expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Juah Xed

Straw yang bersalur dengan air Jus Tea purple di bawa menghampiri mulut. All time favourite kata orang. Mana-mana pergi pun kalau tekak terasa kering minta diisi, pantang nampak kartun kepala besar pada tin minuman itu, pasti disambarnya. Seusai membasahkan tekak, tubuhnya pula disandarkan pada kerusi. Matanya pandang Hasanah dan Q silih berganti. Masing-masing khusyuk dengan gadget di tangan. Satu keluhan berat dilepaskannya, mengundang riak pelik pada kedua-dua sahabatnya itu.
“Kau kenapa Juah? Mak aku kata tak elok mengeluh macam tu. Tolak tuah.” Gadget sudah diletak ke tepi. Tangannya menarik pula gelas yang masih penuh berisi bandung cincau namun mata tetap pada Juah yang sudah menopang dagu. Q disebelah pula sekadar angkat kepala sebelum kembali memandang gadget.
“Kalau kamu  jadi aku. bila ada orang cakap benda buruk pasal diri kau orang, apa action yang kau orang nak ambil?” Jari telunjuk mengetuk-ngetuk tin minuman yang masih berbaki separuh. Kepalanya sekarang tepu dengan persoalan yang mengasak minda. Membangkitkan semula cerita pasal rumors yang disebarkan oleh angkatan School Beta nya. Yang baru sampai ke telinganya petang kemarin. Itu pun selepas diceritakan oleh Acad.
Hasanah mengerutkan dahi.dia pandang pula Q yang juga terik riak sama. Apa kes? Q meletakkan kedua-dua lengan di atas meja. Wajah Juah yang masih sama seperti tadi,seolah orang yang resah ditinggal kekasih hati dipandang. “Kau cakap pasal apa n? benda buruk apa? Siapa?” bertubi-tubi soalan mengasak Juah menyebabkan sekali lagi dia melepaskan keluhan berat.
Juah yang tadi menopang dagu meneggakkan diri. Kepalanya diangkat merenung dua sahabat dihadapan mata. “Acad told me that he heard some bad rumors about me among Guys. First, dia cakap nak cari tahu dari mana datang cerita tu. Tak tau macam mana, ada budak School lain bagi tahu semua tu informed by Adelle.” Kalau ikutkan hati yang tengah membara petang kelmarin, Juah sudah pasti menemui Adelle yang mulut longkang itu empat mata. tapi langkah yang dia baru hendak mula mati sebaik sahaja telefon bimbitnya berdering, tanda ada sms. Sekilas dia pandang, H.S Xed.
‘Jangan fikir sangat pasal apa yang tengah berlaku ni. Jangan buat tindakan melulu. Biar saya settle kan sendiri’
Itu smsm yang dia dapat kelmarin. Smsm yang mematikan niatnya untuk membuat serang balas kepada Adelle. Sms yang buatkan dia tarik nafas dalam sebelum membuat keputusan untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada senior nya itu.
Hasanah bulat mata. begitu juga Q. seolah tidak percaya dengan apa yang mereka dengari. Adelleh ni memeang lah! Cari pasal tak bertempat. “Rumors pasal apa Juah? Ala,kau tak payah dengar sangat lah Adelle punya cerita tu. yang penting kau tau kau siapa. Kami pun kenal kau macam mana.” Hasanah memanjangkan tangannya mencpai bahu Juah.
‘Korang kenal aku siapa. Tapi yang lain?’
Juah jatuhkan tangan Hasanah yang mengusap bahunya. Senyum manis dihadiahkan pada si sahabat. “Kau jangan lah pujuk aku macam budak kecil. Lawak je” senyuman yang semanis mungkin cuba diukrnya bertukar menjadi tawa kecil. Hendak di tenangkan hati nya juga.
“Rumors pasal apa ek? Tak ada pula aku dengar apa-apa ni?” q pula menyoal.
“Pasal aku dengan H.S Xed. Adalah beberapa cerita yang tak berapa sedap untuk didengar. Aku rasa korang pun faham kan?” malas dia hendak menjelaskan lagi. Telinganya sendiri sudah bernanah dengar cerita tak betul yang tersebar tentang dia dan H.SXed. tidak mahu dia sendiri menyebarkan lagi cerita itu. dia cumma berharap kawn-kawannya akan faham. Kepalanya ditundukkan, mendekatkan bibir dengan straw.
Q geleng kepala. Faham dengan maksud Juah. Dia dan Hasanah pun selalu juga usik Juah dengan H.S Xed tu, tapi tidak lah sampai sebarkan cerita yang tidak baik dengan orang lain. Mungkin untuk sesetengah pihak, cerita-cerita cinta atau gossip hot ni sesuatu yang seronok untuk diperkatakan. Tapi tidak untuk mereka yang bergelar pelajar Camp Clan. Kalau ada junior yang menjalinkan apa-apa hubungan istimewa dengan senior, apatah lagi Highest Senior dengan Freshie memang bukan sesuatu yang normal. Pagawai tinggi mungkin akan turun tangan kalau berita sedimikian sampai ke telinga mereka. Logiknya sebab perkara sedimikian akan mengganggu fokus mereka sepanjang camp. Tapi ramai jugak sebenarnya yang buat hubungan senyap-senyap sesame student CC, asalkan tidak sampai ke pengetahuan pegawai tinggi. Tapi dari cerita Juah, kalau sampai tersebar antara Guys dan School yang lain, tidak mustahil akan sampai jugak kepada pegawai tinggi.
“So sekarang, kau nak buat macam mana? Aku on kalau nak pergi bantai budak Adelle tu. anytime sis…” Hasanah pandang muka Juah serius. Memang! Bila-bila masa sahaja dia rasa nak layangkan kaki ke muka Adelle itu. sejak kes dia dibuktikan bersalah kerana merosakkan toiletries batch Freshie, memang dia dendam gila dengan Juah. Pantang berjumpa, mula lah mulutnya yang tak pernah bayar insurans itu menyindir sana sini. Juah pula diam. Sebab kalau nak ikut perangai Juah yang asli, hilang mulut agaknya Adelle tu. berlagak sahaja yang lebih.
Juah geleng kepala.terusik hatinya dengan kata-kata Hasanah. Dia tahu Hasanah kurang senang dengan Adelle itu. jelas! Tapi dia sudah berjanji dengan diri sendiri, pada Along, pada Angah, pada H.S Xed yang dia tidak akan buat perangai ikut kepala hangin yang tak berapa betul itu. She is learning to act in rational. Bukan terjah buat suka hati macam dulu. “Aku akan go with the flow je Hasanah. Aku malas nak bising. Mulut orang bukan boleh sumbat dengan apa pun baru nak diam. Semua ni akan stop jugak nanti. Mulut diorang akan berbuih jugak.end up, senyap!”
Hasanah dan Q angguk faham. Baguslah kalau Juah berfikir begitu. Kadang-kadang diam itu lebih baik. Kalau diorang pun buat perangai tak berapa elok, apa lah sangat beza diorang dengan si Adelle tu.
“Kau rasa H.S Xed tahu tak?” kening Q terjongket memandang Juah.
Juah angguk. Mana kan tidak, seluruh kolej lelaki rasanya sudah tahu. Termasuklah H.S Xed. Dan yang paling meyakinkan dia bahawa berita itu sudah sampai ke pengetahuan H.S Xed, smsm yang dia terima semalam. “Dia ada text aku untuk tak buat apa-apa action.”
Hasanah tarik senyum pada bibir. “Patut lah tak nak bertindak. H.S Xed dah turun tangan rupanya. Baguih! Baguih!” ceria suara Hasanah seakan mengusik. Q juga tarik senyum.
Juah geleng kepala. ‘Mula lah nak menyakat aku tu…’


##

Kepalanya berpinar-pinar saat itu. air liur yang ditelan terasa berpasir. Kaki dan tangannya sejuk umpama baru keluar dari freezer. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia harap berita yang didengarnya itu hanya sekadar mimpi. Juah pejam mata seketika. Apabila dibuka, matanya masih memandang skrin handset yang dipenuhi dengan tulisan yang sama. Dia tidak bermimpi! Argh!
‘H.S Xed quit. I feel sorry for him Juah. Kalau kau rasa nak jumpa dia sekarang, sempat lagi aku ni. Dia masih ada depan le Carte.’
Sms dari Acad buat dia diam tidak terkata. Tidak tahu apa tindakan yang perlu dia ambil. Dia yakin ini semua ada kaitan dengan apa yang Acad katakana padanya minggu lepas. Tidak sangka masalah akan jadi besar sampai begitu sekali. Sekarang, Juah keliru sama ada dia perlu turun untuk menemui lelaki itu buat kali terakhir atau diam di dalam bilik seperti sekarang, buat tidak tahu walaupun hakikatnya semua perkara terjadi disebabkan dia. Juah jadi serba salah. Dia malu untuk turun. Malu untuk menemui H.S Xed kerana lelaki itu yang terpaksa menerima bahana dari semua masalah ini. Dan dia juga malu sebab mesti ramai mata yang akan memandang dirinya jika dia menemui H.S Xed nanti. Juah jadi buntu.
Suara NickelBlack dari corong telefon mengejutkan dia. Nama pemanggil dipandang sebelum cepat-cepat handset dibawa ke telinga.
“Sir?” serak suaranya menahan rasa. Entah rasa apa. Terkejut, sedih, geram, marah. Semua berpadu di dalam dada menyebakkan nafasnya seolah sukar dihela dan dihembuskan.
“Juah…” suara itu tenang memanggil.
Juah rasa tubir matanya panas.dia tidak dapat menahan rasa. Sayu rasanya mengenangkan nasib H.S Xed itu. matanya memandang ke siling yang kosong. Cuba mencari kekuatan.
Juah diam. Xed juga sama. Tidak tahu siapa yang perlu membuka kata. Xed dihujung sana juga pasti bahawa berita itu sudah sampai ke pengetahuan Juah. Berita itu bukan baharu. Sejak dua hari lalu dia diberi notis berpindah secara tidak rasmi daripada pihak pengurusan dan disiplin. Dan semalam, dia benar-benar dikeluarkan daripada Camp Clan.
“Sir, sorry…” Juah membuka suara apabila kedua-duanya senyap.
“It’s okey Juah. Yang penting kita tahu kita tak salah. Awak okey ke tak ni?” Xed menarik nafas dalam. Suara serak gadis itu merisaukan dia.
“Saya yang patut tanya sir. Sir okey?”
“Never better.”
Juah mengeluh. Dia tahu lelaki itu menipu. “Sir, tak boleh ke kalau saya yang quit? Tak lama lagi sir nak grad kan?”
Xed ketawa kecil dihujung corong. Ada-ada sahaja idea tak bernas Juah ni. “Kalau awak yang quit, awak nak sambung mana? Hah?” Xed keluarkan aura tegas. Dia sendiri sedang berkecamuk sekarang.
“Saya ada banyak peluang lagi untuk apply mana-mana ipts or ipta. Kan sayang kalau sir yang quit? Sir nak sambung mana? Susah…”
Xed meraup muka dengan tapak tangan.cadangan yang sama yang diberikan oleh Rezki semalam. Tapi dia tidak mahu menyusahkan gadi itu.yang salah bukan Juah. Juga bukan dia. Tapi dia lelaki. Dia harus mengalah demi kebaikan gadis itu. quit dari Cam Clan memang sulit untuk dia. Tapi untuk menjadi sebab seorang gadis tidak bersalah yang menggantikan tempatnya, itu lebih susah. Bebannya akan terasa sumur hidup.
“No worries Juah. Like what you said. Saya dah nak grad pun. Saya dah khatam dah semua chapter. Tak perlu lah sijil tu. company daddy kan ada. Boleh praktik apa yang dah saya study sepanjang dalam CC ni di situ. Pusing-pusing mana pun, saya tetap kena take over company daddy. Kan?” ya, itulah rasional yang berlegar dikepalanya. Cadangan yang diberikan oleh daddy nya semalam. Bernas!
Juah tarik nafas lagi sekali. Logic memang logic. Tapi sanggup kah dia merasa terbeban seumur hidup seandainya lelaki itu terpaksa mengubur dalam-dalam cita-cita nya disebabkan dia? Tidak!
“Sir, saya tak tahu nak cakap apa. Saya betul-betul rasa bersalah. Saya..”
“Awak ni! Cubalah jangan cakap macma tu. saya dah nak blah dah ni. Boleh tak jangan bagi saya imagine muka awak kena paksa kahwin macam tu? Buat nightmare je nanti.”
Serentak ketawa kecil mereka terlepas. Juah menahan rasa hati. Disbibirnya menguntum senyum dalam tawa. Namun di mata sudah bersungai deras.
“Sir, take care.”
“Lagi?”
“Jangan lupa makan ikut jam. Sir dah tak boleh buli saya lagi untuk teman makan.”
“Sedih lah tu .”
“Emm…”
“Lagi?”
“Jangan tinggal solat sir.”
“Insha-Allah. Lagi?”
“Sir jangan lupa kitorang semua. H.S Rezki, Hasanah, Acad, School Beta..”
“I’ll never Juah. Lagi?”
“Tak tahu nak cakap apa lagi.”
Xed menguntum senyum. Lapang rasa hati. Selama ni Juah mana nak bercakap sangat dengan dia. Sepatah ditanya,sepatah dibalas. Hari ini, siap dengan pesanan panjang berjela.
“Take care juga Juah. Jangan lupa saya.”

##

Potato chips dibawa ke mulut satu per satu. Matanya lekat pada skrin TV dengan reality Tv show yang entah apa-apa. Ditelinganya tersumbat earphone yang bergetar dengan suara Tom Boxer. Kepalanya iktu bergerak mengiktu rentak muzik.
“Juah. Along nak keluar ni. Ikut tak?” Aidid yang melangkah turun memandang pelik apabila soalannya tidak terbalas. Dia tengok TV terpasang.suara TV tidak lah sekuat mana sampaikan Juah tidak mendengar suaranya tadi. Kakinya mengarah ke ruang TV. Dipandang Juah dari tepi. Aidid mengeluh. Patut pun! Telinga Juah bersumbat earphone. Aidid mencapai remote controller di atas meja sebelum menekan butang merah kea rah TV. Off!
Juah yang kehairanan sebab wajah Chef One tiba-tiba hilang dari pandangan mata menoleh ke kanan. Sesusuk tubuh itu tegak berdiri disampingnya. Earphone sebelah kanan dicabut malas. “Apa Along ni…”
Adidi geleng kepala. Tak ada dibuatnya orang menonton TV sambil pakai earphone. Tu mesti kes fikiran menerawang entah ke mana. “Dengar lagu ke tengok TV? Bazir current lah budak ni.” Aided cekak pinggang lagak guru mengaji.memang kalau dengan Juah ni dia kena jadi tegas sikit.susah hendak mendengar kata.
Juah tarik muncung itik yang dia selalu buat. Kepalanya tunduk memandang ipod di tanya. Dari Tom Boxer, suara bertukar kepada Adam dengan Maroon 5 yang lain. Baru sahaja tangannya hendak menyumbat semula earphone sebelah kanan, telinganya menangkap suara along memanggil dirinya. Kepala kembali diangkat memandanh Along dengan malas.
“Along nak keluar ni. Nak ikut tak? Ke pesan barang?”
“Nak pergi mana?”
“Summer”
Laju Juah angkat muka.Summer? aha! Rasa lama pula tidakbertapa di MPH. boleh cari koleksi Jemari Seni yang baru. Yang lama sudah entah berapa puluh kali ulang baca. Belum tengok pula karya-karya baru. Kut-kut lah Hlovate ada keluarkan karya untuk tahun itu. rindu pula dengan karya penulis yang satu itu. Juah terus berdiri. “MPH boleh?”
“Cepat siap. Lambat along tinggal.” Aidid menghumban diri ke atas sofa. Telefon di tangan dibelehk-belek sementara menunggu Juah yang sudah berlari ke tingkat atas.
“Lima minit along.lima minit!” laungan Juah dari atas jelas kedengaran. Mungkin sampai jiran-jiran sebelah pun boleh dengar suara nenek tarzan seorang tu.
Adid geleng kepala melihat perangai anak dara itu. Ayunya hilang entah ke mana.

##

Kakinya diatur mengelilingi satu per satu rak buku yang terdapat di dalam MPH. pening kepala dia hendak mencari buku yang mana. Keluar dengan Along sepatutnya menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Bila lagi nak korek poket along tu untuk belikan dia novel kan? Tapi, tadi bukan main semangat dia hendak datang ke MPH. Alih-alih jadi kaku sendiri untuk memilih novel.
Kilk!
Telefon bombit di tangan dibuka. Smsm dari Along.
‘Lepas habis ambil novel, jumpa Along di depan Saint Savier. Along jumpa kawan jap.’
Juah mencebik. Ceit! Kalau Along gerak dulu, siapa nak bayar kan dia nanti? Juah rasa malas hendak mencari tiba-tiba. Kakinya di bawa keluar dari MPH. untuk pertama kalinya dia keluar dari took buku itu tanpa sebarang buku di tanga. Mood swing agak nya. Kakinya menuju ke escalator. Hendak turun ke tingkat bawah, mendapatkan Along di kedai groceries itu. macam mak cik-mak cik pula Along ni pergi Saint Savier. Orang ramai yang lalu lalang tidak menarik perhatian Juah. Kepalanya tunduk memandang telefon bimbit di tangan. Dia cuba mencari nombor Angah. Ingin mengajak abang yang satu lagi itu ke Summer.kalau dengan Angah, boleh minta cadangan novel terbaru yang best. Kalau dengan Along, harem! Seumur hidup tak pernah baca novel.
Bukk!
Baru sahaja handset hendak dibawa ke telinga, hanset itu sudah melorot jatuh dari tangan, menyembah lantai tingkat dua Summer mall. “Allah!” Juah segera mencapai telefon itu. dibelek-beleknya. Fuh, lega! Hampir lagi buat sesi pujuk-memujuk dengan Along minta telefon baru kalau rosak tadi. Juah angkat kepala memandang insan yang sedang berdiri menghadapnya. Matanya bulat. Dunia seakan terhenti. Kakinya jadi kaku. Déjà vu?
Dan suara lelaki itu ditangkap kemas oleh deria pendengarannya.
“Adrianna Juhairah?”

##

Aidid pandang pelik adik yang sejak tadi diam di sisinya itu. masa keluar tadi, bukan main lagi pot pet minta beli itu, beli ini. Bila dia tanya mana buku yang dibelinya selepas mereka berjumpa semula didepan Saint Savier itu, adiknya itu sekadar geleng kepala. Dia pun jadi malas bertanya lebih lanjut sebab dia pun bukan tahu selera kaki buku ni macam mana. Tapi yang menambahkan tahap kehairanan itu apabila Juah diam seperti orang asing di dalam kereta.
“Jumpa hantu dekat MPH ke tadi sampai diam macam kena sawan ni?” Aidid cuba berjenaka walaupun dia tahu kadang-kadang dia fail apabila cuba berlagak ada pertalian darah dengan Zizan Razak. Dan ya, sekali lagi dia gagal sebab Juah masih diam tidak berkutik.Aidid mengeluh lemah. Tidak dapat membaca apa yang berlegar di kepala si adik.
“Kenapa ni?” aura serius mai.
“Sampai nanti kejut.” Tiga patah itu sahaja yang keluar dari mulut Juah sebelum dia menarik lutut kanan dan kiri, menutup wajahnya.
Aided diam.

##

Bahu G disebelahnya dicuit dengan jari telunjuk kanan. Pandangan mata G jatuh kepadanya sebelum terarah kepada Juah, mengikut tunjuk dagu daripada Aidid. G kerut dahi. Elok sahaja dia lihat Juah menonton TV sambil menyumbat Pringles dalam mulut. Norma je. Apa kes? Terjongket keningnya seolah bertanya, memandang semula kepada Aidid, si Along.
“Dua hari dia diam macam tu. Tau tak kenapa?”
“Tak tau. Kenapa?”
Aidid luku kepala G. orang tanya dia, dia tanya balik. Bengong! G pula tarik muka geram. Nasib mandat Along tu pada bahu abang disebelahnya itu. kalau tidak, dia yang meluku.
“Along rasa something wrong happened when I bought her to Summer Mall two days back.”
“Maksud Along?” G kerut dahi sambil renung Aidid dan Juah silih berganti.
“Lepas je kami keluar dari Summer, Juah diam tak bercakap. Bila Along tanya, dia macam mengelak. Dia ada cerita apa-apa pada Angah?” kali ini mata Aidid merenung G. selalunya Juah lebih rapat dengan G daripada dia sendiri sebab Juah lebih sering tinggal berdua menghambur rumah dengan G daripada dia yang sibuk mengurus company pa. tak tahu lah pula kalau angina diam Juah tu pun terkena dengan G sekali. Memang kes pelik lah tu.
“Taka da pula dia cakap apa-apa. Serius. Tapi memang perasan jugak lah dia macam tak berapa nak buat gaya tarzan dia tu dua hari ni. Rasanya kenapa eh? Break dengan pakwe ke?” logic tak kalau G soal macam tu? macam tidak. Sebab selama ni mana pernah dengar Juah tu ada pasang buah hati di luar. Elok je dia simpan hati dia sendiri. Tak bagi kepada orang lain. Tapi tak tahu lah jugak kalau memang hati si adik dah kena sambar orang lain tak dipulangkan semula.
Aided garu dagu. Ceh, lagak Detective Sinichi nak menyiasat. “Along tak rasa. Mana ada pakwe lah Juah tu.” itu Aidid yakin. Kalau ada, mesti Wawa sudah buka cerita kepada dia. Selalunya kalau adik atau kakak perempuan, kalau cerita bab-bab hati ni kongsi dengan adik beradik yang perempuan jugak. Kalau cerita dengan adik lelaki atau abang, memang kena sakat lah jawabnya. Kecuali kalau adik-beradik berdua je, lelaki dan perempuan. Tu memang tak boleh elak.
“Kalau jumpa buah hati lama?” G pula buat andaian. Tidak sedar yang mereka berdua itu duah buat aksi abang-abang mithali yang bermesyuarat menyelesaikan masalah Negara yang dihadapi oleh si adik menggunakan langkah pertama iaitu penyiasatan.
“Pun tak rasa macam tu.”
G tarik muncung. Semua pun main rasa-rasa. Mana nak tau betul atau tidak. “Along tanya lah. Mesti dia buka mulut punya.” Bukan tidak tahu kalau Juah sedikit takut dengan Along. Along lebih tegas daripada dia yang selalu dibuat punching bag si Juah tu. Apalah nasib…
“Angah lah. Dengan Along dia tu mana nak bercerita sangat.” Kali ni Aidid tumbuk bahu G. G tambah tarik muncung. Hah, dia pula jadi punching bag Along. Ngam!
“Nanti suruh Wawa lah.”
Aidid angguk setuju. Kali ini idea si angah itu boleh dipakai. Aided terus berdiri dari kerusi di meja makan. G angkat kepala. “Along nak ke mana tu?”
“nak kejut Wawa.” Senada Aidid menjawab sebelum bergerak naik ke atas.
G geleng kepala. Tak menyempat betul lah abang seorang ni. Apabila kelibat Aidid hilang dari pandangan mata, G jatuhkan pandangan kepada tubuh yang masih bersandar lesu seolah tak berperasaan di depan TV. Mindanya sedikit terganggu. Kenapa pula adik manja aku seorang ni?

##

Deringan telefon rumah membingitkan ruang tamu. Juah melangkah lesu mencapai gagang. “Hello…”
“Juah!!!” gagang telefon ditarik semester dari muka. Bingit telinganya. Entah siapa pula menjerit merampas pangkat nenek tarzan darinya itu. gagang kembali ditekup ke telinga. “ siapa ni?”
“Aku ni woi! Hasanah.” Ceria suara itu di hujung talian.
Juah bulat mata. biar betik? Hasanah? “Hasanah? Kau ni? Betul kau ni?” suaranya pula yang memenuhi ruang tamu. Siapa tidak ceria kalau kawan yang disangkakan hilang bertapa entah ke mana kembali muncul tiba-tiba. Walaupun bukan depan mata, dia sudah teruja. Apatah lagi kalau sudah face to face. Patah riuk agaknya Hasanah tu dia peluk.
“Aku lah ni. Juah ni kan?”
“A’ah! Aku! aku! woi mangkuk, kau hilang kemana hah?” Juah menutur kata laju. Memang betul-betul gaya orang jejak kasih yang terpisah berentas benua. Rindu! Memag rindu pada Hasanah si roommate aka bestfriend nya itu..
Hasanah di hujung talian juga tidak habis berceloteh. Mereka sama-sama melepas rindu di corong telefon. Lama tidak berjumpa. Membawa kembali mereka ke nostalgia lama semasa masih bergelar pelajar Camp Clan. Ah! Rindu!

##

Ruang tamu yang semakin lengang daripada kesesakan orang ramai menyebabkan Juah melepaskan nafas lega. Fuh! Penat mengurus majlis kenduri di rumahnya itu penat tidak terkata. Semua sebab G. G yang tiba-tiba buat permintaan luar alam pada ma dan pa untuk meminang anak orang.untung sabut lah G sebab majlis meminang it uterus bertukar jadi majlis bertunang. Kalau tadi kena tolak? Tidak kah naiya? tu lah. Merisik pun tidak, terus meminang. Risiko betul! Dan sekarang,baru selesai buat kenduri kesyukuran sebab pinangan G itu diterima.  Itu semua pun cadangan dari Ayah Su. Kalau ikutkan pa dengan ma, kenduri sedemikian hanya untuk keluarga terdekat. Tapi Ayah Su nak jugak jemput orang sekampung. Jawabnya, sekampung lah yang terpaksa Juah layan. Penat!
“Juah. Keluar kejap! Bawa air.” Laungan dari muka pintu mengganggu Juah yang baru hendak pejam mata. ‘Suara Angah.’ Entah siapa pula yang datang waktu malam yang ke angka 11 ni?  Digagahkan juga tubuh untuk keluar, melihat berapa ramai orang yang datang.
G berdiri di muka pintu. melihatkan Juah yang menghampiri, dia tarik senyum segaris. “Ambikkan air. Ada tamu.”
Juah yang berencana hendak menjengah keluar membatalkan niat apabila G berdiri di muka pintu macam Pak Guard. Pak Guad tak bertauliah. “Berapa orang?”
G angkat kelima-lima jari tangan kanannya. Random sahaja G buat pengiraan. Juah mengangguk mengerti sebelum kembali ke dapur.
Beberapa minit berlalu, muncul kelibat Juah menatang dulang berisi gelas dan jug air oren. Angah nya sudah tidak ada di muka pintu. Juah meneruskan sahaja langkah ke beranda. Dilihatnya ada beberapa lelaki sebaya G sedang duduk sambil gelak riang. Aidid pun ada sama. Kedatangan Juah dengan air menyebabkan mereka diam seketika. Juah perasan mata-mata itu lekat padanya. Tak pernah tengok anak orang ke happer? Ni mesti terjangkit penyakit gatal dari Angah ni. Sempat lagi dia mengutuk dalam hati.
“Tak pernah cerita pun kau ada adik cun melecun macam ni?” suara satu.
“Ha’ah. Kalau tahu dah lama aku masuk line.” Suara dua.
“Kau punya muka macam orang tak cukup sifat. Aku okey lah.” Suara tiga.
“Poyo je engkau semua ni.” Suara… erk! Suara itu? juah angkat kepala perlahan. Ada getaran halus yang dia rasakan. Benarkah suara itu? matanya tidak sempat mencari empunya suara yang keempat itu apabila suara Along yang menjadi suara kelima.
“Jangan buat perangai miang kau orang di rumah aku. kau orang tergesel di lalang sebelum sampai sini kea pa sampai gatal macam ni?” Tu dia Abang Long dah mai. Kacau lagi adik dia!
Juah mengangkat dulang yang sudah kosong. Hendak segera beredar dari situ. Segan pula rasanya berada di tengah-tengah antara kawan-kawan Along dan Angah nya. Walaupun ada abang-abang nya di situ. Segan!
“Naka apa-apa lagi tak? Juah nak naik atas. Penat.” Suaranya rendah bertanya kepada G yang berdiri pada pintu gelangsar. G geleng. Juah yang baru berkira hendak melangkah masuk terasa bahunya ditarik oleh G. terkejut dia. Kepalanya toleh kea rah G. kenapa dengan Angah ni?
“Cuba tengok kawan Angah semua ni. Ingat tak?”
Dari wajah G, Juah toleh pula memandang mereka semua. Wajah pertama yang sedang memakai kemeja hitam stripes kelabu. Muka macam familiar. Matanya dipicingkan. Mata sepet. Kulit sawo matang. Badan kurus tinggi melangit. “Err.. Rez.. oh, H.S Rezki!” bergema suara Juah apabila dia yakin yang sedang duduk tersenyum memandangnya itu H.S Rezki yang dikenalinya di Camp Clan. Wah! Tak sangka akan berjumpa dengan senior nya yang satu itu di situ.
“Dia ingat muka handsome aku lah tu.” Rezki buat muka bangga. Yang lain pula mengutuk sambil buat muka hendak termuntah.
“Yang tu pula.” Muncung G terarah kepada lelaki yang duduk bersila di atas lantai sambil mencapai gelas di atas meja. Tangannya melambai kea rah Juah.
“Err…H.S… err… eh, bukan! Acad!!!” kali ini Juah menjerit dengan telunjuk sekali naik. “Woi, kau naik pangkat apa join pakatan abang aku hah? Mangkuk kau!” Juah tidak sedar gaya-gaya samseng nya itu sudah keluar lagi. Semua yang ada di beranda rumah pecah ketawa. Hanya Acad yang trik sengih dengan Aidid yang geleng kepala melihat ‘kesopanan’ ayat si adik.
“Aku ikut abang aku lah.” Acad tunjuk lelaki berbaju T-Shirt hitam di belakangnya. Lelaki itu mengangkat tangan kea rah Juah. “Ka’ed.” Sepatah dia bercakap.
Juah melopong. H.S Ka’ed? H.S Khalid? Dia memang tidak seberapa rapat dengan senior yang satu itu. Sebab H.S Ka’ed itu agak pendiam. Adalah beberapa kali dia bercakap dengan H.S Khalid aka Ka’ed. Tapi tidak selalu. Tidak sangka pula dia tu abang kepada Acad. Patut lah selama ni Acad tu macam muka-muka taiko Camp Clan masa awal-awal register dulu. Rupanya ada abang dia senior di Camp Clan. Mangkuk kau Cad. Tak pernah cerita pun!
“And last but not least. Yang ni kitorang semua tahu Juah mesti ingat.”
Juah alihkan pandangan daripada Ka’ed kepada lelaki di sebelah Along nya. Lelaki itu sedang menhirup air di dalam gelas. Wajahnya terselindung sedikit. Juah kerut dahi. Lelaki itu dilihatnya meletakkan semula gelas ke atas meja dengan kepala menunduk. Sebaik kepalanya di angkat semula, Juah tergamam. Dia rasa bermimpi sekejap.
“Hi Juah. Lama tak jumpa kan? Ingat saya tak?”

##

Seluruh rak buku di MPH itu sudah ditelusurinya. Juah kalih pandangan daripada buku-buku ke wajah Hasanah yang baru bertemu dengannya beberapa jam yang lalu. “Kau ada jumpa Q?”
Hasanah senyum. “Ada. Masa kenduri Tok Wan aku. baru tau rupanya Q tu ada bau- bau bacang dengan aku.” buku ditangan diletakkan semula ke atas rak.
“Iyya? Wah, untung lah.aku rindu nak jumpa dia. Sejak dia fly hari tu, aku memang lost contact. Tu lah. FB pun dulu aku tak pernah minta.” Kakinya pula sudah melangkah keluar dari MPH. Hasanah mengikut dari belakang.
“Dia sihat walafiat. Nanti aku bagi kau number dia sekarang.”
“Okey! Okey!”
“Err.. Juah!”
Langkah kaki yang diatur menuju ke deretan took baju terhenti. Juah pandag Hasanah dengan kening terjongket. “Kenapa?”
“Hari tu aku jumpa Adelle.”
Gulp. Juah telan liur. Entah apa respond yang perla dia tunjukkan. Marah? Untuk apa? Untuk membuktikan pada Hasanah dia menyimpan dendam pada gadis itu? tidak rasanya. Nama itu sudah dia kubur lama dahulu. Semua sebab pesanan dari H.S Xed. ‘Jangan simpan dendam. Tak elok. Biar Tuhan yang balas.’ Setelah sekian lama suara itu seolah dekat pada halwa telinga nya.
“Jadi?”
“She seems changed. A lot.”
“Maksud kau?” dahinya berkerut.
“Hijab. She wears hijab.”
Kali ini bulat mata Juah pandang Hasanah. “Iyya? Bagus lah tu. dah sampai seru.” Langkah yang tadi terhenti disambung semula. Hasanah melangkah disebelahnya. Mata Juah meliar memandang kedai kasut dan pakaian di sekeliling.
“Dan Adelle ada cakap. Kau jumpa H.S Terrard couples of weeks ago. Betul ke?”
Juah hembus nafas berat. “A’ah. Dalam Summer ni jugak. Depan escalator.” Teringat semula insiden yang buat dia rasa darah nya panas menggelegak sewaktu terlanggar lelaki itu.


“Adrianna Juhairah?”
Kalut Juah berdiri. Tubuh di depan mata itu dia pandang dengan pandangan mencerlung. Apa yang lelaki itu buat di sini?
“You Juah kan?” Sopan lelaki itu berkata namun langsung tidak menarik hati Juah untuk bermanis muka. Tidak mungki Juah mampu menarik senyum kepada orang yang telah membuatkan cerita yang tidak baik tentangnya sampai kepada pegawai tinggi Camp Clan. Orang yang telah menyebabkan saban harinya dibebani rasa bersalah kepada H.S Xed yang dibuang daripada Camp Clan. Orang yang memberi cadangan agar H.S Xed tidak diterima oleh Camp Clan walaupun mereka terbukti tidak bersalah melalui kesaksian daripada beberapa orang H.S yang lain. Dan menyebabkan pengeluaran H.S Xed tidak terbela. Inilah orangnya. Terrard! Tidak mahu dia memberi pangkat Highest Senior kepada lelaki itu. tidak layak!
“Long time no see. You sihat?”
Juah merengus. “Saya tak tahu siapa awak. Move aside from my way.” Juah menjeling tajam.
Lelaki itu tunduk memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. “Kita borak kejap boleh? Banyak benda I nak cakap dengan you.” Pandangan mata lelaki itu seolah memujuk. Juah pula buat muka bosan.
“Tidak ada apa yang perlu kita bincangkan. Kita taka da urusan.” suaranya sudah mula naik sedikit. Panas di hati. Kalau dulu dia rasa tidak mahu berdendam dengan lelaki ini mahupun adiknya, entah kenapa menggelegak terasa di dada tatkala terpandangkan wajah itu.
“Juah, please forgive me and Adelle. It was the last six years’ story. I betul-betul minta maaf.” Nada suara Terrard kendur.
Juah lepas nafas berat. “Semua benda dah jadi. Dah. Jadi. Tak boleh pusing semula kan? Tak boleh buat apa-apa kan? So sekarang tolong ketepi. Saya tak nak kenal ‘Encik’ ni siapa!” meninggi suaranya sebelum dia terus beredar, meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Dan sejak itu, hari-hari nya kembali dihiasi masa silam yang tak dapat dia lupakan. Yang menyebabkan dia rasa lifeless beberapa hari.


“Dia betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi Juah. Adelle menangis depan aku. dia nak sangat jumpa kau.” hasanah menarik lengan Juah yang seakan malas mendengar ceritanya.
“Aku nak lupakan benda ni Hasanah. Aku tak nak ingat. Aku tak peduli lagi dengan Adelle dengan abang dia tu.” Juah biarkan lengannya digenggam Hasanah. Dia malas mahu berbincang isu itu lagi. Old story. Kubur dalam-dalam cukup!
“Terserah dengan kau Juah. Aku tahu payah kau nak lupa semua ni. Tapi aku harap kau betul-betul tak simpan dendam pada mereka berdua Juah. buat rosak hati sendiri.”
“I’’m trying. Sudah. Cut the craps. Jangan spoil mood aku nak windows shopping.”
Hasanah tarik senyum. Dia tahu luarnya Juah tu nampak keras. Dalam tetap hati seorang wanita. Lembut. Dia yakin kalau ada dendam dalam hati Juah, itu tidak sebesar mana. Dia yakin itu.
“By the way, kau pernah jumpa H.S Xed?”

##

Pintu gelangsar ditarik ke tepi. Cahaya matahari yang sudah mula naik menyilaukan pandangan. Beberapa kali dia menggosok mata sebelum pandangan dijatuhkan ke arah lama bunga. Terukir senyum di bibir melihat seorang gadis ayu bertudung sedang menyiram bunga. Di kepala gadis itu tersangkut headphone gedabak. Timbul idea nakal dalam kepala otak untuk menyakat.
“HOIII!!!” sebelah headphone ditarik sedikit sebelum suaranya menjerit ditelinga gadis itu. melatah si gadis. Paip getah sudah jatuh dari tangan. Tubuhnya dipusing seratus lapan puluh darjah dari posisi asal. Mencerlung matanya pandang lelaki yang tersenyum sumbing ke arahnya.
“Abang!!! Kalau jatuh jantung Delle macam mana?” tangannya dibawa menekup dada. Sungguh terkejut. Terrard ni bukan betul sikit kepala otak dia. Suka menyakat tak kira tempat.
“Elleh, masih benafas kan? Ha, okey lah jantung tu. mengada!” ditariknya pula pipi Adelle. Adelle sudah buat muka. Mindanya mula mencari idea untuk membalas. Tiba-tiba pandangan matanya lekat pada paip getah di kaki. Ehe! Dalam kepala sudah buat plan.
Terrard terus melangkah mendekati bunga-bunga yang disiram oleh si adik. Bunga mummy. Bunga kesayangan mummy. Yang tinggalkan mereka beberapa tahun lalu. Rindunya pada mummy…
“Abang!”
Terrard berpaling. Bayangan mummy terbang entah ke mana. Di matanya kini ada Adelle yang sedang tersenyum nakal memandangnya dengan paip getah di tangan. No! dia rasa sudah tahu apa yang ada dalam kepala si adik.
“Abang belum mandi lagi na? meh Delle tolong mandikan. Ready. One…”
“No!”
“Two…”
“No! Adelle. Jangan!”
“Three…”
Splashhh!!!
Air keluar dari paip getah mencurah-curah membasahi tubuh Terrard. Rancangan untuk mengelak sudah terlambat apabila seratus-peratus tubuhnya sudah basah. Nampaknya hari ini Adelle tak dapat bezakan pokok bunga dengan abang sendiri.
Melihatkan wajah Terrard yang masam mencuka, Adelle yang sakan ketawa memberhentikan perbuatannya. Paip getah sudah jatuh. “Marah ke cik abang? Tulah. Sakat orang lagi.” Langkah kakinya menghampiri Terrard. Kalau datang ribut Katrina si abang ni, boleh terbang ke semenanjung utara dia jawabnya.
“Abang kan belum mandi. Delle tolong mandikan lah ni. You should thank me. Bukan glare macam nak telan orang.” Adelle berdiri cekak pinggang pandang Terrard yang masih diam. Terrard tarik muka seolah merajuk walaupun dalam kepalanya sudah hendak buat serangan balas.
“Malam ni pergi rumah Ayah Jamil jalan kaki. Abang tak nak hantar.” Dua baris ayat itu sudah cukup buat Adelle buntang mata. jalan kaki? Mak aih. Jauh tu!
“Ala,abang. Sorry. Sorry. Jangan lah macam tu. nanti Delle lambat.”
“Biaq padan muka hang. Tak. Kesah!” terrard bergerak sedikit ke belakang Adelle. Senyum tersungging di bibir tatkala rancangan sudah hampir berjaya. Sedikit lagi…
“Ala, Delle janji tak buat lagi. Tapi tolong lah hantar Delle macam biasa. Rindu denga Ayah Jamil lah.”
Terrard senyum lagi. Aha! Yes! Paip getah sudah berada di tangannya. Adelle tengok Terrard yang sudah buat senyuman nakalnya lagi sekali. “Kena punish lah kalau macam tu.”
“What ever…” Adelle buat muka bosan sebab tidak tahu apa yang bersarang di minda si abang.
“Rise up both your hands.”
Adelle ikut.
“Smile.”
Adelle ikut.
Splashhh!!! Serangan balas sudah bermula. Terrard sempat mendengar jeritan memekik Adelle. Padan muka!


Terrard pandang Adelle, Adelle pandang Terrard. Dua-dua sama. Basah kuyup.
“Abang lah ni. Basah Delle. Delle baru mandi tau tak?” tangannya mengibas-ngibas hujung T-Shirt yang dipakai. Dia menarik sila berhadapan dengan Terrard yang baring menelentang di taman bunga arway mummy.
“Delle. Kalau kita jumpa Juah dengan Xed macam mana?”
Soalan yang tiba-tiba terpacul dari mulut Terrard menyebabkan Adelle angkat muka. Dia mendengar dua nama itu tadi. Terrard cakap apa tadi? “Apa dia?” suara Adelle kendur. Tekak terasa pahit tiba-tiba.
“Kita jumpa Juah. dengan Xed sekali. Kita tak boleh macam ni. Orang tak redha hidup kita.” Kali inikepala Terrard sudah berpaling kea rah Adelle yang kaku disebelahnya. Adelle tunduk.”Nak ke dia maafkan kita? Kalau H.S Xed, Delle tak tahu. Tapi kalau Juah, Delle takut lah abang. She is a good hater.” Headphone yang tadi terkena sekali air di bawanya ke tepi. Rosak headphone kesayangan. Nasiblah Walkman dalam poket tu taka apa-apa.
“I know. Masa jumpa dengan dia hari tu pun nampak sangat dia benci abang. Tapi kita kena cuba jugak Delle. Ingat pesan mummy.” Terrard hela nafas dalam. Kali ini pandangannya dibawa ke langit yang cerah. Kalau lah boleh tengok mummy dari sini…
“Tapi macam mana kalau diaorang tak nak? Kita nak buat apa?”
“Ingat tak pesan Ayah Jamil dulu?”
“Apa?”
“Kita kalau buat salah dengan orang, minta maaf sungguh-sungguh. Kita taubat pada Tuhan. Kalau orang tu masih nak benci kita, urusan tu dah jadi urusan dia dengn Tuhan. Kita kena ikhlas. Ingat?”
Adelle angguk. Benar juga kata abang nya itu. ayah Jami selalu beri nasihat pada mereka berdua semenjak mummy meninggal. Dan sepanjang bersama Ayah Jamil lah mereka banyak berubah sedikit demi sedikit. Dari Adelle yang lepas bebas, menjadi Adelle seperti dirinya sekarang. dan jugak Terrard yang hidup mengalahkan orang barat, jadi lelaki melayu terakhir macam sekarang. Alhamdulillah. Dan yang paling penting, ayah Jamil itu yang membawa mereka mengenal Tuhan yang satu. Beralih dari hidup tiada tujuan ke tikar sejadah.
“Few days back abang dapat tahu Xed dah balik dari Rouen. Kalau dia kembali ke sana, susah kita nak jumpa dia lagi.” Kali ini tubuhnya sudah tegak duduk. Terarrd melunjurkan kaki ke hadapan. Berdetak tulangnya. Penat kerja semalam belum hilang lagi. Nasib lah hari ini cuti umum sampai lusa.
“Kita nak pergi bila?”
“Adelle pergi siap. Kita pergi sekarang. tak payah tangguh-tangguh.”
Lama Adelle merenung Terrard. Betul ni? Dia jadi ragu dan takut. Entah bagaimana penerimaan mereka berdua. “Abang yakin?”
Terrard angguk. Benda baik. Kenapa nak tangguh? Kan?

