expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Adam 4

Deruman Audi dari luar rumah buatkan Thiah toleh seratus lapan puluh darjah sebelum kepala kembali menghadap jam dinding. 4.30 petang. Awal gila mak cik ni pulang.
Aked memberi salam dari luar. Slepas slikmer heel pumps ditanggal dari kaki, dia terus melangkah masuk lalu menghumban tubuh disebelah Thiah.
"Awal nya kau balik?"
"Company bankcrupt."
"Ha! Ha! Macam lawak..." Thiah balas muka menyampah. Aked disebelah tertawa kecil. Flipper handset dibuka. Matanya menala mesej-mesej yang masuk. Dari Encik Kesayangan.
"Hari ni aku rasa lelah sikit. Cuaca kot."
"Pastu dapat balik awal suka hati kau? Wah, best nya!"
Aked jongket kening bangga. Jemarinya lincah membalas satu per satu mesej.
"Kau ni, ponteng class lagi eh?" Pandangan Aked lekat pada wajah Thiah yang tiba-tiba bertukar riak. Faham sangat!
"Credit hour tak pass nanti, jenuh kau repeat tau?" Kali ini suara Aked sudah berubah serius. Ya lah, manakan tidak! Budak seekor ni kepala batu. Suka hati je nak turun class ke tak. Ingat zaman IPT ni macam zaman sekolah dulu? Suka hati nak datang kelas?
"Tau... tapi tak ada mood la. Lantak lah repeat ke tak. Aku memang dah tak ada hati nak study. Sekarang ni aku rasa nak kerja. Kau boleh tolong aku tak?"
Aked lepas keluhan perlahan. "Thiah, zaman sekarang oranv perlukan at least a diploma to live. Kau nak dapat kerja macam mana kalau certificate SPM je yang ada? Kau nak jadi makcik cleaner?"
"Halal apa."
Aked geleng kepala. Kejap lagi aku buang keluar minah ni. Bukan dia bodoh untuk tidak mengerti punca Thiah jadi seperti ini. Jenuh dinasihatkan tapi masih begini.
"Dude, jangan hancurkan life kau semata-mata seorang lelaki."
"He's not just a man. To me."
"A love?"
Thiah gelak sinis.
"Kau yang tinggalkan dia."
"Why everyone kept saying that? He! He is the one who left the house, not even a word saying that he is sorry for what he did. Pastu tiba-tiba muncul and buat macam tak ada benda yang jadi."
Aked tarik bahu Thiah dekat padanya. Tahu sangat sepupunya ini sudah berangin.
"Kau tau tak apa masalah korang berdua ni? Ego! Masing-masing tahu. Dhuha dah tak ada dalam cerita korang. Adam bukan tinggalkan kau sebab Dhuha. That tima, he needed space. Untuk lupa pasal Dhuha dan untuk sedar yang dia dah ada kau. Lepas tu kau pula, masa Adam pergi, kau ambik drastic option, leave everything you guys had together. Sekarang ni Adam dah balik Thiah. You shouldnt be here. Tempat seorang isteri tu dekat suami dia. Berdosa kau buat macam ni."
Panjang bebelan dari Aked. Thiah menahan amarah di dalam hati. Sedikit sebanyak kata-kata Aked meresap di dalam hatinya. Tapi di mana harus dia letakkan muka jika dia memilih untuk kembali kepada lelaki itu? Malu kerana membuat keputusan terburu-buru. Malu jika dianggap menagih kasih semula dari lelaki itu. Malu jika Adam sebenarnya sudah tidak peduli tentang dia. Ahhh!!!!
"Tak tahu lah Aked. Aku penat. Aku nak tidur." Thiah berdiri dari situ, meninggalkan Aked yang masih memandangnya.
##
Sling bag pada bahu diletakkan duduknya. "Bro, muka tak bermaya aku tengok?"
Adam toleh. Pian kerut dahi ke arahnya. Saat itu dia Adam kembali fokuskan pandangan ke arah deretan blok bangunan.
"Panas."
"Ek elleh. Mendung je aku tengok. Tak yah nak kelentong. Kau dah makan belum?"
Geleng.
"Apasal?"
"Tak lapar."
Pian geleng kepala. "Mesti rindu air tangan bini ni kan?"
 Pian cuba mengusik. Adam tarik sengih kecil.you bet, Pian.
"Call lah..."
"Rejected."
"Pergi jumpa dekat rumah dia yang sekarang."
"Macam tak proper je."
Kali ni Pian rasa nak ketuk kepala Adam guna hammer. "Tang mana kau dengar suami kalau nak jumpa isteri tu tak proper? Habaq mai!"
Adam berhenti melangkah sebab Pian juga sidah bercekak pinggang sambil memandangnya. Drama betul pal cik seekoq ni.
"Malu lah kalau dia usir aku tiba-tiba."
"Kau tak cuba, mana nak tau"
"She left me. And there's no evidence nor a confirmation that she'll be back to me." Adam kembali meneruskan langkah. Pian juga membontoti dari belakang.
"Kepala ferum betul lah kauorang berdua ni. Dengar sikit aku nak cakap ni wahai sahabat. Tak salah kita sebagai lelaki rendahkan ego demi orang yang kita sayang. Tu bini hang tau dok? Bukan girlfriend ke kawan ke. You have your resposibility lies on your shoulder. Kau nak menangkan ego atau hapus dosa sebab abaikan tanggungjawab. Fikir!" Pian terus buka langkah lebih laju. Adam terpaku sekejap. Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan