expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Adam 5

Hujan yang turun nampaknya semakin lebat. Hujung kain baju kurung juga sudah lencun. Kepala menjengah keluar, memerhati sekeliling jika masih ada makhluk yang akan lalu masa ini. Thiah mengutuk diri sendiri. Tu lah! Buat kerja tak ingat dunia lagi. kan dah susah? Kali ini dia melangkah masuk ke dalam bilik Audi yang masih terbuka. Telefon bimbit dikeluarkan dari backpack. Waktu begini selalunya Aked tu masih di tempat kerja...
Beberapa kali dia menelefon Aked namun tidak berangkat. Busy lah tu! Thiah memeluk tubuh. Sejuk nyaa.. Hujan macam ni memang nikmat kalau dapat tidur. Tapi tu kalau kat rumah. Kalau dalam kolej macam ni, tidur apa bendanya. Karang free kena curi oleh orang.
"Mak aih, hujan ni bila nak turun? Naik beku aku menunggu kat sini." gumamnya sendirian. Kali ini tangan kirinya menyeluk masuk ke dalam backpack, mencari hikayat lamanya. Scrap book berwarna hitam itu dibawa keluar. Ada senyum manis tersugging di hujung bibir, Perlahan jemarinya membuka satu per satu helaian scrap book itu.

"Tak macam childish sangat ke nak buat benda alah ni?"
"Childish apa nya? Sweet gituh. Few years then, boleh tengok semula semua ni. Nostalgic!" suaranya berkumandang dengan riang. Adam di sebelah geleng kepala. Memanglah Thiah ni tak pernah berganjak dari alam keanak-anakan. Kepala Adam kali ini dihalakan pada bingkai kecil di sebelah Thiah.
"Mana tahu buat collage semua ni?" Tangannya mencapai collage yang sudah diframekan menggunakan batang ice cream.
"Aip, creativitiy saya ni is a gift tahu? Lahir-lahir je memang kratif." Tanpa riak Thiah menutur sambil matanya masih fokus pada gambar-gambar kecil dan scrap book di tangan.
Adam buat muka meluat. Matanya tilik satu per satu gambar di dalam collage. Gambar masa graduation day Adam di Rouen. Gambar masa anniversary pa dan ma few years back. Gambar masa tengah lepak-lepak dengan cousin depan tangga rumah Nek Wan, masa Raya kedua. Gambar masa Thiah dapat result SPM. Dan, gambar masa mereka akad nikah. Ada sengih kecil yang tersungging di wajah Adam.
"EEE... Senyum, senyum! Cantik tak saya buat?"
Teguran dari Thiah buatkan Adam terkejut sekejap. Kepalanya menoleh memandang budak perasan tu. "Boleh lah. Macam kerja budak kindergarten." Tawa kecil lepas di hujung ayatnya.
Thiah mencebik. Pantang betul nak memuji aku. Thiah terus capai scrap book yang sudah kemas berhias. 
"Tadaaaa!!! Dah siap. Lepas ni, saya nak simpan buku ni dalam drawer. Awak jangan memandai nak ambil buku kesayangan saya ni eh?" Kakinya terus diangkat menuju ke meja study di hujung bilik. Adam sekadar menghantar dengan ekor mata. Thiah dilihatnya menarik drawer dan menletakkan kemas buku itu di situ.
"What kind of picture yang ada dalam tu?"
"Ada dua muka je. Saya. Awak."
"Eh, kenapa pulak?"
"Sebab saya nak gambar saya dengan awak je lah." Tanpa perasaan, Thiah keluar dari bilik itu, meninggalkan Adam dengan senyuman kecil di hujung bibirnya. So naughty lah you Fathiah.

Oppocot!
Deringan telefon bimbit buatkan Thiah hampir terlepas scrap book itu. Dilihatnya nama Aked muncul atas skrin.
"Mangkuk. Aku habis top up call kau dari tadi. Apasal tak angkat.?"
"Mangkuk... mangkuk. Kau call aku waktu office kenapa? Memanglah aku tak dapat nak angkat."
Kena balik oleh Aked. Thiah sengih kerang busuk. "Ye lah, Ampun! Aku sebenarnya nak minta tolong kau. I am trapped in the rain. Sekarang ni nak balik macam mana pun tak tahu. Kau dah habis kerja kan? Tolong ambil aku?"
"Gosh, Thiah! Macam mana boleh jadi macam ni? The problem is, sekarang kereta aku tak ada kat sini. Petang tadi Juairah pinjam sebab nak hantar anak dia yang demam panas kat hospital. Malam karang baru dia pulang balik sebab anak dia admitted kat wad."
Thiah jatuh rahang. Pulak dah? "Ala, aku nak buat macam mana ni? Kau ambik cab lah untuk aku."
Aked garu kepala. "Ye lah. Aku try."
"Okey!"
Thiah campak masuk semula telefon bimbit ke dalam backpack. Aked, cepatlah datang.
##

"Miss Jane ambil EL pagi tadi."
"Kenapa?"
"Entah."
Adam kembali tundukkan pandangan ke skrin laptop. Kalau Miss Jane cuti, maksudnya dia lah yang kena menghadap Encik Zuhair untuk tender kali ini. Hujung jarinya lincah berlari di atas syntap pad, mencari file-file yang akan digunakan semasa meeting nanti.
"Kau buat apa tu?"
"Cari file proposal untuk meeting dengan Encik Zuhair lah. Bonus sangat soalan kau ni."
Pian mencebik. "Ni ceq nak habaq sikit. Encik Zuhair tak dapat datang untuk discuss pasal tender tu sebab dia ada grand opening branch baru kat Perth. Tiga hari dia tak datang office. Konklusinya, tender tu nanti Miss Jane yang buat lepas Encik Zuhair pulang." Pian gosok-gosok hujung kukunya.
Adam pula angkat kening. "Biar betul? Aku tak tahu pun."
"Hm, kau mana nak tau apa yang jadi kat office ni kalau mata tak pernah lepas dari collage depan meja tu."
Pian sudah melangkah pergi, masuk ke dalam biliknya sendiri. Adam kerut dahi sambil toleh ke arah collage yang kemas tersemat di softboard depan meja. Ya sangat lah tu Pian...
 Tidak sampai beberapa minit, Pian merempuh masuk ke dalam bilik Adam. Terkejut Adam dibuatnya. 
"kau kenapa?"
"Weh, jom pergi jemput Aked."
"Kenapa?" 
"Dia baru call aku. Tak dapat nak balik rumah sebab stuck dekat office. Hujan lebat. Kereta dia kena pinjam."
"Pulak dah..." Adam mengeluh berat. Malasnya nak pergi mana-mana petang ni. Baru je sampai rumah. Dah kena keluar balik pula.
Adam berdiri lemah lalu mencampakkan tie yang sudah tergantung separuh sahaja di atas bahu ke dalam bakul. Tangannya mencapai kunci kereta di belakang pintu sebelum membontoti Pian ke bawah.
##
Aked kibas-kibas hujung lengan baju. Basah! Semuanya sebab yakin sangat turun menunggu dekat bus stop tadi. Konon nak dapat teksi cepat kat situ. Hampeh. Satu pun teksi tak ada.
"Kesian awak. Apasal tak call awal-awal lagi tadi? Tak payah nak tunggu dekat bus stop tu." Pian memandang Aked menerusi cermin depan. Adam yang memandu hanya diam tidak bersuara.
"Masa sampai dekat bus stop tadi tak lebat mana hujan ni. Lagi pun saya tengah rush nak pergi Shah Alam."
"Buat apa ke Shah Alam?"
Adam memasang telinga.
"Thiah. Dia stuck kat kolej. Tak tahu macam mana nak pulang sebab masa dia call dia kata hujan lebat. Tak dapat nak keluar."
Serentak itu Pian mengerling orang di sebelahnya. Jelas riak wajah itu berubah. Pian telan liur. Tegang sungguh wajah Adam. Aked dibelakang dipandangnya seolah menghantar satu mesej. Aked sekadar jongket bahu tanda tidak tahu apa yang difikirkan oleh Adam.
Dari arah yang lurus, Range Rouver yang mereka naiki terus bertukar arah dengan cepat. Melihat sign board di tepi jalan yang menunjuk ke Shah Alam, Pian tarik sengih...
##

Tiada ulasan:

Catat Ulasan