##

G berlari naik ke atas dengan handset masih di tangan.pintu bilik Juah diketuk dari luar. “Juah!! oi Adik.” Tangannya memulas tombol pintu yang terkunci. Sebaik sahaja pintu terbuka dari dalam, terjengul kepala Wawa yang berusia Sembilan tahun itu.
“Acik mana?” dia tanya pada si bongsu. Wawa buka pintu luas membiarkan si Angah melihat Acik nya yang masih membuta. G beristighfar dalam hati. Anak dara apa macam ni? Dia membuka langkah masuk ke dalam. Wawa yang sudah siap berseragam sekolah itu mengikut dari belakang. G bercekak pinggang di depan katil Juah.ermm, nak buat apa ni eh? Juah ni bukan boleh bangunkan cara lembut. Tak lut. Mata G tertancap pula pada feather duster di belakang pintu. aha!
Feather duster yang agak berhabuk itu disapu ke muka Juah. Wawa buntang mata. gila lah Angah ni. Mengamuk Acik nanti. Dia menapak jauh sedikit. Takut di tuduh bersubahat.
Juah rasa hidungnya gatal. Ada yang menusuk ke dalam hidung. Apa benda ni? Tangannya menepis benda berbulu itu. ish! Lepas di tepis, ada lagi. Juah naik rimas. Apatah lagi apabila dia terasa hendak terbersin tiba-tiba. Sampan bersinnya lepas sebelum dia buka mata. benda itu berwarna coklat. Bulu-bulu ayam.. eh?
“Arghhh!!!!” jeritannya bergema satu bilik. Eh, satu rumah agaknya. Kuat mengalahkan Tarzan. G di sebelah tahan ketawa. Senyum lebar dia tengok Juah sudah bangkit dari baring.
“Morning tuan puteri. Dah puas beradu?”
Juah memicingkan mata memandang Angah nya dengan feather duster silih ganti. “ Tak guna! Pengotor lah Angah ni.benda ni kotor tau tak? K.O.T.O.R!”
“Kalau tak buat macam ni, haram lah Juah nak bangun.” G bangkit dari katil. Dia melangkah ke belakang pintu untuk meletakkan semula feather duster.nanti bising pula ma kalau cari feather duster dia tak jumpa.
“Yang Angah tiba-tiba kejut orang ni kenapa? Biasa tak kesah pun Juah membuta sampai ke petang.”rambut yang kusut dia luruskan semula dengan jari. Kata orang, guna jari pun boleh… Wawa yang sedang berdiri di sisi meja belajar dipandang sekilas.
“Ada call tadi.” G bergerak menghampiri Wawa. Terkial-kial dia tengok Wawa cuba menyisir rambut. Seketika sahaja sisir rambut sudah bertukar tangan.
“Siapa?”
“Nanti Juah jumpa jugak.”
Dahi Juah berkerut. Siapa?pelik jugak sebab Angah tiba-tiba hendak berahsia. Juah jongket bahu sebelum kembali menelentangkan diri d atas katil.
“Juah bangun lah. Apa lah anak dara seorang ni.”
Kedengaran ketawa kecil Wawa. Juah pandang dari atas katil G yang ralit menyakat si bongsu. G tolong ikut rambut Wawa. Tapi dalam masa yang sama sempat juga dia tari-tarik rambut Wawa yang panjang mengurai. G and his ‘abang aura’ memang macam tu…
##
Juah berpeluk tubuh. Matanya masih lekat pada meja yang berhidang sirap bandung. Sesekali matanya dialih memandang G yang khusyuk dengan handset di tangan.
Xed menarik nafas sekali lagi. Dia merenung dua insan yang sedang duduk setentang dengan dia. Sudah lama tidak bersua muka.
“I feel sorry for both you. Setahun lepas baru aku dengar pasal arwah mummy korang.”
Dua insan itu mengangguk memahami. Xed sudah bersuara. Daripada pengamatan Terrard, Xed okey. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda gaya orang nak istytiharkan semula perang beberapa tahun lalu. Matanya kini beralih pula kepada Juah yang masih diam sejak tadi. Hanya bekas senior nya, G yang sesekali bersuara untuknya.
“Main purpose aku dengan Delle datang sebenarnya nak minta maaf dekat Juah dan Xed untuk apa yang kami dah lakukan masa kita di CC dulu. Sebelum mummy meninggal, arwah pesan supaya aku dengan Delle minta maaf dekat korang berdua. Sebab sikap tak matang kami, Juah dan Xed jadi mangsa keadaan.” Terrard sudah setapak berterus-terang. Delle sekadar menunduk. Masih belum berani bersuara. Segannya ya Allah.
Juah mengerutkan dahi. Minta maaf? Telinga aku yang tak betul atau apa ni? Terrard dan Delle minta maaf? So not them lah. Juah menoleh memandang G. Handset G sudah masuk ke dalam kocek agaknya. G sedang merenung dia dengan wajah menyoal. Juah buat tak nampak. Masa macam ni rasa tak teringin nak cakap apa-apa.
“Aku dah lupa. Benda dah lepas. Let bygone be bygone. Tipu lah kalau tak marah. Tapi kalau fikir-fikir balik, both you play bog roles yang boleh buat aku jadi diri aku yang sekarang. Taka da korang, mungkin aku tak dapat fly pergi Rouen dan achieve my dreams.” Xed letak siku di atas lutut. Matanya mengerling Juah yang tidak bersuara. Dia kenal jiwa memberontak seperti Juah ni.
“Juah?” seruan dari G buatkan Juah menoleh serta-merta.
Apa pula Juah ni? Kening Juah terjongket memandang G. Dia tidak terfikir untuk memandang sama ada Terrard, Adelle mahupun Xed. Semua ni orang di zaman silam dia yang sekarang ni dia rasa segan untuk berbual semula. “Kenapa Juah?”
“Tak nak cakap apa-apa?”
“I don’t think I have to say any word.”
“Juah…” meleret suara G. Keras kepala betul adik dia yang satu ni.
Juah mengeluh. Kalau buat perangai kepala batu macam selalu, sampai tahun depan pun tak habis perjumpaan tak terduga ini. “Juah dah let go. Tak nak ingat dah. Lagipun Juah tak rasa the main victim dalam cerita ni Juah. Kalau H.S Xed dah okey, kenapa pula Juah nak melebih simpan dendam kan? Juah okey.” Senyuman tipis terbit di bibir, dihadiahkan pada Adelle yang sedang merenungnya.
G menyilangkan kaki. “Ikhlas ni?”
“Ye lah Angah.”
“Bagus lah. Tak elok berdendam lama-lama. Tak ke mana pun kalau nak simpan dendam tu. Yang penting semua dah sedar salah masing-masing dan anggap semua ni pengajaran dalam hidup.” G cakap macam pak ustaz terbaik di alam ini. Juah senyum smirk.
“You act like a Pak Ustaz lah Angah.”
“Will take that as a compliment. Tapi rasanya more likely to be like Along.” G angkat kening double-jerk pada Juah. Xed sengih tengok dua beradik itu. Matanya dialihkan pula kepada Terrard dan Adelle yang turut memandang G dan Juah sambil tersenyum.
Xed berdehem. “Since semua dah okey, jom keluar pergi Mid Valley?”
Empat kepala terus terarah kepada Xed. Xed angkat kening.
“Nak buat apa?”
“Haih, takkan nak bertapa kat sana. Movie, food court, Magnum. Apa-apa je lah.”
Juah pandang G. Terrard pandang Adelle. Semua tarik senyum kecuali Juah. Pandangan matanya menghantar sign kepada G yang dia tidak ingin ikut serta. Cis, baik membuta kat atas tu. G fokuskan pandangan kepada Xed. “Aku tak dapat nak join sebab takut lambat ambil Wawa petang nanti. Juah pergilah eh?”
Kali ini mata Juah membulat sebulatnya. Gila kea pa Angah ni? Juah geleng laju. Boleh mati keseganan dia kalau ikut Terrard, Adelle dengan Xed ni. Sedangkan sejak tadi dia tidak pandang pun muka mereka. Terutama Terrard dan Xed. Dan sekarang ni G suruh dia ikut pergi melepak dekat Mid Valley dengan diorang ni? Naiya!
“Tak apa lah. Juah dah janji nak keluar dengan Hasanah.”
“Ajak lah Hasanah keluar sekali.” Xed renung Juah tak berkelip. Tertunduk Juah dibuatnya.
“Err.. kami…”
“Dia kelentong je ni. Baru semalam dia keluar dengan Hasanah. Dah. Pergi siap cepat. Bila lagi Juah nak kikis kocek si Xed ni? Kan Xed?”
Xed hanya tergelak kecil. Kikis lah. Tak kesah pun. “Boleh je. Kira payback masa kat CC dulu. Aku selalu kikis masa dia. Kan Juah?”
Juah mengeluh dalam hati. Tak payah lah nak buat drama throwback macam tu. Juah mencebik. Nak pergi ke tak nak? Kalau ikutkan kata hati, memang dia tak nak pergi. Tapi orang dah mengajak, dengan Angah lagi buat pakatan Buddy dengan Xed. Akhirnya Juah mengangguk perlahan.
Ada senyuman lebar di wajah Terrard, Adelle, Xed dan G.  Sejurus itu G menepuk bahu Juah.
“Dah, pergi naik siap. Dia ni mandi pun tak lagi.”
Juah toleh drastic kepada Angah. Sengal Angah ni. Pecah rahsia aku. Xeddan yang lain sudah bantai gelak.
“Ni kita nak ragging kalau macam ni G…”
Juah jeling pada empunya suara. Ingat mandat awak tu masih berguna ke Encik Xed?
##
Pintu terkuak menyebabkan Juah fokus kepada muka pintu. Aidid aka Along sedang melangkah masuk dengan memimpin tangan Wawa. Lepas bagi Wawa makan malam agaknya.
“Keluar dengan senior CC dulu ke tadi?”
“Sudah tau lagi mau tanya.” Juah menarik mouse lalu segera kembali memulakan permainan di laptop. Aidid mengambil tempat di sebelah Juah setelah meletakkan Wawa yang ralit dengan teddy bear nya di atas katil.
Sesekali Juah mengerling Alongnya. Aidid masih memandang dirinya. Juah terus tekan left click pada mouse. Dia pusing tubuh menghadap si abang sulung. “Along nak apa ni?”
“Amboi, Along duduk sini pun tak boleh?”
Juah julingkan mata. Tak payah nak berlagak lah Along. Orang tahu Along ni nak buat sesi soal jawab dengan Juah. “Along nak cakap something dengan Juah kan? Apa dia? Along dah masukkan duit dalam account Juah?”
Papp! Aidid jentik dahi Juah. Duit saja yang diingatnya. Menyeringai kesakitan Juah dibuatnya. Ni kalau Angah yang buat tadi, selamat dia lubangkan kepala Angah guna pasu mama kat bawah. Nasib baik Along.
“Macam mana dengan diorang tadi? Okey?”
“Okey je. Kitorang tengok movie, makan kat food court and windows shopping sikit. Tapi Juah tak beli apa lah. Sebab purse dah tipis.” Juah sengih kerang busuk seolah menyindir Aidid. Ye lah, dah seminggu lebih Alongnya itu tidak memberi not-not yang dicintainya.
Aidid sengih jugak. “Elleh, G cerita Juah kikis duit poket Xed.”
“Mana ada! Memandai je Angah tu.” Bulat mata Juah. Ingat aku ni jenis pisau cukur. Walaupun aku tengok Xed tu jenis duit bekepuk, tak adanya aku nak kikis duit dia. Duit Along ni pun dia tak habis kikis lagi.
“But I heard he bought you something.”
Okey! Kali ni rasa nak lari turun bawah, dapatkan abang yang seorang tu. Habis semua rahsia kerajaan dijajanya pada Along. Tak guna betul Angah ni. Juah terus pusing tubuh menghadap Wawa yang terkebil-kebil memandangnya dengan Along. “Wawa tak tidur lagi ke?” Juah cuba alihkan topik. Laju sahaja si bongsu menggeleng sambil memeluk Encik teddy nya. Nampak sangat Wawa pun nak mendengar cerita.
“Mana dia hadiah dari Xed tu? Beratus jugak Along dengar.”
“Juah tak mintak pun. Dia yang nak sangat belikan. Juah dah tolak tapi dia kata kira macam gift untuk Juah sebab jadi junior yang baik untuk dia dulu.” Jujur. Itu lah yang dikatakan oleh Xed masa Xed hantar dia balik tadi. Terkejut beruk dia tengok paper bag berisi novel-novel berlambak karya semua penulis kegemarannya. Tipulah kalau tak happy tahap nak terbang ke langit tujuh. Tapi dia buat-buat tak nak sebab gila kea pa nak terima hadiah mahal macam tu dari Xed? Bertahun tak jumpa dengan senior yang seorang tu, tiba-tiba pula dia nak bagi hadiah. Memang clueless Juah dibuatnya sekejap. Tapi lepas kena paksa oleh Xed, dia rembat jugak paper bag tu bawak naik atas.
Along gelak kecil. Sebab jadi junior yang baik ye Xed? Aidid geleng kepala. Pandai betul pak cik seorang tu. “Ada kata terima kasih tak?”
“Ada lah Along.”
“Lepas ni tak habis senyum lah orang tu.”
“Apasal pulak?”
“Encik Senior kesayangan dah bagi hadiah. Favourite gift pulak tu. Pandai betul si Xed tu. “
Juah buat muka geli. “Memandai je Along ni.” Okey, wahai pipi mohon jangan blush. Along ni bukan jenis penyakat sealam jagat macam Angah tu. Tapi kalau dah bergabung dengan Angah untuk menyakat dia, memang dia tewas tanpa mampu bangkit semula. Tadi pun dia dah kena sakat sampai nak menangis oleh Angah.
“Lepas ni dah tak panggil H.S Xed dah.”
“Habis tu nak panggil Hubby? Bengong lah Along ni.” Juah buat lagak selamba. Tapi sekarang jantung ni macam dah nak gugur dari empunya diri. Apalah nasib kena sakat oleh Along tiba-tiba ni.
“Panggil B.S Xed.” Suara Wawa yang tiba-tiba memecah ruang di antara Juah dan Aidid buatkan mereka toleh kepala kepada si adik yang sedang senyum lebar.
“B.S Xed? Apa tu Wawa?” Along sengih pandang Wawa.
“Beloved Senior.” Dengan pelatnya Wawa sebut dua perkataan itu. Juah dah bulat mata. Karang aku terkam jugak Wawa ni. Along pula bantai gelak sambil support kata-kata Wawa.
Serta merta Juah berdiri dan bergerak keluar. Stay dalam bilik ni boleh kena bahan je oleh dua ekor ni. Baik pergi buat serangan kat Angah sebab dia lah punca yang membocorkan segala rahsia. Kurenk betul Angah ni.
Masa Juah berdiri depan pintu, sempat dia tangkap suara Along bercakap dengan Wawa.
“Acik malu lah tu Wawa.” Dan lepas tu diorang gelak berdua.
##
“Ada ni sebelah Along.”
Juah toleh pandang Aidid. Bercakap dengan siapa agaknya. Aidid terus serahkan gagang telefon kepada Juah. Ternaik kening Juah.
“Hello?”
Suara dari sebelah sana buatkan Juah melompat kegirangan. “Ma! Pa! Kenapa lama tak call?”
Aidid dah gerak naik ke atas nak kejutkan G dan Wawa. Dah lama tak on the phone dengan parents mereka itu. Sejak pa dan ma stay kat Melbourne paling kerap pun seminggu sekali diorang akan call. Masing-masing busy dengan study. Tapi ma dengan pa dah tak risau sangat sebab Along dah angkat sumpah akan jaga tiga ekor adik kesayangannya itu dengan baik. Dengar sahaja Aidid cakap pa dan ma call, berkejaran Wawa dan G turun ke bawah. Berebut semua nak cakap dengan ma dan pa. Sempat lagi Aidid tengok G ketuk kepala Juah sebab gayut dengan ma dan pa lama sangat. Wawa pula nak termenangis sebab abang dan kakak mithali tu pun tak nak mengalah dengan dia. Aidid senyum lebar. Ni kalau diorang tahu plan dia, confirm dia pula yang akan direbut macam gagang telefon itu. Aidid simpan senyum sambil matanya hanya memerhati gelagat adik-adiknya.
##
Senarai bahan mentah yang diletakkan di atas mejanya sejak semalam baru sempat ditelek sekarang. Berkerut-kerut dahi Xed membaca satu per satu senarai bahan mentah itu. Sesekali matanya beralih kepada senarai harga di sebelah kanan. Kalau tak tally, mau kena bebel dia oleh Abah sebab banyak sangat error dalam report harga.
“Xed!”
“Yosh?” Kepalanya tidak diangkat dari pembacaan. Pian tarik kerusi lalu duduk didepan Manager seorang tu. “Khusyuk nya kau.”
“Banyak sangat list. Semalam dah mintak Era check. Kira nak double check lah ni. Kenapa?” Xed bercakap tanpa pandang wajah Xed. Xed tarik calculator di tepinya.
“Aku nak cakap ni.”
“Shoot.”
“Aku nak apply cuti.”
Serentak itu baru Xed angkat kepala. Cuti? Tak pernah-pernah Pian ni nak apply cuti. “Kenapa? Kau sakit?”
Pian geleng. “Minggu depan aku nak nikah.”
Calculator terlepas dari tangan. Terlopong Xed dibuatnya. “Member apa kau ni weh? Minggu depan nak nikah baru inform aku. Sengal!” Xed tolak bahu Pian. Pian hanya sengih malu.
“Sorry lah. Aku malas nak heboh. Ni aku datang nak bagi invitation card sekali. Kau datang lah.” Pian hulurkan sampul surat berwarna merah hati kepada Xed. Xed masih terkejut. Namun ada sengih terukir diwajahnya.
“Tak sangka aku Pian. Gila-gila kau ni, ada jugak orang yang nak.”
“Tak guna kau Xed.”
Mereka pecah gelak lagi. “Aku kenal ke bride to be kau tu?”
Pian garu belakang kepala. Malu pula nak cakap. “Masa aku tanya dia, dia kata dia kenal kau. So, aku assume kau pun kenal dia.”
Terus bulat mata Xed. Siapa pula orang tu? “Nama?”
“Nur Adellia”
“Adelle?” Kali ini Xed terlopong tanda tak percaya. Anggukan dari Pian buatkan Xed terkejut.
“Mana kau kenal Adelle tu. Yang muallaf tu kan?”
Pian angguk. “Dia cousin aku. Ayah aku yang berkenan sangat aku kahwin dengan dia. Aku okey je.”
“Bukan kahwin paksa ni?”
“I redha je sahabat…”
Xed sengih. Bagus lah tu. Kalau Pian kata dia nak kahwin dengan Adelle version masa kat CC dulu, on the spot dia tak akan sokong. Tapi, lepas jumpa balik Adelle beberapa hari lepas, dia yakin masa banyak mematangkan gadis itu. Bukan Adelle yang dulu. “Aku happy untuk kau. Tak sangka seru kau sampai lebih cepat dari aku.” Xed senyum ikhlas pandang Pian.
“Ala, kau tu dah nak sampai seru tapi asyik tolak tepi. Bila nak sampai kalau macam tu?” Pian peluk tubuh pandang Xed.
Xed senyum segaris. Betul lah apa yang Pian cakap tu. Banyak kali Abah dan Ibu bebel dia pasal kahwin. Beberapa kali jugak Abah kenalkan dengan anak kawan dia. Semua dia tolak tepi. Masa dekat Rouen pun banyak je calon yang baik tapi semua tak memuaskan hati dia.
“Kau jangan tunggu lama sangat Xed. Karang jadi bujang terlajak pulak.”
“Puaka betul mulut kau eh?” Xed gelak. Begitu jugak Pian.
“Kau punya one and only apple of eye tu dah jumpa balik?”
Soalan sebaris dari Pian buatkan Xed tergamam sekejap. Perlahan ada senyum terbit diwajahnya. Xed geleng kepala. Apple of eye dia pun mula muncul dalam minda. Parah! Kerja, Xed! Kerja! Jangan nak fikir anak dara orang.
