expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

JELING-JELING

Kata Rina sehari tak jumpa macam ada yang hilang. Betul ke? Kalau sehari tak jumpa, dia rasa sunyi. Dia rasa susah sangat untuk tersenyum. Dia rasa tak mampu nak angkat kepala pandang sekeliling sebab apa yang ingin dia lihat tidak ada di depan mata. Dia rasa semua benda jadi tak betul. Memang ada yang hilang lah kan? Hilang akal. Dan dia akui yang kata-kata Rina memang betul. Macam yang dia alami sekarang. Rina tak ada di depan mata. Ada kursus katanya. Jawabnya, macam orang hilang arah lah Ka’ed beberapa hari ni.
‘Can’t make it to see you this weekend. I ada kursus di Tanjung Malim. Within a week. Take care. Love!’
Tulisan pada telefon bimbit dia pandang dengan keluhan berat. Pertama kali berjauhan dari Rina memang rasa nak gila. Selalu hari-hari masuk office, si cantik itu sudah berdiri depan main entrance sambut dia. Kekasih hati itu bagi hadiah senyuman yang sangat manis. Penguat semangat untuk kerja katanya. Ka’ed geleng kepala dengan senyuman kecil tersungging di bibir. Rina dengan dia punya sikap ceria, mana tak hopeless dia jadinya kalau tiba-tiba hilang dari depan mata. ‘Rin sayang, balik cepat sikit…’
Hari ini hari kedua Rina kursus. Lamanya. Ada lagi lima hari sebelum kekasih itu kembali berkerja bersama. Teringat dulu masa mula-mula kenal dengan Rina tu. pantang berjumpa. Macam anjing dengan kucing. Tak pernah berdamai. Dari office sampai lah ke media sossial, semua tempat diorang bergaduh. Sampai lah officemate yang lain bising-bising.
Gaduh-gaduh korang berdua ni jangan sampai jatuh hati sudah.
Orang kata jangan benci sangat. Nanti jadi sayang.
Satu kutub utara. Satu kutub selatan. Lama-lama attraction korang berdua ni lekat sampai tak boleh pisah tau?
Dan Ka’ed akui, memang dia lekat pada Rina tu sampai tahap tak boleh pisah. Macam sekarang! Kalau ikutkan hati, sudah lama dia terjah ke Tanjung Malim mencari si buah hati. Tapi buat jatuh saham lah kalau buat macam tu. kena gelak dengan officemate yang lain, tak ke naiya tu? hendak dihubungi, Rina pesan awal-awal dia cuma boleh pick up call waktu malam. Siang memang pack dengan program memanjang. Huh! Keluhan berat dilepaskan lagi oleh Ka’ed. Rindu tahap meroyan aku ni…
##
Ka’ed menyelempangkan sling bag di bahu. Kepalanya diangkat sebelum matanya menagkap sesusuk tubuh yang sedang melangkah ke arahnya. Macam kenal… eh?
“Ka’ed! Baby!”
Wanita yang melangkah laju menghampiri buatkan Ka’ed hendak lari mencari tempat persembunyian. Tapi nak bersembunyi bagaimana? Sah sah gadis itu sudah pandang dia tadi. Aduh, bahana betul!
“Baby! Where have you been? Lama I cari you. You buat apa di office daddy I ni?”
Excuse? Daddy? Ternaik kening Ka’ed. Office ni milik daddy Carol ni? Oh my! Memang salah langkah lah aku masuk di sini. Dan yang hairannya, dekat setahun dia kerja di sini baru dapat tahu Mr Paul tu daddy Carol? Naiya!
Carol memeluk lengan Ka’ed. Lelaki itu seakan membatu. Carol angkat muka pandang wajah yang sudah lama dia tidak lihat itu. Makin kacak! “Bie, kenapa tak jawab I? You pergi mana selama ni? You miss me like hell huh? Hmm?” kali ini hujung jarinya pula mengusap dagu Ka’ed. Lelaki itu masih membatu. Terkejut sangat gamaknya.
“Err.. Carol. I tak rasa apa you buat ni elok dipandang.” Tangan kanannya cuba meleraikan pelukan pada lengan kirinya. Gila Carol ni. Berpuluh mata staf tengok aku nanti! Carol seakan terpinga-pinga. Dia menarik muncung sedepa. Ingat comel lah tu!
“Okey, kita keluar nak? I miss you Bie. Serious. I rasa happy sangat dapat jumpa you ni. Please???” Carol merengek bagai anak kecil.
Ka’ed geleng kepala sambil tersenyum. “No, Carol. Office hour dah habis. I nak balik rumah.”
“Elleh, bukan ada pun bini tunggu dekat rumah. Kan? Perhaps you want me to follow you go home? Hmm?” senyuman meleret pada wajah Carol buatkan Ka’ed telan liur. Berpasir. Perempuan ni tak malu ke apa? Sesuka hati nak ikut lelaki balik rumah. Maruah dah jual tepi jalan? Ka’ed mengutuk dalam hati.
