mengatakan, ada satu doa Dajjal yang dimakbulkan oleh Allah iaitu doa Dajjal meminta dia menjadikan syurganya sebagai neraka untuk umat Islam dan syurganya sebagai neraka umat Islam. Jadi? Jangan sesekali kita memilih syurga Dajjal sebab hakikatnya, itu ialah neraka ciptaannya. Okey? Dajjal ni banyak kelebihan yang Allah berikan pada dia. Salah satunya, dia dapat menghidupkan semula orang yang telah mati. Sebab apa? Sebab dia hendak pengaruhi iman kita semua. Contohlah ibu bapa yang telah meninggal, akan dia wujudkan semula untuk hasut anak dia yang masih hidup supaya mengikuti Dajjal. Astaghfirullahaladzim... janganlah kita terpedaya. Dajjal pun mampu menjadikan syaitan menjelma menjadi manusia supaya membantunya menyebarkan pengaruh Dajjal. Sebenarnya Dajjal ni mampu dikalahkan oleh manusia yang lain tetapi Allah takdirkan supaya Dajjal hanya akan mati di tangan nabi Isa yang akan turun semasa waktu subuh, pada hari ke-40 Dajjal di atas muka bumi. Orang yang sekali dia telah mengikut Dajjal, tidak dapat berpatah balik, tiada pintu taubat untuknya. Tetapi orang yang sengsara dengan siksa Dajjal akan mendapat kegembiraan sebaik turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi menjadi pemimpin. Maka berbahagialah kita yang bersabar dan tidak terpengaruh dengan Dajjal nanti. Amin!!! 
Banyak lagi boleh cerita pasal Dajjal ni. Ada masa nanti kita story mory okey? Gotta go. Tadaaaaa!!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan