expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

kerana Fathir

Rasa nak buat aksi hentak-hentak kaki sekarang ni. Serius. Tapi belum nak buat, mesti lagi awal penampar mak naik ke muka. Aun tarik muka.
"Abah tak kasi. Confirm!" Mak cakap tanpa pandang wajah Aun. Sudah jenuh dipujuk.
"Abah balik lagi sebulan Mak. Sempat je. Sebelum Abah balik Aun quit la..." Aun pangku kepala dengan tapak tangan. Matanya masih pada mak. Harapan masih ada walaupun macam tipis sangat.
Mak mengeluh. Bukan tidak kenal dengan anak dara nya seorang ini. Selagi tak dapat, selagi itu di usahanya. Mak renung Aun dengan pandangan yang Aun tidak dapat tafsirkan.

"Boleh. Yang penting, Jangan buat benda yang boleh buat Abah marah."
Aun terpana sekejap, menelan dan mencerna ayat Mak. Tidak seminit, senyuman mekar mula terukir. Ohyeaa!! I love you mom! To the moon and back. Tiada Mak yang lebih best dari Mak Aun. Hehe.
##

"Atas sana bilik anak sulung Aunty."
Angguk.
"Depan ni je bilik Fathir. Kerja sekolah dia apa semua boleh buat kat dalam atau mana-mana tempat yang Aun rasa sesuai dalam rumah ni."
Aun angguk lagi. Macam burung belatuk. Bestnya! Dapat kerja. Dapat menyahut cabaran kawan dia, Opi, untuk dia kerja jugak. Ceh Opi, kau kata aku tak mampu? Meh tengok siapa punya salary lagi up. Kau ke aku?
"Aun?"
"Huh?" Sheesh, mengelamun sekejap.
Puan Wanda senyum. "Aunty nak cakap sikit."
"Ye?"
"Rumah ni memang open untuk Aun sebab Aun bukan orang lain dengan aunty. Tapi aunty nak ingatkan, Aun jangan masuk bilik tu."
Jari telunjuk Puan Wanda dituju ke arah satu bilik tertutup dengan kaca gelap. Aun mengerut dahi. Bilik privasi ke tu?
"Master bedroom eh aunty?" Aun sengih.
Puan Wanda geleng. "Tu bilik privasi anak sulung aunty."
"Oh..." Aun angguk mengerti. Dia terus mengamati rumah agam milik Puan Wanda aka kawan ibunya. Fathir belum balik dari sekolah. Maksudnya, kerjanya sebagai guru tutor sementara akan terlaksana sebentar lagi. Aun terfikir, macam mana lah gaya seorang Fathir ni. Mesti comel kan? Dah mak bapak dia lawa.. tak gituh?

##

"Akak tak ada pakwe?"
Eeh? Ternaik kening Aun. Kecik-kecik ni mana lah budak ni belajar pakwe makwe bagai ni. Aun gelak kecil. "Fathir ni kecik lagi tau. Mana dengar perkataan pakwe ni?"
Aun terus tunduk meneruskan lakaran. Fathir mencebik. "Ayad tu selalu je Fath tengok call dengan awek dia. At sometimes, Fath ni kena heret sekali nak jumpa minah tu. Nyampah Fath."
Aun naik kening. Gelaknya pecah sedikit. Nampak sangat Fath ni tak berapa suka dengan makwe abang dia tu.
"Fath, Ayad Fath tu kerja apa ek?"
"Kerja bodo..."
Terkejut Aun. Mak aih mulut. "Tak elok cakap macam tu Fath. Tak sopan." Perlahan dan lembut dia menegur. Ha, jadi cikgu ni bukan nak mengajar subjek tertentu je. Kena terapkan benda baik juga dalam diri student. Kan? Huh, patut dulu aku register je masuk IPG.
"Tak tahu lah kak. Ayad tu kerja dia malam, membuta waktu siang." Fathir melakar corak pokok di atas kertas lukisan. Dua hari je, banyak benda dia sudah belajar dari kak Aun ini.
"Dia kerja keras lah tu."
"Ye sangat lah tu."
Aun hanya gelak. Fathir ni nampak tidak berapa suka dengan abangnya. Mungkinkah Ayad itu sangat menjengkelkan? Hmm, entahlah!

#

Mata coklat cair tu masih merenung. Kakinya terpaku tak berganjak. Aun telan liur. Uish, that couple of eyes ada aura yang sangat menggerunkan.
"Ma!!!"lelaki itu menjerit kuat. Puan Wanda keluar dari gazebo.
"Kenapa Ad?"
"Ma, who's this?" Jari telunjuknya terarah ke muka Aun.
Puan Wanda senyum. "Tu guru tutor Fath. Aun namanya."
"Aun what?" Berkerut seribu dahi Ayad.
Aun berdehem. "Fara Auna." Dia menjawab ringkas.
Ayad renung. Makin lama, makin terserlah senyuman diwajahnya sebelum tawa terlepas. Aun dan Puan Wanda pandang pelik. Dah kenapa dia ni?
"Kenapa Ad?"
Ad geleng sambil ketawa masih bersisa. "Nama ntah pape. Macam aumm aumm bunyi harimau."
Ayad terus melangkah pergi dengan ketawanya yang masih menggila. Aun ternganga. Weh mangkuk, tu nama mak Abah aku bagi tau dok? Sheeessh!!! No wonder la Fathir tu tak suka dia ni.

##

"Cuti ni selalunya Fathir pergi mana?"
"Duduk rumah."
Aun angguk. Fathir ni tak macam budak lain. Dia agak kurang gemar dengan dunia luar. Dia lebib selesa menghabiskan masanya dengan alat muzik dan gadjet-gadjet nya di rumah. Saat mata Aun tengah menelek satu oer satu jawapa.soalan yang diselesaikan oleh Fathir, muncul pula Ayad dari bilik privasinya itu. Mak aib!  Terkejut Aun. Terus darah menyerbu ke muka. Fathir yang baru angkat muka terus tepuk dahi. "Ayad! Proper attire please!" Fathir geleng kepala. Mangkuk betul lah abang ni. Adakah patut keluar guna boxer je tak ada baju? Fathir terus turun dari kerusi. Dia naik ke atas apabila Ayad buat tidak perduli dengan ayatnya.
"Awal datang aumm aumm harimau?"
Eee!! Aun tunduk mengetap gigi. Geram sebab lelaki ini buat macam tak malu je berdiri dekat dia denga.pakaian tak cukup kain macam tu. Lepas tu, boleh pula gelar dia nama 'aumm aumm harimau' tu. Ih!
Papp! Satu benda melekat ke bahu Ayad. Fathir melemoar baju ke arah Ayad. "This one probaby will help."
Ayad buat muka menyampah. Bising betul budak kecik ni. Sempat dia luku kepala Fathir sebelum menyarung t-shirt sleevelessnya. Seusai itu baru Aun berani angkat muka.
"What class do you have now?"
"Maths." Fathir menjawab tanpa oandang Ayad. Fathir naik semula ke atas kerusi. Meneruskan kerjanya yang tertunda.
"Reti ke? Abang Ad lagi pro."
Aun mencebik. Bapak berlagak budak ni. Eh, salah. Bukan budak. Bapak budak.
"Saya good scorer apa."
"Good scorer tak semestinya reti nak ajar outsider."
"Well, since what I remember, semua cikgu suka je bila saya present atau explain depan kelas." Aun buat lagak jugak. Dengan orang berlagak, mesti berlagak jugak.
"La, yeke? I've never thought an 'aumm aumm harimau' is a well-loved anim..opps.. person!"
Auch! Sengal! Rasa nak luku kepala Ayad ni. Dia nak panggil aku animal ke tadi tu? Eipp!
Fathir hanya geleng kepala. "Abang Ad, you better go and have your face washed first. Tau lah pecah rekod sebab boleh celik mata masa ada mathari ni. Proper la sikit."
Hambek! Fathir yang masih budak-budak boleh bagi sedas dengan dia. Ayad mencebik. Dia terus berdiri, hendak naik ke atas. Malas sebab kena fire oleh si mulut becok tu. Saat Ayad hilang dari situ, Aun menggeleng lemah. Perangai serupa hantu!
Fathir geleng kepala.
"Apesal Fath?"
"Ayad tu lah. Tak pernah nak menyibuk dengan outsider. Tiba-tiba."

##


Tiada ulasan:

Catat Ulasan