expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 4 Disember 2014

CERITA LAGI..

Hei! Hei! Hei! Kita sambung cerita okey?

"Siapa yang tidak peduli apabila orang lain memberi peringatan mengenai Dajjal, maka ditanda didalam hatinya untuk menjadi tarikan Dajjal apabila dia muncul kelak"

Mahu? Mestilah x mahu kan? Kali ni kita cerita pasal hari ke-40 Dajjal turun ke muka bumi okey? Jadi, pada hari ke-40 itu, semasa para muslimin ingin mengerjakan solat subuh, dan masa itu seorang imam sedang mempersiapkan diri untuk mengimami jemaah semua, turunlah Nabi Isa dalam keadaan seperti mana Nabi Isa diangkat ke langit semasa menjadi buruan Yahudi untuk disalib dahulu.
Nabi Isa dahulu mendapat fitnah dalam kalangan Yahudi, disebarkan oleh anak murid Nabi Isa sendiri iaitu Yahuza Iskarius. Kawan saya ada cakap, lecturer dia kongsi, Nabi Isa diburu oleh orang Yahudi sebagai hukuman terhadap kesalahan yang pernah Nabi Adam buat suatu masa dahulu. Kesalahan apa, wallahualam, saya x pasti. Nabi Isa masuk ke dalam sebuah tempat untuk bersembunyi. Demi melindungi nabi Isa, Allah telah mengangkat nabi Isa ke langit. Allah jadikan pula seorang manusia yang menyerupai nabi Isa di atas muka bumi. Ada yang kata manusia itu ialah Yahuza. Betul atau tidak, saya x pasti. Kalau betul, maksudnya Allah balas lah Yahuza si pembelot itu kerana mereka mengira bahawa lelaki itu ialah Nabi Isa. Lelaki itu dibunuh dengan dalam keadaan disalib.
Okey, sambung semula pasal Nabi Isa yang turun ke muka bumi tadi. Masa Nabi Isa turun, lelaki yang hampir menjadi imam itu mengundurkan dirinya dan meminta Nabi Isa untuk mengimami solat subuh mereka. Nabi Isa pegang bahu lelaki itu dan berkata, "Tidak. Yang akan menjadi imam solat ialah pemimpin kita semua." Maka lelaki yang dipegang bahunya itulah yang mengimami solat kerana dia merupakan pemimpin umat Islam masa itu. Siapa 'dia'? Itu lah Imam Mahdi. Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda mengenai seorang umatnya yang akan menjadi imam solat dan dibelakangnya nabi Isa akan menjadi makmum. Selesai solat subuh, Nabi Isa, Imam Mahdi dan seluruh umat Islam yang mengerjakan solat waktu itu mempersiapkan diri untuk menghadapi Dajjal. Mereka akan memerangi Dajjal dan Yahudi. Nabi Isa perintahkan pintu masjid dibukan dan berdirilah Dajjal bersama 70000 orang Yahudi berjubah hijau disebalik pintu itu. Ditakdirkan, jika musuh melihat Nabi Isa, mereka akan cair seperti garam yang dilarutkan kerana ketakutan. Jadi, masa Dajjal lihat Nabi Isa, Dajjal larikan diri sebab tubuhnya mula mencair. Nabi Isa kejar Dajjal hingga ke pintu gerbang kota Ludd. Dan ditakdirkan, disitulah Dajjal akan mati ditangan Nabi Isa. Bagaimana dengan 70000 orang Yahudi itu? Mereka akan melarikan diri dan pada saat itu, semua tempat persembunyian merek seperti tembok, pokok, batu besar akan bercakap, 'Wahai hamba Muslim, kemarilah. Ada orang Yahudi disini. Ke mari dan bunuhlah dia'...  Tapi, ada satu pokok sahaja yang tidak akan memberitahu kepada orang Muslim sekiranya ada Yahudi yang bersembunyi iaitu pokok Gharqadar. Pokok bangsa Yahudi itu sendiri. Selepas tewas Dajjal dan semua Bangsa Yahudi tadi, maka aman lah duni dan akan dipimpin oleh Imam Mahdi sendiri. Alhamdulillah. 
Macam mana kita elakkan diri daripada Dajjal? Persiapkan diri kita dengan al-Kahfi. Sekurang-kurangnya 10 ayat pertama sebab al-Kahfi akan banyak membantu kita menghadapi Dajjal nanti. Perkara yang kita perlu lakukan semasa Dajjal telah bangkit, bertasbih, subhanallah, bertakbir, allahuakbar, dan bertahmid, alhamdulillah. Ada dua ciri-ciri orang yang telah ditandai hatinya untuk megikuti Dajjal nanti. Kira macam golongan ini akan menjadi fokus Dajjal untuk dia heret ke dalam syurga ciptaannya iaitu:
1. Orang Yang Mendengar Azan Tapi Tidak Memperdulikannya.
2. Orang Yang Tidak Peduli Kepada Nasihat atau Peringatan Mengenai Dajjal.
Jadi, janganlah kita menjadi penarik Dajjal nanti. Okey? Tu sahaja lah. Maafkan saya kalau ada salah info. Ini sekadar perkongsian, Okey? Bye! Saya mahu sambung tidur. Hehe.. All time favourite kata orang.
Assalamualaikum!

KETAHUILAH...

This entry is directly talking about our preparation facing the 'Laknatullah Dajjal'. Cemmana tu? Semalam buat story mory dengan kawan-kawan, baca input2 dari twitter orang lain, buka google chrome dan tadaaaaaaaa.... ada lah sedikit yang boleh dikongsi bersama.
First, mestilah kenal dulu dengan Dajjal kan? Okey, Dajjal ni makhluk yang Allah panjangkan usianya untuk menguji keimanan kita. Kita tinggal atas muka bumi ni bukan setakat hadapi hasutan syaitan, hasutan manusia, tetapi juga hasutan Dajjal. Dan sebesar-besar fitnah dan hasutan adalah yang dibawa oleh Dajjal. Dajjal ni akan akan keluar selama 40 hari untuk memporak-perandakan hidup manusia. Tapi... jangan ingat 40 hari tu macam sebulan sepuluh hari yang kita hadapi sekarang. 
Hari Pertama= Setahun
Hari Kedua=Sebulan
Hari Ketiga=Seminggu
Hari Keempat dan seterusnya= Seperti Hari Biasa.
Lama kan? Memang pun. Lepas tu, Dajjal ni akan kelilingi dunia dalam masa tu. Ada yang tanya hari tu, "Sempat kah dia mengelilingi dunia dalam tempoh itu?". Jawapan Pendakwah masa tu, "Sempat, sebab pergerakan Dajjal macam angin yang bertiup." Allahuakbar, cepat kan? Dajjal ni, masa dia keluar nanti, dia akan minta kita pilih antara neraka dan syurga. Siapa mahu neraka? Hands down. Siapa mahu syurga? Terkinja-kinja hands up kan? Tapi, ada riwayat yang mengatakan, ada satu doa Dajjal yang dimakbulkan oleh Allah iaitu doa Dajjal meminta dia menjadikan syurganya sebagai neraka untuk umat Islam dan syurganya sebagai neraka umat Islam. Jadi? Jangan sesekali kita memilih syurga Dajjal sebab hakikatnya, itu ialah neraka ciptaannya. Okey? Dajjal ni banyak kelebihan yang Allah berikan pada dia. Salah satunya, dia dapat menghidupkan semula orang yang telah mati. Sebab apa? Sebab dia hendak pengaruhi iman kita semua. Contohlah ibu bapa yang telah meninggal, akan dia wujudkan semula untuk hasut anak dia yang masih hidup supaya mengikuti Dajjal. Astaghfirullahaladzim... janganlah kita terpedaya. Dajjal pun mampu menjadikan syaitan menjelma menjadi manusia supaya membantunya menyebarkan pengaruh Dajjal. Sebenarnya Dajjal ni mampu dikalahkan oleh manusia yang lain tetapi Allah takdirkan supaya Dajjal hanya akan mati di tangan nabi Isa yang akan turun semasa waktu subuh, pada hari ke-40 Dajjal di atas muka bumi. Orang yang sekali dia telah mengikut Dajjal, tidak dapat berpatah balik, tiada pintu taubat untuknya. Tetapi orang yang sengsara dengan siksa Dajjal akan mendapat kegembiraan sebaik turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi menjadi pemimpin. Maka berbahagialah kita yang bersabar dan tidak terpengaruh dengan Dajjal nanti. Amin!!! 
Banyak lagi boleh cerita pasal Dajjal ni. Ada masa nanti kita story mory okey? Gotta go. Tadaaaaa!!! :)

GOODBYE UITM

phewww...*lap peluh*. Penat! Penat sebab movie marathon tiga hari ini. hehe. *agak kurang ajaq di situ...*. Orang lain sibuk pergi kelas, I am freely escaping with my movies. Yeah, sebab saya akan say goodbye kepada UITM SARAWAK sesegera mungkin dan yeah, kembali ke Sabah!!!
There are too many reasons I can tell you why I took the decision to quit from UITM. Salah satu nya, sebab saya TAK SUKA ada kokum.. hehe! Sorry UITM, peace! Reason lain? Tak perlu cakap lah. Tak muat blog. Entry ni just untuk say thanks kepada semua classmates CS1101B dan CS1101D yang telah jadi genk mengumpat dalam kelas sepanjang satu sem yang telah saya habiskan di sini dan untuk CS1102D, class untuk sem 2 ni, Sorry jodoh kita tidak panjang. Ada lagi yang saya x pernah tegur-tegur dalam kelas kan? Ada juga yang cakap "Saya takut lah nak tegur kamu" kepada saya. HAHA! Kawan, saya x makan orang okey... Tapi apa boleh buat, memang kita tidak ditakdirkan satu kelas lagi. Roomate dan classmates, thanks for all kind of helps u guys have given to me. Banyak atau sikit, saya appreciate! Ikhlas! Salah silap, saya mintak ampun..ceh! Kalau nampak saya sombong, sorry. Memang perangai begitu. Bukan sombong sebenarnya. Kurang Mesra! Aha! Dan kepada 'gossip'mates paparazzi dalam kelas, sorry x dapat buat dosa banyak-banyak dengan kamu. Ait! Teda lah. Gossip2 boleh, tapi jangan kutuk lecturer. Macam yang saya selalu buat tu. Pfft! Minta ampun untuk saya kepada lectuerer yang kita selalu kutuk tu ya, terutama Murniza, Fatimah, Anisa dan Farizah. Ni lah member pengutuk lecturer paling berjaya dalam kelas. Okey! Okey! Cukup merapu. Goddbye semua! Thanks for everything. Best of luck in your life, guys. Doa kan saya juga. Bye! Assalamualaikum.

Rabu, 3 Disember 2014

UGLYHAND

Writing is another world I create in my own life. Sharing with you guys who love reading is kindly my pleasure. Semua idea dan karya di sini adalah hasil tangan sendiri, bukan ciplak atau pun kopi pasta. Jika readers berpuas hati, it's my pleasure. Kindly drop your comments for further improvement in me exploring new ideas. Thanks.