expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

STAY

“Kau dah order belum?”
Angguk dengan yakin. “Tapi tak tahu kenapa tak sampai lagi.” Jarinya lincah berlari di atas skrin telefon bimbit. Wajahnya pamer riak risau.
Hud geleng. Ada saja yang tak kena dengan kerja dia ni. Tangannya disuakan kepada si gadis. Esya angkat kepala sambil kening berkerut pandang Hud. “Bak sini aku cakap. Supplier ni kalau kita tak desak, selalu je hantar stock lambat.”
Perlahan Esya hulur telefon bimbitnya. Saat Xperia itu bertukar tangan, sempat terbit senyuman kecil di hujung bibir Hud. Wallpaper Esya. Gambar dia dengan Esya. Dan masa tu ada Jaed lagi.
“Jangan cakap lama sangat. Credit tak banyak.” Selamba Esya bercakap. Matanya masih pada Hud.
Hud jeling Esya. “Aku ganti balik lah.” Tangannya terus mendial nombor yang sepatutnya. Esya mencebik. Dia terus berdiri saat suara tegas Hud kedengaran bercakap dengan supplier. Esya tepuk kaki seluar yang berdebu sikit. Fuh! Hujung minggu macam ni memang bertapa kat gudang sehari suntuk. Kepalanya menjengah keluar tingkap. Panas di luar. Tekaknya juga terasa kering. Saat dia toleh kepada Hud, lelaki itu masih bercakap di dalam telefon. Esya buat keputusan untuk keluar membasahkan tekak.
“Keluar jap!”
Gelangsar dibuka sebelum memboloskan diri keluar. Hud hanya memandang.
##
“Minum.”
Angguk.
Puan Delila duduk setentang dengan Hud. Hud mencapai gelas berisi air sirap depan mata. Sekali teguk sahaja isi sudah menjadi separuh. Hud letak semula gelas. Matanya terarah kepada Puan Delila yang sedang memandang muka pintu bilik Esya.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Mata Puan Delila sudah merenung Hud.
Hud tarik senyum tawar.  “Masa dia keluar tu, Hud tengah on the phone. Few minutes after she was gone out, Cha’e kawan premis sebelah datang bagitahu Esya accident. Hud terus bawak pergi hospital. Cha’e pun tak sempat tengok siapa yang langgar.” Sumpah sekarang ni Hud rasa bersalah sebab tak jaga anak orang yang seorang tu elok-elok. Hari tu dah janji akan tengok-tengokkan Esya jika Esya berkerja di tempatnya. Sementara gadis itu menunggu tawaran kerja tetap. Tak sampai sebulan kerja dah jadi hal pula.
“Esya tu memang jenis careless. Yang aunty tak habis fikir, kenapalah masih ada makhluk kat atas muka bumi yang tak berhati perut macam orang yang langgar Esya tu. Geram pula aunty dibuatnya.” Puan Delila mengetap bibir. Kalau dapat orang tu, memang diheretnya ke balai.
Hud senyum tipis. Ada berita yang hendak dia sampaikan kepada Puan Delila di depannya itu. Jika melihat keadaan Esya nampak macam accident kecil. Fracture kat bahagian lengan kiri sahaja. Tapi ada berita yang lebih mengejutkan yang disampaikan oleh doktor tadi.
“Hud rasanya kena cari pekerja baru. Aunty tak boleh nak kasi Esya kerja kalau macam tu.”
Hud angguk. “Hud faham. Tak apa. Kerja tak banyak pun.” Tipu Hud. Walhal baru sejam yang lalu supplier hantar stock. Kena check, kira tally atau tak, lepas tu kena susun pula. Pening Hud.
Hud kerling jam tangan. “Aunty, ada benda sebenarnya Hud nak cakap ni.”
Puan Delila angkat kening. “Apa dia?”
“Pasal Esya.”
##
Ketukan di muka pintu buatkan Esya angkat kepala dari pembacaan. Terpacul Hud dengan beg plastik di tangan. Ternaik kening Esya. “Tak buka kedai ke?”
“Angah ada.” Hud melangkah meletakkan beg plastik ke atas meja. Esya hanya melihat. Hud tarik keluar disc dari sling bag. Disuakan disc itu kepada Esya.
“Stock semalam. Best among all. Try lah. Aku tau kau boring duduk terperuk.”