“Dah! Dah! Kau pergi buat kerja. Karang aku reject cuti kau. After lunch hour kau hantar borang cuti.” Xed kembali fokus kepada kerja tadi. Pian mencebik. Cover line lah tu. Pian keluar dari bilik Xed apabila si sahabat itu sudah tidak melayan usikannya. Xed pula asyik geleng kepala. Haih, calculation pun dah tak boleh betul kalau macam ni.
##
Juah tolak troli di dalam pasar raya. Along disebelahnya hanya dipandang sekilas sebab dia sedang fokus mencari susu Marigold favourite nya.
“G pergi mana tadi?”
“Bawak Wawa makan ice cream.”
Aidid angguk mendengar jawapan Juah. Kakinya terus melangkah sebaris dengan rak  yang tersusun dengan pelbagai jenis soft drinks. Matanya menilik senarai groceries yang belum masuk dalam troli.
“Juah, dah dengar pasal Adelle?”
“Mana Along kenal Adelle?” Juah kerut dahi pandang Alongnya.
“Ala, Along tau lah. Sejak Juah grad dari CC lagi Along dah dengar pasal dia.”
Kali ini Aidid tarik dua tin susu dan sekotak Coco Crunch.
“Oh, kenapa dengan dia?”
“Dia dah nak kahwin.”
Zret! Troli yang elok bergerak terus terhenti. Juah pandang Aidid tidak berkelip. “Buat lawak ke Along ni?”
“Lawak apa nya? Betul lah. Sah, tak nampak lagi invitation card atas dining table pagi tadi. G yang tunjuk pada Along.” Aidid turut berhenti dengan Juah.
Juah telan liur. Biar betul? Macam tak percaya je. Dia dan Adelle tu sebaya. Dan sekarang ni bila dengar Adelle tu dah nak kahwin, dia rasa seram sejuk pula. Kiranya aku nak tak lah muda sangat kan? Juah menggumam sendiri.
“Dia baru 24 dah nak kahwin.”
“Standard lah tu. Juah nak kahwin bila?”
Gulp! Along ni kalau nak menyoal memang tak perlu nak berlapik kan? Main terjah je. “Orang muda lagi. Along tu dah terlajak sangat. Bila nak kasi Juah kakak ipar?” Ha,dia nak kenakan aku konon. Memang Along ni dah tua sangat. 29 tu patutnya dah jadi bapak orang.
“Along lelaki. Bila-bila masa pun boleh. Juah tu, kalau dah ada orang yang nak, terima je.” Aidid masukkan sepacket sauce Kimball ke dalam troli. Juah kembali menolak troli tadi.
“Kerja pun tak. Orang baru freshly grad degree. Kahwin tang mana ntah.”
“Ha, baguslah kalau ada kesedaran nak kerja. Along pun naik rimas tengok Juah menyemak kat rumah tu. Karang menggajah jugak adik Along ni.” Aidid memberi laluan kepada lelaki yang lalu melintasinya. Pasar raya hujung minggu ni memag sesak dengan orang.
Juah mencebik pandang Alongnya. “Nak kerja lah. Tapi tak dapat mana-mana offer lagi. Interview hari tu pun tak tahu apa cerita.” Juah memuncungkan mulut. Memang graduan tak berapa nak scorer sangat macam dia ni susah dapat kerja eh? Menyesal dulu tak struggle untuk exam.
“Kerja dengan Along kan senang? Ambil department account. “
“Tak mahu lah. Plan nak cari tempat kerja sama dengan Hasanah. Sekarang ni pun dia tengah tunggu offer.”
Aidid geleng kepala. Perempuan memang macam tu. Kalau dah lekat dengan satu orang kawan tu, memang tak nak pisah langsung. Macam belangkas. Masuk zaman kerja pun masih nak berkepit.
“Perangai macam Angah betul lah Juah ni.”
“Juah kan adik Angah?” Senyuman selebar mungkin dihadiahkan kepada Aidid.
“Ye lah, Wawa je adik Along.”
Aidid terus melangkah lebih laju. Sentap kejap pada Juah ni. Bukan reti nak jaga sikit hati orang. Juah hanya tersenyum melihat Aidid buat gaya merajuk. Comel betul Along ni.
##
“Pak Su, Qari nak ice.”
“No Qari. You are suffering from flu. Jenuh Pak Su menjawab kat mummy Qari nanti.”
Si Kecil sudah menarik muncung sedepa. Merajuk permintaannya tidak dipenuhi oleh Pak Su.
“Kenapa Qari tu?” Ka’ed yang muncul entah dari mana hanya memandang anak buah Xed itu berlari pergi dengan muncung sedepa.
“Dia teringin sangat nak ice cream vanilla tu. Sakit tak buat gaya sakit. Pening aku budak tu.”
Ka’ed senyum. Tu baru nak urus anak buah. Belum lagi anak sendiri. “Belajarlah jadi ayah mithali.”
“Mithali hotak engkau.” Xed tuang masuk ice lemon tea ke dalam cawan kecil sebelum diserahkan kepada Ka’ed. Ka’ed menyambut dengan senyuman masih tak lekang. “Well, practice makes perfect. Once you get your own baby, taka da lah ralit sangat nak menjaga. Bahagia jugak wife kau.”
Xed sembunyi senyum. “Jauh sangat kau menerawang ni Ka’ed.”
“Mana ada jauh. Betul lah apa aku cakap ni. Kau ingat 26 tu masih muda? Ni bukan zaman nak flirting sana sini. You should have a target already. And don’t tell me you still don’t have any. Itu sumpah tak lawak.”
“Kalau aku cakap memang taka da?”
Ka’ed geleng kepala. Tipu kau ni pun jangan lah obvious sangat wahai Xed. Macam lah semua orang sekeliling kau tak tahu siapa target kau. “You are no good in lying. Aku nasihat kau shoot cepat-cepat. Takut melepas ke tangan orang. Sia-sia menanti lebih 7 tahun.”
Kain samping yang kusut sedikit dikemaskan semula. Xed masih senyum tipis mendengar ayat-ayat Ka’ed. “Tengok lah, kalau ada rezeki. Doakan je benda yang baik-baik.”
“Will so brother.” Ka’ed tepuk bahu Xed. Kedua-duanya tergelak kecil. Tak sangka, cepat sangat masa berlalu sampai diorang dah masuk ke perbualan tentang alam seterusnya.
##
Dari tadi matanya tidak lepas memandang si dia yang sedang duduk bersila di atas sofa. Sesekali si gadis itu menyelempangkan hujung tudungnya ke atas bahu. Muluntnya juga tidak berhenti menyuap potato chips.
“Angah tak buat lawak ni…”
“Ah! Juah tak nak dengar.” Potato chips masuk lagi.
G geleng kepala. Bila aku cakap serius, dia kata buat lawak pula. Susah betul Juah ni. G angkat kepala pandang Aidid dan Xed yang baru keluar dari dapur.”Dah nak balik Xed?”
“A’ah. Petang dah ni.”
Juah buat tidak dengar. Dia rasa ketiga-tiga makhluk berbangsa kaum Adam dalam rumah dia ni tengah otak tak betul sikit. Malas dia nak melayan.
Aidid mengerling Juah yang masih membelakangi dengan kepalanya menghadap ke TV. Entah iya entah tidak khusyuk sangat menonton tu.
“Apa-apa hal nanti aku call kau lah.”
Xed angguk. “Balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
G dan Aidid menghantar Xed sampai depan pintu. Juah masih buat tidak perduli. Masa dia dengar deruman Audi Encik Tetamu sudah hilang, Juah terus berdiri. Hendak naik ke atas dan buat talian hayat dengan Hasanah. Cerita hari ni mesti sampai jugak pada besty seorang tu.
“Juah!”
Baru setapak dia melangkah, suara Along sudah sampai ke halwa telinga. Juah mengeluh berat. “Kenapa?”
“Duduk jap. Along nak bincang.”
Ah, sudah!
##
Yes! Finally!!!!
Melbournde City. Gila bahagia dapat datang ke bumi kangaroo itu walau sekejap. Paling bahagia apabila semua ni atas sponsor Encik Along yang sangat dermawan. Wawa, Angah pun ikut sama. Dan yang lebih membahagiakan sebab tema vacation kali ini adalah untuk melepas rindu pada pa dan ma yang hampir dua tahun tidak bersua muka. God, I miss them so much!
“Pa dengan ma kalau weekend memang taka da class?”
Ma geleng. Pa hanya tersenyum melihat anak daranya yang seorang ini. Sudah besar. “Selalu kami duduk rumah je buat apa-apa kerja yang patut. Since all of anakkesayangan pa dan ma dah datang sini, boleh lah day walk semua sekali. Luckily sekarang masih dalam cuti. Boleh luangkan masa untuk anak-anak ma.” Ma mengelus lembut rambut Wawa yang berada di dalam pangkuannya. Kesian anaknya yang seorang itu. Masih kecil tapi sudah belajar hidup berjauhan dari pa dan ma. Nasib abang dan kakak dia dah besar semuanya.
“Yang penting Angah dah nazar nak kikis sampai halus harta Along.” G letak lengannya atas bahu Aidid. Aidid hanya menggeleng. Sabar je lah.
“Juah kali ni taubat sikit. Tak nak susahkan Along. Kesian dia. Tapi Juah take turn nak kikis kocek seluar pa.” Juah senyum ceria sambil memeluk lengan pa. Ah, rindunya pada insan bergelar ayah ini. Pa hanya tersenyum melihat kemanjaan Juah.
“Nak kena kahwinkan dia ni Pa. Biar betul-betul taubat. Kerja nak mengikis je. At least lepas ni ada jugak mangsa baru dia.” Ucapan dari Aidid buatkan Juah telan liur. Dia jeling Alongnya. G pun tak kalah lebar senyumannya. Haih, dah mula dah dua ekor ni.
“Huaa!!! Juah masih plane lag. Nak tidur. Bye you all..”

Juah terus daki naik ke atas. Tak nak Along dan Angahnya mulakan sesi yang dia tak nak dengar langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan