expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Two to Tango

Converse putih sudah kotor sedikit. Oh yeah, and this is why I hate plain stuffs.
“Yosh!” backpack dengan spritzer mendarat serentak di sebelahnya.
Cap diangkat sedikit dengan kepalanya mendongak. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.
“Thought you are heading home.” Matanya kembali pada sekumpulan anak-anak muda yang ralit menunjukkan skill masing-masing. Kepalanya ikut berhayun ke kiri dan ke kanan mengikut rentak Sexy Diva.
Manusia tadi sudah duduk disebelahnya dengan kaki bersilang sambil dua tangannya menampung badan ke belakang. “Caius called.”
Angguk.
“And he asked me to bring you home.”
Oh, not again! Tangannya terus menarik hujung lengan baju yang sudah menyinsing ke bahu, turun ke siku. Dia malas membalas semula kepada lelaki di sebelahnya itu.
Fade tarik sengih. Keras kepala betul minah sebelahnya ini. Pandangannya jatuh pada Asher yang sedang buat down lay bounce nya. Melantun macam bola je dia nampak Asher tu. semua yang lain bertepuk riang mengelilingi Asher. Sesekali matanya mengerling jam di tangan. 11.52 malam.
Fade toleh pandang Dree. Mengkiut pengamatannya, kurang sejam lagi gadis itu akan bersetuju untuk mengikutnya pulang.
“Jom! I naik muak kalau Caius dah start nagging.”
“Lantak lah dia tu.”
“Dree…”
Dree pandang Fade. Keningnya terjongket. “Then give me your damn amazing steps.”
Fade geleng kepala. Sempat lagi dia ni. “Fine. Song?”
“Mc Boy. Free Star.”
“With you, I couldn’t argue anymore…” lemah Fade jawab sambil mengeluh perlahan. Dree sudah melompat-lompat girang. Tangannya terus menarik Fade turun ke bawah.
“I am bringing you the best of the night. Fade!!!”
Seluruh garaj kereta itu menjadi bingit serta merta. Dan Fade sudah mengambil tempat saat suara MC Boy bergema ke udara.
##
Headphone gedabak terletak elok di atas kepalanya. Dree masih dengan dunia sendiri saat Caius melangkah masuk ke dalam bilik si bongsu. Tangannya cepat sahaja menarik turun headphone Dree. Terkejut Dree sebab suara Eminem terus lesap. Dree toleh. Caius sedang merenungnya.
“Explain to me. Kenapa semalam buat perangai lagi?” Caius sudah keluar aura tegas dia.
Dree mengeluh. “I was sucked staying all day in the house. Doing nothing. Bukan lama pun Dree keluar.” Dree letak pilot shaker ke atas meja. Tergendala sekejap kerjanya dengan kertas lakar yang berserakan.
“Tak lama? Juan cakap you left home at six and don’t tell me you were home before 12 sebab masa Abang call Fade few minutes before 12, he said that you were still there.”
Dree juling mata ke atas. “Abang, can you put aside all your guardians’ eyes on me? Atau nak Dree ingatkan balik yang Dree dah 15 tahun?”
“What the hell with that 15? You are still under my control.”
“Fine…”
Mata Caius yang menikam buatkan Dree tidak berani melawan. Karang kena humban keluar pula oleh Caius ni.
“Dree, I was busy the whole day and taka da masa yang cukup untuk jaga Dree. Tak boleh ke Dree dengar cakap abang? Tolong jangan bebankan lagi kepala Abang. I had enough.”
Dree angguk. Kalau ingat lah!
“But that’s not the main deal. Abang datang  nak cakap I have registered you into a boarding school. And fortunately you’re fully welcomed.”
Laju kepala Dree terangkat ke atas. Matanya lebih menikam dari mata Caius. “What?”
“Wont listen to any objection and just take this as an opportunity. Night.” Caius terus tutup pintu. Dree masih kaku di tempat.
##
Shad tolak bahu Eri disebelahnya. Matanya jatuh pada gadis yang sedang menyumbat telinganya dengan earphone. Eri geleng kepala tanda tidak tahu.
“She is acting so differently.”
Eri angguk.
“And aku tak rasa pernah orang buat muka Eminem dengan Usher bertempek kat loker.” Kali ini mata Eri jatuh pula pada loker si gadis itu yang masih terbuka.
Eri pandang Shad. Shad pandang Eri.
“Street girl?”
“Naa.. aku sempat nampak guardian dia hari tu datang sini. Tak nampak macam spesis tu pun.”
Shad angguk. “Whatever. Along the time, kita kenal jugak roommate seorang ni.”
“Betul. Dan sekarang, wahai Shad yang ku cintai,marilah siapkan Fizik yang masih terbengkalai.”
Eri sudah menapak ke study table. Shad mengikut namun matanya masih pada Dree yang bersandar di bucu katilnya.
##
Kasar tangannya merampas beg plastic dari tangan Fade. Fade hanya senyum smirk. “I thought jumpa ustazah mana tadi.”
Dree jeling Fade. Sindir aku lah tu.
“But seriously, you look nice in that.”
“I rimas tahu?” Dree menarik hujung tudung ke atas bahu. Berpeluh sakan betul guna benda alah ni.
Fade geleng kepala. Dia terus mengunyah burger king yang masih tinggal separuh.  “I have a good news. Tapi rasanya very bad one for you lah.”
Terangkat kening Dree. “Shoot.”
“Streeter dan Black Cap organize midnight step break dance malam esok.”
“Serious??? Fade!!!” suara Dree bergema di kantin sekolah. Termalu Fade dibuatnya sebab ada beberapa mata pandang mereka berdua.
“Serious lah. Bye bye to you lah sebab sekarang dah berkurung dalam ni.”
Dree buat muncung itik. Tak guna betul Fade ni. “Fade, nak ikut….” Meleret suara Dree.
Fade terus angkat tangan sambil geleng. “Whoa ! Seludup anak orang ni I sumpah tak reti. Plus, Caius boleh sembelih I hidup-hidup kalau dia tahu.”
Dree jeling. Tahu lah! Bukan nak suruh Fade ni seludup dia pun. Memang tak akan lepas punya. Kalau pun nanti dapat keluar, masuknya macam mana? Memang susah. “I dah lah admire sangat dekat Eishan tu. Tak dapat nak tengok dia live.” Terbayang wajah kacukan Eishan, ketua Streeter. Yang terkenal dengan sprint kick side nya.
Fade jeling Dree. Ni nak membagi aku jealous ke apa? “Cuba jaga sikit hati abang sayang awak ni…” Fade buat nada merajuk. Dan masa tu jugaklah Dree buat muka nak termuntah. Abang sayang? Ewww!
“C’on lah. I suka tengok dia on the floor je. Bukan nak buat idola terchenta pun.”
“Ye lah, I tahu you sayang I.”
“Oh, pullizz Fade. You salah makan ubat ke pagi tadi sampai nak beromantika bagai ni?”
“Perhaps..”
“Dah! Malas nak layan you. Makan cepat. “
Fade simpan senyum. Dree dilihatnya kembali menyuap fries ke dalam mulut.
##
Kakinya kaku ditempat. Dia yakin dia tidak salah lihat. Spectacles memang tak ada masalah rasanya. Tapi memang sight depan dia sekarang ialah sesuatu yang tidak dapat dia nafikan.
Lelaki itu juga terkaku sekejap. Sumpah tak percaya dengan apa yang dilihatnya. That hard to get girl is standing there. In scarf? Oh yeaaa…
“Dree? “
Dree masih terkaku. Perlahan dahinya berkerut. “You buat apa kat sini?”
Lelaki itu terus tergelak. “Shouldn’t I be the one to ask? Ni territory I tau.” Eishan angkat kening sambil peluk tubuh. kakinya menyilang lalu tubuh disandar pada pintu.
“Bukan you budak private school ke?”
“Long gone…”
Dree jatuh rahang. Biar betul? The last time I checked, Fade cakap Eishan ni study di sekolah Ayah Ngah dia sendiri. Macam mana pula boleh termasuk dalam sekolah fully government macam ni?
“Oh..” hanya itu yang terutara di mulut Dree. Masih speechless. The same school with this King of Step, memang unbelievable. Kalau Fade tahu, mahu diheretnya aku keluar dari sekolah ni.
Eishan simpan senyum. Jelas riak tidak percaya pada wajah Dree. “Dah berapa lama you register?”
“One week and a half.”
Eishan angguk. “Welcome.”
Dree sengih. Cuak.
“By the way, The Titans you macam mana? I don’t think jadi budak boarding school macam sekarang ni give you space for them. Your guys punya waktu, all should have fade away.” Eishan masih di situ, tidak henti bercakap dengannya walhal sudah ada beberapa mata mula melihat pelik kea rah mereka.
Dree menghela nafas dalam. The Titans. How I miss them. Oca, Paan, Edi, Juna, Wardi, Asher, Kusha and for sure, Fade. “I admit memang dah tak ada masa untuk diaorang semua. But I am still Titanians. Why bother asking?” Dree cuba kawal riak.
Eishan sengih smirk. Sure? “Fine then. Just to remind, I feel you. I was at your place so that I know well how inside you are doing. Okey lah. Gotta go. Bye.” Eishan lambai sebelum terus pusing 90 darjah, meninggalkan Dree sendirian di situ. Dree terdiam. Maksud?
##
Shad sikut bahu Eri. Eri malas melayan. Shad ni, ada sahaja yang hendak dijadikan ceritanya hari ini.Eri pusing dengan wajah agak sebal. “Ye cik Shad? Awak nak cakap apa pula kali ini?”
Shad sengih. Dia toleh pandang Dree yang khusyuk menghafal nama hormone dan function. Sesekali mulutnya terkumat-kamit menyebut apa yang dibacanya.
“Petang tadi, masa riadah, aku nampak Dree cakap dengan Eishan.”
Shad toleh drastik. “Mana dia kenal Esihan?”
Eri jongket bahu. Dia bagi eye contact pada Shad, suruh dia sendiri tanya Dree.
Shad sempat berdehem sekejap sebelum memanggil Dree.
Dree menoleh apabila namanya dilaung. Jelas dua orang roomates nya itu sedang memandangnya. “Ye?”
“Riadah tadi kau pergi mana?”
“Duduk lepak dekat depan DJ. Pehal?”
Eri berdehem. “Kau kenal Eishan eh?”
Eeh? Berkerut dahi Dree. Ni nak tanya pasal riadah ke pasal mamat tu? “Kenal macam tu je.”
“Macam tu macam mana?”
“Few times, accidentally meeting. Kenapa dengan kauorang ni?”
Shad toleh pandang Eri. Eri juga tengah pandang dia. Sesaat kemudian, Shad toleh kembali. “Just asking.”
Dree tutup buku biology yang sedang terbuka di atas study table nya. Dia terus menapak menghampiri Shad dan Eri yang sedang duduk di atas katil Shad. Dree bersila di situ, disebelah Shad. “Straight away. Kauorang nak tanya apa sebenarnya ni?”
“Tak ada lah… Eishan tu. It doesn’t really look like him when talking to a stranger. Especially ladies like us. He is well known as Encik Beku.”
Nak tergelak pun ya jugak Dree apabila dengar gelaran itu. Encik Beku ye? Lolest ever! Tapi memang Eishan tu tak pernah nampak lagi borak panjang dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Selalunya memang dengan clan Streeter je dia akan duduk. Streeter pun bukan ada minah macam dia. Sekali-sekala je nampak ada seorang minah ni datang sekali dengan Streeter. Ekasya. Adik Eishan.
“Kira bajet macho lah ni?”
“Nope. But he’s indeed a macho guy.”
Dree gelak sambil geleng kepala. Penangan dia punya dimples yang sangat dalam atau that dark grey couple of eyes yang sangat rare? Dree pun hampir terjebak sekali.