Esya memandang dengan pandangan bersinar. Yeah! Nasib baik Hud memahami. “Thanks. Bijak jugak kau ni.”
Hud menjeling. “Aku nak cakap something ni.”
“Apa dia?”
Hud sudah duduk di atas kerusi sebelah katil. “Jaed.”
Esya telan liur. Matanya masih pada Hud.
Hud perasan perubahan riak wajah Esya. “He’s back from Aussie.”
Esya terus  alih pandangan semula kembali kepada disc. “Don’t you dare to tell him about me.” Ada getaran pada suara Esya. Hud angguk faham.
“And…”
Esya kembali angkat kepala sambil pandang Hud. Ada apa lagi?
Hud senyum tawar. “Esya, for the sake of your own good, aku harap kalau lepas ni ada something yang jadi, kau terima dengan hati terbuka. Boleh?”
Esya kerut seribu. Kenapa dengan Hud ni? “Apa kau cakap ni? Straight please.” Bayangan Jae sudah hilang dari kepala.
Hud masih senyum tipis. “Kalau lepas ni kau dengar ada benda nonsense, boleh tak aku nak mintak kau fikir dahulu sebelum ambil keputusan? Seek for the good and the bad first. Then baru decide.”
Esya masih tidak memahami. “Yang kau berfalsafah sangat ni kenapa?” Dia sudah meletakkan disc itu ke atas cabinet sebelah katil.
Hud geleng. “Kau ingat je apa aku cakap ni.”
Esya terdiam. Perlahan dia mengangguk.
##
Matanya masih pada mamanya. Puan Delila jadi serba salah direnung begitu. “Stop staring like that.”
“Like what? Like orang yang nak good explanation for the news I just listen to? Yes, I am.” Esya terus memandang Puan Delila.
“Untuk kebaikan Esya.”
“Tak faham.”
“Esya tak faham apa yang dah jadi.”
“Then expalain. Ain’t that so easy?” Esya berdiri lalu mencapai gelas berisi susu. Perlahan dia meneguk susu itu hingga tinggal separuh.
Puan Delila juga berdiri. Hendak menamatkan perbualan ini secepatnya. “Yang pasti, Esya kena bersyukur sebab ada orang sebaik Hud.”
Esya terdiam. Puan Delila sudah keluar. Esya merengus geram. Sekali lagi dia tidak mendapat penjelasan tentang berita yang baru dia dengar.
##
“Hud baik. Then what’s the matter?”
Esya mencebik. Yon ni tak faham ke saja buat tak faham? “Yon…” meleret suaranya.
Yon tarik sengih. “Tangan kau dah okey?”
Esya rasa nak luku kepala Yon ni. Boleh pula dia pergi tukar topic. “That matter doesn’t count now. Fokus pasal apa aku baru cakap tadi.” Mata Esya tajam merenung Yon. Yon tarik sengih. “Okey! Okey. Kau cakap. Apa kau nak buat?”
Esya mengeluh. “Hud dah buat silap.”
“But I don’t think so.”
“Yes, he is.”
Yon geleng. “To propose a lady, does it looks like a crime?”
Esya sengih tawar. “Nope. But yes for a lady who have been longing for someone else.”
Yon rasa nak rebah. Janganlah! Matanya tajam merenung Esya. “Kau….” terketar suara Yon. “Kau, masih tungguh Jaed?”
Esya diam sambil tunduk. Yon terdiam tak percaya. Gosh! Yon rasa nak pengsan on the spot.
##
Sudah dua minggu sejak kes tu terjadi.  Tangan kiri Esya juga sudah sihat sepenuhnya. Namun dia masih tidak masuk kerja. Bahkan dia sudah buat keputusan untuk berhenti dari kedai Hud. Tak sanggup nak menatap Hud hari-hari. Segan.
“Esya.”
“Ya?”
“Bila nak masuk kerja?”
Esya tarik nafas. “I am planning to quit.”
Bulat mata Puan Delila. “Kenapa?”
Esya geleng sahaja. Malas bercakap panjang. Puan Delila masih merenungnya. Saat Puan Delila ingin bersuara, ada suara lain memberi salam dari luar.Serentak kepala Esya dan Puan Delila menoleh. Saat sesusuk tubuh itu berdiri di muka pintu, Esya rasa nak pitam.
##
“How have you been doing?”
“Never better.”
Angguk. Mata biru itu masih merenung pantai yang dibedil ombak. Tenang sungguh petang itu. Setenang hatinya saat melihat wajah di sisinya kini.
Esya menguis-nguis pasir dengan hujung selipar jepun miliknya. Muluntnya terherit-herot. Cuak dan segan sebab duduk berdua macam ni dengan lelaki disebelahnya. Yang sudah bertahun tidak berjumpa.
“For what sake are you coming this time?”
“To stay permanently.”
Laju kepala Esya diangkat. Ada senyuman di wajah Jaed. Esya sempat terpaku sekejap. The couple of eyes doesn’t even change. At all. Masih ada auranya macam dulu. Esya kalih pandangan pada pemandangan depan mata.
“You dah jumpa Hud?” Esya bertanya sekadar basa- basi. Rasa janggal pula menyebut nama Hud. Terasa sesusuk tubuh itu semakin menjauh dari dia beberapa hari ini. Salah siapa? Entah lah.
Jaed simpan senyum. Tiga hari lepas dia berjumpa dengan Hud. Ikutkan hati, sebaik dari berjumpa dengan Hud, dia ingin menemui gadis disebelahnya ini pula. Tapia da ayat daripada Hud yang menyebabkan dia mengambil masa dua hari untuk berfikir. Dan apabila kata hati sudah bersatu dengan minda, baru dia menemui gadis itu.
“He’s been so well. I tak pernah expect kawan I yang seorang tu akan jadi businessman berkarliber macam tu.” Ada tawa di hujung ayat Jaed. Esya juga tergelak kecil. Masa zaman hingusan dulu, Hud tu lah paling pemalas antara mereka bertiga. Kerja nak pau duit mak dia je. Tapi masa mengajar. Pengalaman mendewasakan. Hud yang sekarang bukan Hud yang dulu. ‘Even the personality left behind.’ Esya bercakap dengan diri sendiri.
“Esya…”
Esya telan liur saat namanya meniti di bibir lelaki itu. “Yup?”
Jaed pandang Esya. Pandangannya redup. Esya hanya memandang sekejap. Langsung tidak berani merenung. Arah pandangannya tidak menentu. Hanya telinga yang terus mendengar bait-bait kata lelaki itu.
Ada senyum terbit di wajah Jaed. “I wish you both live happily ever after. He deserves you. And so do you. Hud baik. Believe in me.”
Esya tergamam. Maksud? Esya seolah tidak percaya apa yang dicerna oleh otaknya. “Are you saying that…”
Jaed angguk. “We left the history behind. I know God granted him to be your future.  I am the past.” Jaed senyum lagi. Nafas dalam ditarik sambil kepalanya sudah mendongak memandang langit. Tenang sungguh bayu pantai menampar lembut kulit wajah.
Esya masih terdiam disebelahnya. Membara terasa hati Esya. What’s wrong with this guy? Esya cepat-cepat menepuk kaki seluar yang terkena pasir. Dia terus berdiri. Jaed buat tidak nampak.
“I nak balik.”
“I hantar?”
“Tak payah.” Esya terus berjalan laju pergi dari situ. Sekarang dia tidak faham apa yang sedang terjadi sebenarnya. Kenapa dengan mama, Yon, dan Jaed. Semua nak tolak dia pada Hud. Dan paling merunsingkan, takkan Hud tak tahu yang sejak dari dulu dia menantikan Jaed. Walaupun dia selalu cakap pada Hud dia sudah boleh lupakan Jaed, takkan lelaki itu tidak faham apa yang tersirat
“Hud, it takes two to tango.”
“Don’t give up. Who knows, he’ll be back for you.”
 Esya geleng kepala. Sungguh dia tidak faham apa yang sedang terjadi.
##
Hud memandang satu per satu senarai disc yang sudah tersusun kemas di tempat masing-masing. Mini Compo yang bergema dengan suara NickelBlack tidak sedikitpun mengganggu fokusnya. Saat pintu gelangsar ditolak, matanya terus memandang muka pintu. Tergamam Hud sekejap. Finally, she has came.
“Esya?”
“We need to talk.”
“Masuk lah.” Hud menarik kerusi di counter cashier. Esya berdiri bagai patung di depan meja. Hud senyum. “Aih, takkan nak aku pelawa duduk? Macam tak biasa.” Hud masukkan pen ke deretan alat tulus di tepi meja.
Esya duduk. Matanya memandang Hud. “Kenapa buat macam ni?”
“Apa?”
Geram pula Esya dibuatnya. “You got my question Hud…” bergetar suara Esya.
Hud mengeluh. “Aku pernah cakap kan? All this is for your own good.”
“Aku tak faham. Aku nak kau explain.”
Hud memicit pelipis. Migraine semalam tak kebah lagi, sekarang nak tambah pula.  “Look. Am I that bad for you?”
Diam.
“Aku nak jaga kau. Tu je.”
Terdiam Esya dibuatnya. “You don’t have to. Aku boleh jaga diri sendiri.”
“You just don’t have any slight idea on what’s happening now.”
Esya ketap bibir. “Sebab tu aku nak kau explain supaya aku boleh faham.”
Hud merengus. “Fine.”
Esya telan liur. Hud tiba-tiba keluar aura tegas lagi.
“The day you were admitted sebab accident tu, Doctor thought that I am your husband and he reveal something to me.”
Esya setia mendengar. Hud menelan liur. Take the step Hud, dia berkata pada diri sendiri.
“You are suffering from brain cancer.”
Papp! Bagai tertampar, bulat mata Esya memandang Hud. Dia terdiam. Sungguh! Perlahan-lahan Esya tergelak sinis. “You gotta be kidding. Hud, this is no joke.”
“I am not. Yon tahu. Jaed dan mama kau pun tahu.”
Dada Esya terasa sebak berbuku tiba-tiba. Ya Allah, tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. Esya pejam mata. Hud tipu. Hud tipu.
“Esya, for you to know, aku tak anggap kau lebih dari kawan, before Jaed fly to Aussie. Sebab aku tahu macam mana Jaed suka kau. Few months after, bila kita selalu berdua je lepak sama-sama sebab Yon pun dah ada life sendiri, I realize that something inside me about you had already change. Kau tahu aku tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Masa Jaed tinggalkan kita, especially you, I see you suffer a lot. Then, out of nowhere there comes a feeling inside me where I wanna protect you. I wanna be the black knight for you.” Hud berhenti sekejap. Panjang berjela dia bercakap. Esya dilihatnya masih diam. “Masa doctor cakap dekat aku, aku Cuma ada sattu aim je. Aku nak jaga kau.”
Esya geleng. Masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. “Kenapa tak pernah cakap dengan aku? Hud, ini soal hidup mati aku. kenapa aku tak tahu?” Suara Esya bergetar menahan sebak yang bercampur dengan amarah.
Hud diam. Matanya merenung mata Esya yang mula berkaca. Believe me Esya, I barely stop myself from cuddling you. Hud mengeluh. “I nak cakap dengan you. But before, aku nak kau jadi yang halal untuk aku?”
Esya membaran. “Untuk sebab apa? Kepentingan kau?” Matanya umpama laser memandang Hud. Hud tenang tidak melenting.
“Sebab aku nak bila kau tahu benda ni, bila kau rasa lost and lemah, aku ada. Aku nak kau tahu yang aku ada sama-sama dengan kau harungi benda ni. For sure, sebab aku tak tahu nak buat apa bila tengok kau sakit Esya. Bukan sebagai seorang kawan. Sebagai lelaki yang lawful untuk kau.”
Esya geleng. “Nonsense.”
“Esya…”
“Listen Hud. Kalau betul kau nak jaga aku, kenapa mesti seorang perempuan yang umur dia dah tak panjang?” Mata Esya seolah menentang.
Hud tenang menjawab. “Siapa yang boleh confirm umur kau tak panjang lagi? It can be either me or anyone else around you yang sihat walafiat ni pergi dulu tau? Even the doctor said you have chance to recover. That’s why kita fight together.”
Nasib baik waktu sekarang tidak ada orang masuk ke dalam kedai. Dengan keadaan Esya yang sedang menangis, mesti orang ingatkan Hud buat jahat kat dia.
“Ak..aku.. Aku tak boleh Hud. Everything is just too fast for me. Penyakit ni. Kau. Jaed. Aku tak boleh.”
Hud sengih. Masih ada Jaed di antara semua ini. “Esya, let’s give a try.”
Esya geleng. Ini bukan masa nak buat try and error. Ini soal hidup mati dia. Dan dia takkan pertaruhkan perkara seperti ini kepada lelaki yang baru sahaja meluahkan perasaan kepada dia, yang dia tidak tahu sama ada tulus atau tidak. Dia tidak berani. Apatah lagi saat lelaki yang dia tunggu selama ini sudah kembali.