“No Carol. Tak boleh. Tak manis lah you buat macam ni. I nak balik ni…”
Carol berpeluk tubuh. Ka’ed sudah berdiri beberapa tapak darinya. Ka’ed buat perangai jual mahal tiba-tiba ni kenapa? Matanya membiarkan sahaja lelaki itu melangkah pergi. Namun baru beberapa langkah Ka’ed angkat kaki, lelaki itu tiba-tiba terhenti. Tersungging senyum di wajah. Dalam otaknya sudah mengira lelaki itu akan kembali kepadanya. Namun senyuman itu tidak terus lebar sebaliknya bertukar menjadi kerutan di dahi apabila ada perempuan lain berdiri di hadapan Ka’ed. Telinganya juga sempat menangkap jelas suara Ka’ed menyebut satu nama.
“Rin?”
##
“Kau call lah…”
“Dah! Berpuluh kali aku call. Dia tak angkat.”
Ka’ed meramas rambutnya kasar. Bercelaru fikirannya saat ini. Dia tak sangka semalam Rina akan kembali dari kursus. Saat dia lihat wajah itu ada depan mata, Ka’ed rasa hendak bersorak girang. Buah hati dah balik. Siapa tak gembira kan? Namun belum sempat Ka’ed menghampiri, Rina sudah melangkah pergi keluar dari office, buatkan Ka’ed terpinga-pinga. Apa kes? Dan saat suara Carol menyapa telinga baru dia faham apa yang terjadi. Rina tengok semua tadi tu? Hasilnya, sampai sekarang dia tidak dapat menjejaki gadis itu. Arghh! Stress!
“Kau cuba call Sara. Mana tau Sara ada dengan dia.” Haidhar di sebelah pula memberi cadangan. Dia pun naik pening tengok Ka’ed yang jadi tak tentu arah macam tu.
Beberapa saat kemudian, Ka’ed mendengar suara Sara dari hujung talian.
“Sara, aku ni Ka’ed. Is Rin with you?”
“Yupp. Ada di dapur tu. Why?”
“Good. Err, Sara, could you please tell her to pick up my call? Please…”
Sara kerut dahi. Eh? Bergaduh ke apa dua ekor ni? Tpi tadi masa Rina tu balik rumah mereka, memang dia nampak Rina tu macam bad mood. Apa kes?
“Kau orang gaduh ke ni?”
“Misunderstanding tadi. Please?”
“Okey. Aku try. Tapi tak janji. Tau lah dia macam mana kan?”
“Okey. Thanks Sara.”
Ka’ed pandang telefon bimbit lega. Haidhar disebelahnya pula di renung. “Kalau dia tak nak angkat call aku?”
“Positive thinking bro. Relax!” tangan Haidhar menepuk-nepuk bahu Ka’ed. Memang penangan cinta Rina ni buat Ka’ed yang dulu tak macam dulu.Ka’ed yang muka-muka heartless tu dah boleh jadi macam drowned by the love of an officemate, si Rina tu. Macam nil ah. Gelabah!
Ka’ed tarik nafas dalam. ‘Sayang jangan merajuk lama-lama…’
##
Dari pukul 7.00 pagi dia tercongok di depan main entrance syarikat milik Mr Paul. Niat di hati ingin bertemu empat mata dengan Rina. Semalam sampai tengah malam Rina masih tak nak angkat panggilan dia. Merajuk benar gamaknya. Dan itu lah yang membuatkan dia nekad datang seawal itu walaupun office hour belum mula. Demi Rina.
Ka’ed mundar mandir bagai hilang arah di depan main entrance. Jam sudah menginjak pukul 7.45 pagi. Rina belum sampai. Selalunya Rina awal masuk office. 7.30 memang dah tercongok di kedai mamak depan office, breakfast. Tapi hari ni dia tak nampak pun kelibat itu. Makin risau Ka’ed dibuatnya.
Saat sesusuk tubuh melangkah laju ke arahnya, Ka’ed tarik senyum lebar. Rina! Tergesa-gesa dia menghampiri. Rina buat muka toya. Tangannya terus menarik pergelangan tangan buah hati.
“Rin. Dengar I dulu.”
Rina buang muka.
“Rin…”
“Encik Khalid Ariffin, let off my hand. I have tons of works to do.”
“Ala, belum waktu kerja. I nak cakap sikit ni.”
Rina mengeluh kecil. Matanya memandang lelaki di sisinya itu. Membara terasa hati. Semalam masa dia berencana untuk menemui lelaki itu di office sebaik pulang dari kursus,dia melihat pandangan yang tidak sepatutnya. Lelaki itu berpelukan dengan wanita lain? Mana dia tidak meroyan. Penat-penat drive dari Tanjung Malim, tanpa balik rumah terus naik office sebab rindu sangat dengan Ka’ed tu, boleh pula matanya di jamah dengan scene sebabak romantik tahi kucing macam tu. Meletup lah dia jawabnya. “Cakap dengan lepaskan tangan saya. Boleh kan?”
Bila Rina guna ‘saya’ tu, merajuk lah maksudnya. Tiada lagi I-You atau Rina-Ka’ed macam selalu. Berformal pula. Ka’ed sekadar menurut. Tak pasal-pasal melayang kasut tumit tinngi Rina tu ke muka. Cacat seumur hidup.
“Listen, apa yang you tengok yesterday tu was not like what you thought. Itu Carol. Mr Paul’s daughter.”
“Then?”
“Dia tu old friend I je Rin. Semalam baru jumpa balik lepas few months kita orang lost contact.”
“So kira dah jumpa buah hati semula lah ni?” nada sarkastik Rina buatkan Ka’ed kerut dahi. “Apa you cakap ni? Dia tu bukan buah hati I lah. There is nothing between us dulu, sekarang atau selapas ni. Tak ada apa. I, Carol cuma kawan. Tu je.” Ka’ed masih cuba hendak menjelaskan. Rina renung matanya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. “Dah? Saya rasa explanation awak dah cukup panjang. I am leaving.” Rina terus berjalan masuk meninggalkan Ka’ed terpinga-pinga di luar. Beberapa mata memandang ke arah mereka dengan pandangan pelik. Ka’ed pandang Rina yang pergi membelakanginya. Tidak menoleh langsung. Ka’ed kaku.
##
Beg galas di hempas ke atas meja. Matanya menjeling gadis yang sedang kusyuk melarikan jari jemarinya di atas keyboard. Ka’ed jadi panas dengan perangai Rina tadi. Punya lah dia bersusah payah hendak menjelaskan perkara sebenar sejak semalam, boleh pula dia ditinggalkan depan office tadi macam tunggul kayu. Belum campur rasa malu pada beberapa staf yang lain. Rina betul-betul menguji kesabarannya.
“Rina! So, macam mana kursus? Okey?” Daurah yang baru sampai terus menghenyakkan punggung di atas kerusi sebelah Rina.
“Okey je. Best! Rugi kau tak join.”
“Bukan aku tak nak. Tak dapat peluang. By the way, ramai tak staf company yang dari Thailand tu?”
Ka’ed kerut dahi. Staf dari Thailand?
“Ramai! Tell you what, ada seorang mamat ni. Fuh! Aku rasa tengah tengok artis antarabangsa. And yes, aku admit orang Thai ni jauh lagi handsome dari orang kita.” Ayat terakhir Rina sengaja dia kuatkan. Biar sesusuk tubuh yang tengah duduk membelakanginya di depan itu makan hati. Buat perangai lagi? Hambek!
“Jangan macam tu Rin. Menangis Ka’ed. Kan Ka’ed?” Daurah yang tak tahu apa-apa memanjangkan kepala memandang Ka’ed yang baru duduk. Ka’ed pandang dia sekilas. Matanya kembali pada fail-fail hitam depan mata. Daurah jadi pelik. Tak bersuara pula Ka’ed ni..
“Lagi best Daurah, dua tiga orang staf dari Thai tu akan di transfer ke sini. How I wish that one of them ialah Max, kawan aku masa kursus tu. Handsome…” Rina masih buat api. Hah, ambik lagi! Ambik! Biar terbakar kepala tu.
“Iyye? Wah, kau pass kat aku lah kawan kau tu. Boleh mak aku bermenantukan orang Thai. Class gituh…”
“Ish kau ni. Daripada pass dekat kau, baik untuk aku. Gila nak lepas mamat handsome macam tu?” Rina simbah minyak diesel lagi.
“Woo. Ka’ed kau buang mana?”
Soalan Daurah buatkan Rina diam. Matanya menjeling lelaki yang diam sejak tadi itu. Ka’ed juga menunggu jawapan dari mulut Rina. Hah, jawab! Jawab! Tau pula sayang I… Ka’ed sudah tarik senyum.
“Tu buang laut.”
Dan Ka’ed rasa dia terguling-guling jatuh dari bangunan tinggi. Sakit doh!
##
Semua staf tertanya-tanya sesama mereka mengapa mereka diminta berkumpul di dalam bilik mesyuarat mengejut. Rina duduk berhadapan dengan Ka’ed. Uh! Panas pula terasa bilik berpenghawa dingin itu. Mata Ka’ed dia tengok beberapa kali menjeling ke arahnya. Cucuk mata tu baru tau!
Sebaik pintu terbuka, Mr Paul melangkah masuk dengan beberapa orang di belakangnya. Tumpuan semua terarah kepada mereka.
“Morning all of you. Today I’m gonna introduce you all with our new staffs from Thailand. They’ll be with us within six weeks in order to let them learn how to interact with Malaysia’s other company for any business deal. So, we will be having three new stafs, Miss Park Rai Song…”
Seorang gadis mengangkat tangan. Staf yang lain tepuk tangan.
“Mr Alex Yep”
Sekali lagi tepukan kedengaran.
“And last but not least, Mr Andrew Maxwell.”
Tepukan semakin gemuruh apatah lagi dalam kalangan staf perempuan. Bapak handsome lelaki itu. macam artis Thailand. Rina tarik senyum sangat lebar. Ka’ed pula pandang Rina dan lelaki itu silih berganti dengan muka geram. Muka tak cukup sifat je aku tengok? Dan Ka’ed rasa hendak meletup tiba-tiba apabila dia perasan lelaki itu dan Rina berbalas pandangan sambil tersenyum. Cik Rina! Pakwe awak depan mata lah!
Panjang berjela Mr Paul bercakap di depan namun sudah tidak dihiraukan oleh Ka’ed. Hatinya mendongkol geram.
“Miss Carolina Angela.”
Sepatah nama itu tiba-tiba buatkan Ka’ed angkat kepala kea rah Mr Paul. Riaknya jelas terkejut. Kali ini giliran Rina pula menggeram. Hah! Tengok! Tengok! Suka lah tu. Patut tadi aku berus guna berus dawai lelaki ni. Biar perangai miang macam habis bergesel di lalang tu hilang. Gatal! Eee!!!
“Apa Mr Paul cakap tadi?” Ka’ed bersuara rendah bertanya pada seorang staf lelaki di sebelahnya.
“Miss Carolina tu akan jadi CEO baru company. Encik Adnain sudah dipindahkan ke cawangan baru.”
Ka’ed bulat mata. Biar betul? Dia seolah tidak percaya. Matanya memandang Carol. Gadis itu tersenyum kepadanya. Ka’ed buat tak nampak. Dia pandang pula Rina di hadapan. Tajam bagai belati jelingan dihadiahkan kepadanya. Parah!
##
‘Sampai bila nak jadi macam ni?’
‘Sampai ke sudah!’
‘Suka lah you ada Max tu di office.’
‘I am. Bahagia. Tapi rasanya tak sebahagia you lah ada Miss Carol tu.’
‘You boleh cuci mata tiap hari. Handsome kan?’
‘A’ah. Dah bosan tengok muka orang melayu.’
‘Bosan tengok I lah maksudnya tu?’
‘Bagus lah kalau faham.’
‘Aah,bagus lah perangai  buat macam tu. Pergi dating dengan Max rupa tak cukup sifat tu.’
‘Boleh je. Tapi kitaorang tak ada lah advance sangat nak peluk-peluk dalam office. Kan?’
Ka’ed lempar telefon bimbit ke atas meja. Berdentum bunyinya. Kepalanya terus menoleh ke belakang memandang Rina yang sedang genggam telefon bimbit. Dua mata berpadu melawan pandangan tajam. Kejap lagi office tu meletup agaknya.
##
“Bie, lunch?”
Ka’ed angkat kepala dari paperwork kepada Carol yang sedang bertenggek di tepi mejanya. Boleh ke guna perkataan bertenggek tu? Boleh je. Ka’ed jeling orang belakang. Mata itu juga menjelingnya. Hah, rasa nak balas dendam pula tiba-tiba. Ka’ed berdiri. “You nak makan di mana?”
Soalan Ka’ed buat Carol tarik sengih lebar. Yes! Ka’ed nak keluar dengannya. “I tak kesah ikut suka you. I belanja. Okey?”
“Tak manis lah lady belanja guy. I yang belanja. You decide.” Berani pula Ka’ed cakap macam tu. Kalau Carol bawa dia makan pergi hotel lima bintang? Mau kopak gaji sebulan.
“Okey. Kita pergi tempat selalu lepak masa dulu-dulu nak?” Carol menggosok-gosok hujung tie yang dipakai oleh Ka’ed. Ka’ed senyum. “Anything for you.Jom!”
Ka’ed dan Carol melangkah keluar. Rina di tempat bagai nak gila. Sampai hati Ka’ed! Patut lah miang tu makin menjadi. Rupanya Miss Carol lah lalang yang gatal tu. Huh! Rina rasa nak balik rumah waktu itu jugak.
##
“Huuuu! Huuu!” Tisu di tangan entah yang ke berapa dibaling masuk ke dalam tong sampah. Tangannya mencapai lagi tisu baru. “Tak guna punya lelaki. Aku sumpah dia masuk longkang dengan minah tu. tengok lah!” tangisnya dihambur lagi.
Sara disebelah naik pening. Entah apa yang perlu dia lakukan. Sejak balik dari office tadi Rina tu menangis tak sudah. Kata bergaduh dengan Ka’ed. Dia suruh telefon lelaki itu tak nak pula. Dia yang runsing. Inilah bahana kalau bercinta bagai nak rak. Bergaduh pun bagai nak rak jugak.
“Ish, buruk lah kau nangis macam tu. Aku yakin dia dengan Ka’ed tu bukan macam kau fikir tu. Kau terlebih salah sangka ni Rin.”
Kata-kata Sara buatkan Rina menangis lebih menggila. Sara garu kepala. Salah cakap ke?
“Kau tak nampak macam mana dia layan perempuan tu Sara. Siap panggil Bie. Aku pun tak pernah panggil dia macam tu tau tak? Belum masuk part dia peluk perempuan tu. Dia buat aku macam tak wujud tau tak?”
Sara tekup kedua-dua pipi sambil mata dijulingkan ke atas. Parah! “Tu lah kau. hari tu Ka’ed call kau tak nak angkat. Hah, makan hati lah kau sensorang!”
Tangisan Rina mati. Matanya merenung Sara. Sara telan liur apabila pandangan itu tajam ke arahnya. Salah cakap lagi sekali ke?
“Kau keluar Sara. Keluar! Bukan nak tolong aku. Salah kan aku pula. Pergi. Pergi. Syuhh!” Rina tolak bahu Sara. Sara berdiri sambil cekak pinggang. Geramnya dengan Rina ni sampai tahap nak sumbat mulut dia dengan PC besar gedabak di hujung bilik itu.
“Hah,layan lah perangai tu. Layan! Sampai tak ke mana lah kalau tak nak mengalah.” Sara angkat kaki keluar dari bilik. Cakap apa pun payah!
Rina sambung lagi tangisnya. Ka’ed jahat!
##
“Hey,lady!”
Rina toleh seratus lapan puluh darjah ke arah suara yang memanggilnya. Wajah lesu tadi terus ditepis digantikan dengan senyuman lebar di wajah. Max!
“Hey, you! Morning!”
“Morning. You come this early?” max jongket kening.
“I am a good staf. Remember?” Rina pula buat muka bangga.
“Wow, I am impressed. You are not only as pretty as the way you look. You are an amazing woman Rina. You make me falling hard for you.” Max ketawa dihujung katanya.
Rina menunjal bahu Max dengan hujung jari. “Cheeky! You are mocking me huh?”
Max ketawa lagi. Begitu juga Rina. Kedua-duanya asyik bergelak tawa sampaikan tidak perasan Ka’ed yang sejak tadi duduk di mejanya menahan rasa. Bibirnya terkumat-kamit mengulang semula conversation awal pagi dua manusia itu dengan nada menjengkelkan. Pandai menggatal dah sekarang ni kan Rin?
“By the way, I’ve some thought about visiting good places around Kuala Lumpur. Would you mind to take me there? At weekend. Please???”
Max buat gaya merayu. Rina jadi buntang mata. Biar betul Max ni nak aku bawak keluar hujung minggu? Dia jadi keliru tiba-tiba. Selalunya waktu hujung minggu dia akan keluar berdua dengan Ka’ed. Tapi perang dingin yang berlanjutan hampir tiga minggu itu menyebabkan hujung minggunya hanya diluangkan dengan movie di rumah. Tiada sms atau call daripada Ka’ed macam selalu untuk mengajaknya keluar.
“Err.. I…”
“Are you busy at weekend? If yes, never mind. I’ll not make it hard for you.”
“Naa.. I am okey. I am free during weekend. Well, there are lots of places I can show you. You better plan not to stick here longer because I could bet that you’ll be sorry to leave all those places. Believe me.”
“Woah! You make me feel excited. Can’t wait to see. Especially when a pretty lady like you are by my side. Okey, later we’ll speak about it. Gotta go. Bye Pretty.”
“Bye!”
Saat tubuh Max hilang disebalik pintu office, mata Rina cuba mencari sesusuk tubuh yang dia perasan sejak tadi kaku di tempatnya. Keningnya terjongket.  Tempat itu sudah kosong. Tidak sampai beberapa minit, telinga nya mendengar bunyi pintu pantry dihempas kuat. Marah lah tu!
##
“Kau buat semak je rumah hujung minggu ni. Tak keluar dengan Rina ke?” Haidhar memandangnya dengan senyuman sukar dimengertikan. Ka’ed tahu housemate nya itu cuba mengusik. Bukan Haidhar tidak tahu dia dengan Rina tengah perang besar sekarang ni.
“Dia keluar dengan mamat poyo tu.” pringles masuk ke dalam mulut.
“Broken heart lah ni?”
“Tak kuasa!”
“Ye lah tu.”
Diam. Haidhar menarik remote TV di atas meja. Wajah Avril Lavigne yang sedang memandu taxi berganti dengan wajah Chef One. Aha! Ka’ed langsung tidak pandang TV.
“Kalau aku pergi attack mamat tu proper tak?”
“Apa dia?” laju kepala Haidhar pandang Ka’ed.
“You heard me.”
“Jangan buat gila Ka’ed.”
“Habis tu dia buat aku gila?”
Haidhar pecah ketawa. Tadi kata tak broken heart. Habis tu ni apa? Heart blend?
“Dia dengan Rina tu tak ada apa lah. Jangan fikir banyak.”
“Diorang spend weekend together kau tau tak? Jangan fikit banyak kau cakap? Buatnya dia shoot Rina tu macam mana? Rin tu pun aku tengok layan je mamat tu. Macam suka. Lupa agaknya dia tu ada pakwe.” Ka’ed membebel panjang. Haidhar pula garu kepala. Susah betul nak tolong kawan seorang ni. Tulah, merajuk tak tentu fasal. Siapa susah? Dia jugak sebagai housemate yang kena tadah telinga.
“Call lah Rina.”
“Jatuh lah saham aku.”
“Ke kau nak tengok Rina dengan mamat tu?”
“Gila!”
“Dah tu?”
Ka’ed angkat kaki untuk naik ke atas. Kepalanya bercelaru. Sleep might gonna make thing better. Haidhar pandang Ka’ed dengan ekor mata. kalau macam ni, nampak gayanya mandat sebagai kawan tu dia kena gunakan. Apa boleh buat, kawan pakai kepala simen.
##

Air mata sudah kering tidak mampu keluarlagi. Tubuh yang terbaring lesu di hadapannya itu dipandang sayu. Kaki yang tadi lemah seolah tidak mampu menampung diri dibawa menghampiri tubuh itu. Punggung dihenyakkan di atas kerusi sebelah katil. Tangannya meramas lembut jari-jemari yang sejuk tidak bergerak itu.
“You…jangan buat Rin takut.” Air matanya tidak tumpah namun rasa sakit menyucuk di dada.
“Rin,sabar.” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Sara.
Sejak mendapat panggilan dari Haidhar, bergegas mereka datang ke hospital tempat Haidhar kerja. Menangis bagai orang mati laki Rina dibuatnya apabila ayat pertama yang keluar dari mulut Haidhar sampai ke halwa telinga.
‘Ka’ed admitted to ICU. Accident. Some bad fractures and still unconscious.’
Rina toleh memandang muka pintu yang terkuak. Haidhar. Sekejap sahaja pandangannya singgah pada lelaki itu sebelum kembali memandang Ka’ed yang terbaring lesu. ‘Sayang…’
“Rin, I nak buat check up pada Ka’ed ni.” Rendah suara Haidhar. Rina angguk. Dia berdiri menjauhi Ka’ed namun matanya masih pada lelaki yang seolah tenang dibuai lena. Sara disebelahnya dijadikan sandaran.
Haidhar membuat beberapa perkara yang patut. Rina sesekali menundukkan pandangan ke lantai. Mengimbau semula pergaduhan dengan Ka’ed beberapa minggu ini. Kalau tahu akan jadi macam ni, dia tidak akan marah lama-lama dengan Ka’ed. Dia akan spend time dengan Ka’ed sebolehnya. Macam mana kalau tadi yang call dia dari pihak pengurusan jenazah? Macam mana kalau dia sampai tadi terus masuk ke bilik mayat? Macam mana kalau yang dilihatnya, bukan Ka’ed yang dapat bernafas tenang seperti sekarang sebaliknya Ka’ed yang kaku tidak bergerak? Terlalu banyak macam mana sehingga Rina jadi takut sendiri. Sebaik dia mengangkat kepala, dilihatnya bola mata Ka’ed sedang tepat merenungnya. Eh? Dia pandang pula Sara di sebelah. Si sahabat tersenyum sambil menyuruhnya menghampiri Ka’ed. Perlahan Rina menapak.
“You okey?”
“Apa yang jadi?” Ka’ed picit kepala yang terasa sakit. Matanya jatuh pada Haidhar di depan mata pula. Rina yang membatu dibiarnya seketika. Melihatkan tadi sepasang mata yang sembab itu, dia tahu ada benda yang tidak elok terjadi.
“Kau accident Ka’ed.”
“Hah?” Accident? Biar betul? Seingatnya, memori terakhir yang ada di dalam kepala ialah waktu dia makan malam dengan Haidhar di rumah. Mana ada dia keluar ke mana-mana. Accident bagaimana? Matanya jatuh pada kaki dan tangan yang berbalut. Aik? Patah ke apa ni? Macam ni ke rasa patah tulang? Tak sakit pun. Kebas adalah.
Ka’ed cuba untuk bangun namun cepat dihalang oleh Rina. “Stop moving. Kalau luka tu sakit macam mana?” tangan kanan Rina kali ini sudah berada di dalam genggaman Ka’ed. Dua mata itu memandang satu sama lain. Seolah-olah lama tidak bersua.
“Ehem!” Haidhar berdehem perlahan. Suara garaunya mengundang tawa kecil Sara. “Kitaorang keluar dulu lah.” Haidhar sudah membuka langkah untuk keluar. Sempat matanya memberi arahan kepada Sara untuk berbuat perkara yang sama. Sara menurut.
Sebaik dua tubuh itu hilang di sebalik pintu, Rina toleh pandang Ka’ed. “You okey?”
“Kenapa you ada di sini?”
Apa soalan macam tu pula yang terkeluardari bibir Ka’ed? Ni yang rasa nak cili-cili mulut tu. Melihatkan keadaan Ka’ed yang macam separuh je nyawa tu, Rina diam. Control Rin..
“Sorry about the past few weeks we had been thorugh. Rina tak tau kenapa pergi buat perangai budak-budak tu. Just to show that I don’t like anyone treat you more than how I did. I pun tak pernah peluk you macam tu tau tak?” panjang berjela dia membebel.
Ka’ed terkebil-kebil. Aik, ni proses memujuk ke ni? Ka’ed tarik sengih. Here comes my baby. She is back! Tangannya yang berada di dalam genggaman Rina ditarik. Hujung anak rambut yang menutup dahi diselak, disisipkan di belakang telinga. Ha, baru nampak wajah yang dia rindu. Tapi mata tu sembab lah pula.
“You nangis eh?”
“Gila tak sedih?  I hampir pengsan tau?” Rina menarik cebik itik macam selalu. Ka’ed senyum. Terasa lapang di dada.
“Tu lah, merajuk dengan I lama-lama lagi. Sendiri susah.”
“Ingat I je suffer sensorang? Macam lah I tak tau you lost appetite beberapa hari ni. Tu badan tu dah cekeding balik.” Muncung Rina terarah ke Ka’ed.
“Lepas ni you masak banyak-banyak. Bagi I gemuk balik. Baru sedap you nak peluk. Kan?”
Kedebapp!!! Tangan Rina menampar bahu Ka’ed. Suka hati. Kalau Baba nampak pegang tangan anak teruna orang macam ni pun boleh kira kesalahan tahap kena rotan, apa lagi kalau nak berpeluk bagai. Kena kejar dengan parang Baba agaknya. “Mana boleh peluk-peluk. Lain lah you. Biasa.”
Eeh? Menyindir pula. “ Bukan suruh you peluk sekarang. Lepas I pegang tangan Baba. Amacam?” kening Ka’ed diangkat beberapa kali sambil memandang Rina yang sudah gelak.
“You call Baba sendiri lah.”
“Kalau nak sekarang pun boleh.”
“Miang!”
“Dengan you je…”
Diam.
Ka’ed tidak bersuara. Rina juga. Erk? Kenapa pipi terasa membahang pula ni? Tadi elok je bergelak tawa sakan macam jeling-jeling selama tiga minggu itu tidak pernah terjadi. Rina tunduk apabila mata Ka’ed tepat merenung nya. Baru sahaja Ka’ed hendak membuka mulut, Haidhar masuk semula dengan Sara. Ala, potong stim betul!
“Ka’ed! Bukaklah bandage kau tu. tak rimas ke?”
Ha? Terjongket kening mereka serentak. Maksud?
“Dah boleh buka ke?”
“A’ah. Bukalah. Tengok sendiri.”
Rina pandang Ka’ed. Eh, macam tu je? Biar betul Haidhar ni? Melihatkan Ka’ed yang terkebil-kebil membuka balutan, Rina menolong. Sebaik sahaja kedua-dua balutan di kaki dan tangan dibuka, Ka’ed cuba menggerakkan sendi-sendi nya. Macam biasa je. Tak rasa sakit pun. Dia pandang Haidhar dengan muka pelik. Saat itu Haidhar sudah bantai gelak dengan Sara. Apa kes?
“Sorry bro. To inform you, kau mana ada accident apa. Aku masukkan pil tidur dalam minuman kau sampai kau jadi mayat sementara tadi.”
“You what?!!” suara Ka’ed bergema memenuhi bilik. Haidhar telan liur. Apatah lagi melihatkan kaki Ka’ed sudah jejak ke lantai. Alemak!!!
Baru sahaja Ka’ed hendak membuka langkah seribu, tangannya ditahan oleh Rina. Dia pandang gadis itu. Mata Rina merenung Haidhar.
“You sumbat Ka’ed I dengan pil tidur? You bosan hidup ke apa Haidhar?” suara Rina tajam menikam. Ka’ed sendiri telan liur. Seram mak aih!
“Ala, kalau kitaorang tak buat macam ni, ingat kauorang berdua yang kepala batu ni nak berbaik macam tadi? Sampai kiamat lah perang tu.” Sara pula menyelit. Dan kali ini mata Ka’ed dan Rina memandang Sara.
“You too?”
Sara tarik sengih. Rina geleng kepala. Ni rasa macam nak luku kepala budak berdua ni. Tak ada cara lain ke? Pil tidur tu bukannya elok. Kalau dia ada kuasa, dia cabut mandat doktor Haidhar itu.
“You should thank us lah. Kan Sara?” Haidhar angkat kening pada Sara. Sara angguk.
“Thanks kepala hotak kau. Nyaris aku call mak aku di kampung tadi tau?” Ka’ed mula bergerak kembali ke atas katil sebelum duduk di situ dengan kaki berjuntai ke bawah.
“Call lah. Rina call Baba dia. Boleh kahwin cepat.”
Bantal di sisi Ka’ed tarik sebelum dibalingkan kepada Haidhar. Ada je jawapannya. Tapi macam bernas pulak kan? Hehe
Haidhar mencebik apabila bantal itu tepat sampai ke muka. Tidak sempat mnepis. “Kau jangan buat kotor bilik ni Ka’ed. Cepat kemas. Tak fasal-fasal terkantoi nanti.”
“Baru padan muka kau!”
##
Kompang di palu… pengantin baru… duduk bersanding… jeling-jeling malu.
Eh? Macam tak betul je lirik tu? Tak apalah. Version Ka’ed dan Rina.
“Tahniah! Tahniah! Makan jugak aku nasi minyak kauorang ni.” Haidhar tarik bahu Ka’ed. Ka’ed sekadar sengih. Rina di sebelah dia pandang penuh kasih.
“Tapi apa cerita dengan Carol hah?”
Bulat mata Ka’ed pandang Haidhar. Woi, timing error betul soalan tu. Rina di sebelah tarik tangan dari genggaman Ka’ed. Tubuh kecil itu bercekak pinggang. Matanya merenung Ka’ed.
“Hah, jawab! Jawab! Mana you bawak dia selama ni pergi makan? Hah?”
Ka’ed garu belakang leher. “Dear, I bawak Carol tu keluar sekali je tau. By that time, she confessed to me. I bagi tau lah dia pasal you. Pasal you merajuk dengan I. First-first tu dia tak boleh terima. Lepas I cakap macam mana I sayang dekat you, dia diam. Carol tu bukan lah jahat sangat macam dalam drama-drama sebabak melayu yang watak jahat siap nak bunuh lawan tu. She accepted the truth with open minded. Dia siap ikut pakatan I nak buat you jealous. Nak buat you sedar you tu sayang I. Tu je. Serious!”
Rina sengih. Macam tu je? Senang nya cerita. Buat rugi pula selama ni makan hati dengan perangai Ka’ed. Selama ni makan hati berulam jantung. Lepas ni nak makan Ka’ed. Boleh ke tu? Boleh je…
“Hah, pasal you pula! Oh, weekend dah habis dia spent dengan Max mamat Thai tu kan? Tu macam mana tu? Nak bagi punishment apa ni?” giliran Ka’ed pula cekak pinggang. Macam mak cik makcik.
Rina pecah ketawa tengok gelagat Ka’ed. Pandai jugak jealous ye cik abang?
“Memang lah I keluar dengan Max tu ronda-ronda KL. Tapi bukan berdua okey? Mr Alex Yep, Miss Park pun ada sekali. Daurah pun ada tau? And to inform you, Max tu dah kahwin lah. Dah ada anak pun. Cuma perangai dia yang suka lagak-lagak orang mengurat tu tak boleh lepas.” Rina tarik semula tangan Ka’ed. Genggaman itu bersatu.
“Betul?”
“Betul Ka’ed. Aku sendiri jadi saksi.” Entah dari mana Sara muncul menghampiri. Rina senyum pandang Sara.
“Hah, since aku dah tolong kau orang ni, ada hadiah tak?” Haidhar angkat kening pada Ka’ed.
“Elleh, hadiah tu patutnya untuk I lah. I yang punya idea.” Sara membangkang.
“Tapi I pelaksana. Mana boleh. You buat kerja sikit.”
“Tak ada idea I tu, tak menjadi tau tak?”
“Tak ada I sebagai doktor pun tak jadi lah.”
Haidhar dan Sara bercekak pinggang. Ka’ed dan Rina bulat mata ditengah-tengah. Biar betul buat kecoh di majlis kahwin ni? Ka’ed pandang Rina. Rina pandang Ka’ed. Ada kata-kata yang mengalir dari pandangan mata itu. Kedua-duanya mengerti.
“Haidhar, mana boleh aku tak bagi kau hadiah. Ada…” Ka’ed tarik bahu Haidhar.
“Untuk kau pun ada Sara. Nak tak?” pandangan mata Rina terarah kepada gadis itu.
“Nak! Apa? Holiday package? Kat mana?”Sara ceria.
“Aku? Apa Ka’ed? Cakap. Cakap.” Haidhar terkinja-kinja.
“Aku bagi kau Sara. “-Ka’ed
“Aku pulak bagi kau Haidhar”-Rina
“What???”- Haidhar dan Sara.
Ka’ed dan Rina senyum.
Haidhar dan Sara? “ Eeeeee!!!” Dua-dua tarik muka.
“Tak payah!”
“Aku pun tak hingin lah!” Suara Sara naik memetir.
Rina toleh kepada Ka’ed. “Like old times, remember?” suaranya berbisik perlahan.
Ka’ed angguk. “Like old times.”
Ka’ed pandang dua insan yang macam anjing dan kucing itu silih berganti.
“Jangan gaduh-gaduh. South pole dengan north pole kalau dah attract each other susah pisah tau? Jangan musuh sangat. Lekat nanti payah!”
Ka’ed bercakap dengan pandang Rina. Rina senyum.
Like us…
Haidhar dan Sara pandang satu sama lain.
Pandang…
pandang…
dan…
jeling!
-END-





Tiada ulasan:

Catat Ulasan