Shad pandang wajah Dree yang tersenyum. “Kenapa Dree?”
Ha? Terangkat kepala Dree. Alemak. Kantoi. Dree berlagak selamba. Ni kalau Fade tahu, mahu disembelihnya aku. sekali dengan si Eishan tu. Dree terus berdiri dari situ. Dia mencapai towel yang terampai di palang katil. “Dah lah. Aku nak wash up.”
Dree capai Gildan berwarna hijau muda dari dalam locker. Shad dan Eri masih memerhatikan tindak tanduknya.
“Kauorang tak payah lah nak fikir yang bukan-bukan pasal aku dengan dia. Macam kauorang cakap, he is the Encik Beku. And always be the way he used to be.”
##
Berdetak-detak rasanya tulang belakang. Sengal-sengal semua sendi dibuatnya. Program alumni yang dia kena handle dengan beberapa student form four yang lain memang mencabar tenaganya. Dree meneguk Spritzer depan mata. Shad disebelahnya masih tekun menggosok skirting kelabu yang akan digunakan sebagai backdrop di atas pentas.
“Lepas kau iron dua helai, aku take over.” Dree bercakap malas. Matanya merenung kipas yang berpusing.
Shad yang tengah kusyuk hanya mengangguk. Sesekali matanya mencari kelibat satu lagi kawan mereka Eri. Ke mana entah budak seekor itu. Tadi kata nak ke backstage untuk ambil stapler gun. Sampai sekarang tak muncul lagi.
“Dree!!”
Omak engkau! Dree yang baru hendak terlelap terkejut. Mangkuk mana pula ni?
Papp!!!
Kepala terasa berpijar. Matanya berpinar. Dree cuba untuk celik beberapa kali namun pandangannya gelap. Sakit di kepalanya menyerang. Dree mengaduh kecil. Giginya diketap rapat menahan perih. What the…
“Dree? Are you okay?”
Matanya tidak dapat melihat jelas siapa yang bertanya.
“Gosh, Dree. Respond please. Kau okey tak ni?”
Mangkuk! Can’t they see? Dree geleng kepala. Pening dengan soalan yang menyerang.
“Dree, I got you.”
Saat itu Dree rasa tubuhnya dipapah bangun. Dree cuba mengamati wajah orang yang sedang menampung tubuhnya di sebelah. Shad dan Eri. Thank God. Ingatkan mamat mana tadi. Pandangannya semakin jelas. Dahinya berkerut menahan sakit dan tangan kirinya menekup dahi yang rasa dihempap sesuatu tadi.
“Kita balik hostel.” Shad memberitahu.
Dree angguk.
Setapak mereka melangkah, ada suara yang menahan.
“Kejap!”
Terhenti langkah Eri, Shad dan Dree. Kali ini Dree rasa nak maki siapa yang memanggilnya. Tak nampak ke orang tengah sakit ni?
“Kenapa?”
Lelaki itu melangkah menghampiri Dree, berdiri betul-betul di hadapannya. Kepala Eishan menunduk memandang lantai bawah kerusi tempat Dree duduk tadi. Selepas itu, dia menarik tangan Dree yang menutup dahinya perlahan-lahan. Eri dan Shad terjegil sekejap. Begitu juga dengan Dree. Budak ni dah lupa ke kat mana dia berada? Sekolah woi, bukan dekat on the floor of steps. Dan saat tangan Dree melepaskan dahinya, lagi bulat mata Shad terjegil.
“Dree!”
“Kenapa?”
“As expected. Depan office sekarang. cepat.” Shad hanya mengangguk. Begitu juga dengan Eri. Sementara itu, Eishan sudah berlari turun dari atas stage, terus keluar dari DJ. Dree masih terpinga-pinga.
“C’on Dree. You are seriously bleeding.” Eri capai perca kain yang ada diisitu, cuba menekup dahi Dree. Dree terpinga. Bleeding?Matanya lekat pada wajah Eri seolah tidak bercaya. Again? Bleeding? Dan dia hampir rebah on the spot.
##



Tiada ulasan:

Catat Ulasan