“Aku nak balik.” Esya terus berdiri. Hud terkejut. Sudahnya? Takkan Esya tidak ingin memberi kata putus?
“Esya!” Suara Hud bergema memenuhi ruang kedai disc itu. Esya terhenti di depan muka pintu. Matanya masih mendengar kepada Hud.
“I’ve love this one girl and never before. I wanna protect her and not anyone else. Kalau kau tolak aku macam ni, I am sorry. I can even see your face. Bagi aku kata putus. Dan…” Hud berdehem. Ada getaran pada suaranya. “Dan tolong beri jawapan sama ada aku perlu pergi or let me stay. Just that to answer. Let me go or stay.”
Esya tergamam. Dia menghela nafas dalam. Kepalanya serabut. Saat pintu gelangsar ditutup, Hud terduduk. She chose. She did. Hud senyum tawar. God, sakit sangat!
##
2 bulan berlalu…
Ronan Keating berlagu ke udara. Lengan Esya menutup separuh dahinya. Matanya yang bulat masih merenung mini compo di tepi katil. Hadiah dari Hud. Tahun lepas.
“Kau tak rasa membazir ke beli mahal-mahal untuk aku?”
“Ada ke istilah membazir antara kawan?” Hud senyum.
Esya gelak kecil. “Thanks kawan.” Mini compo itu dipeluk erat.
Hud sengih. “Kalau nak hadiah lagi mahal, jadi awek aku.” Hud berjenaka.
Esya jeling Hud. “Mimpi!”
Ada senyum tawar pada wajah Esya. If only you haven’t confess. Everything won’t change. Kita masih macam kita yang dulu, Hud. Esya kalih pula pada deretan disc pemberian Hud. Masih terletak kemas di situ. Masa Jaed tinggalkan dia dulu, dia jadi hopeless. Tapi tak lama. Sebab masa tu Hud ada untuk dia. Tapi sekarang Hud pun taka da. Hud pernah janji tak akan tinggalkan dia macam mana Jaed buat. Tapi kali ini Hud pergi. Walhak dia tahu sebenarnya dia yang buatkan Hud pergi. Masih ingat ayat Jaed sebelum dia fly dulu. Hud…
“I give up on you since I realize you were meant for someone worth you. I don’t deserve you. And you worth someone who loves you more than how I do. Esya, Hud bukan pilihan yang silap.”
##
“Yon, aku tak suka kitorang jadi macam ni.”
“Kau menyesal tolak dia?”
Esya tergamam. Dia pandang Yon. “I hurt him.”
Yon angguk. Dia tahu Hud sangat terluka. Jaed juga terluka sama sebab dia pun perlu melepaskan Esya demi Hud. Tapi Hud yang selama ni selalu ada untuk Esya. Hud yang selama ni jadi black knight Esya. Pastinya Hud jauh lebih terluka.
“Things won’t fall back into place. Benda dah jadi. He had disappeared.”
Esya mengeluh. Brain cancer yang dialaminya kini sudah mula dirawat. Sakit yang dia tanggung memang memerihkan. Hanya ma dan Yon yang ada untuk dia. Jaed sudah kembali. Mencari apa yang perlu di tempat asalnya. Dan Hud? Lelaki itu benar-benar pergi. Teringat ayat terakhir Hud.
“Let me go or stay.”
##
Cha’e berjalan ke arah Esya. Setiap hari gadis ini menanti di depan premis Hud. Namun tak sekali pun Hud muncul. Hanya Angah yang menggantikan tempat Hud akan menemuinya setiap hari. Tidak pernah pemilik asal.
“Esya!”
Esya toleh. “Cha’e.”
“Err, aku nak cakap sikit boleh?”
Ternaik kening Esya. “Shoot.”
Cha’e diam sekejap. Dia pandang Esya dengan pandangan bersalah. “Esya, dia takkan balik.”
Esya tergamam.
“He left. In pain. Hud takkan balik.” Cha’e berkata jujur.
Esya menahan sebak. Cha’e, at least give me some hopes. Esya menunduk. Air mata sudah hampir tumpah. “Aku balik dulu Cha’e.”
Saat Esya berpaling, Cha’e memanggil. Esya memandang dengan pandangan kosong.
“Shouldn’t you be the one who suppose to take the step for this time?”
Dahi Esya berkerut.
Cha’e senyum. Dia pandang Angah yang sedang berdiri di belakang Esya. Angah juga sedang tersenyum.
“Along tak pergi jauh pun kak.” Angah pandang dia
##
“Roti bakar atas meja makan.” Laungan dari bawah buatkan si gadis mencebik. “Along ni, lain kali bawak keluar sekali. Susahkan orang je.” Bebelan dari Fath buatkan Hud menggeleng. Perangai sebiji macam Angah. Suka membebel.
“Dah besar Fath tu.”
“Apesal? Kau nak try?” Mata Hud pandang Ked.
Ked geleng. Jauh kot umur aku dengan Fath tu. “Kalau dengan Amsyar boleh lah. Kalau dengan aku, jauh sikit.”
Hud gelak lagi. Dia pandang pula pokok rambutan yang cantik berbuah.
“Aku tak suka rambutan.”
Sebaris ayat itu buatkan Hud hampir tercekik biji rambutan. Alam mana datang gadis ni boleh tak suka makan rambutan. “Kenapa? Sedap lah weh.”
“Aku geli.”
“Apesal?”
“Sebab dia berbulu.”
Hud pecah gelak kaw kaw on the spot.
Hud tanpa sedar tergelak kecil. Esya…
Ked disebelahnya hairan sekejap. “Ui, asal gelak?”
“Hah?” Hud terus toleh pandang Ked yang senyum macam kerang busuk. Mula lah nak membahan tu. “Tarappapa.”
All the song I can deny…
Hud terus capai handset yang berbunyi. Angah.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Along. Angah nak cakap ni.”
“Apa dia?”
Angah disebelah sana diam sekejap. “Along masih kat situ kan?”
Hud tarik handset semeter dari muka. Kenapa dengan Angah ni? “Kau nak cakap apa ni Ngah?”
“Along, stay where you are.”
“Apasal?”
“Sebab someone is on the way.”
Hud terdiam. Masih bingung. “Kau tak yah nak berbelit dengan aku. Cakap terus. Siapa?”
“Hello…”
Zrapp!!! Hud bangkit dari baring di bawah pohon. Dia kenal suara itu. Esya! Kenapa dengan Esya? Hud jadi rungsing sekejap. Sakit kah perempuan itu?
“Kenapa call?”
“Hud. Aku… I am sorry?”
“Kau tak buat salah pun.” Hud menguis tanah dengan hujung selipar. Ked disebelahnya yang memandang pelik dibiarkan saja.
“So, how have you been?” Hud sekadar berbasa-basi. Masih malu dengan Esya. Malu sebab ditolak gaadis itu. Macam yang dia cakap, dia tak akan mampu melihat gadis itu lagi sekiranya dulu dia ditolak. Tipu kalau tak pernah longing for that soothing voice. Tapi apakan daya, orang kena reject buat cara kena reject.
“Aku okey. Kau?”
“Never better. Macam mana sakit kau?”
“Currently doing teraphy. Sakit.”
“Kena kuat.” Hud telan liur. Ingat lagi macam mana dulu dia bina harapan supaya dapat harungi masa-masa tu dengan Esya. Harapan yang sudah punah.
“Aku ada mama dengan Yon.”
“Good. They will always be by your side.”
“But I lost my man.”
Hud terdiam. Suara disebelah sana juga tidak kedengaran. Bulat mata Hud. Apa yang gadis itu cuba sampaikan? Hud menelan liur.
“Hud…”
“Kat sini…”
Diam lagi. Hud tidak bercakap. Esya juga sama. Tidak sampai seminit, Hud dengar esakan halus.
“Hud…”
“Ye Esya. Aku kat sini. Kau sakit ke?”
“Tak.”
“Then?”
Esya tarik nafas dalam. “For God sake, please stay.”
Hud tergamam. Matanya tidak terpejam. Jantungnya seperti melompat keluar meninggalkan tuan. Maksud?
“I am on my way to you. Bagitahu Mak kau ada orang nak datang melamar anak sulung dia.”
Hud terdiam sebelum dia tergelak kecil. Dia tergelak sampai ada manik jernih di tubir matanya.
“Esya, anak sulung Mak aku tengah tunggu tau.”
#########






Tiada ulasan:

Catat Ulasan