expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 4 Disember 2014

CERITA LAGI..

Hei! Hei! Hei! Kita sambung cerita okey?

"Siapa yang tidak peduli apabila orang lain memberi peringatan mengenai Dajjal, maka ditanda didalam hatinya untuk menjadi tarikan Dajjal apabila dia muncul kelak"

Mahu? Mestilah x mahu kan? Kali ni kita cerita pasal hari ke-40 Dajjal turun ke muka bumi okey? Jadi, pada hari ke-40 itu, semasa para muslimin ingin mengerjakan solat subuh, dan masa itu seorang imam sedang mempersiapkan diri untuk mengimami jemaah semua, turunlah Nabi Isa dalam keadaan seperti mana Nabi Isa diangkat ke langit semasa menjadi buruan Yahudi untuk disalib dahulu.
Nabi Isa dahulu mendapat fitnah dalam kalangan Yahudi, disebarkan oleh anak murid Nabi Isa sendiri iaitu Yahuza Iskarius. Kawan saya ada cakap, lecturer dia kongsi, Nabi Isa diburu oleh orang Yahudi sebagai hukuman terhadap kesalahan yang pernah Nabi Adam buat suatu masa dahulu. Kesalahan apa, wallahualam, saya x pasti. Nabi Isa masuk ke dalam sebuah tempat untuk bersembunyi. Demi melindungi nabi Isa, Allah telah mengangkat nabi Isa ke langit. Allah jadikan pula seorang manusia yang menyerupai nabi Isa di atas muka bumi. Ada yang kata manusia itu ialah Yahuza. Betul atau tidak, saya x pasti. Kalau betul, maksudnya Allah balas lah Yahuza si pembelot itu kerana mereka mengira bahawa lelaki itu ialah Nabi Isa. Lelaki itu dibunuh dengan dalam keadaan disalib.
Okey, sambung semula pasal Nabi Isa yang turun ke muka bumi tadi. Masa Nabi Isa turun, lelaki yang hampir menjadi imam itu mengundurkan dirinya dan meminta Nabi Isa untuk mengimami solat subuh mereka. Nabi Isa pegang bahu lelaki itu dan berkata, "Tidak. Yang akan menjadi imam solat ialah pemimpin kita semua." Maka lelaki yang dipegang bahunya itulah yang mengimami solat kerana dia merupakan pemimpin umat Islam masa itu. Siapa 'dia'? Itu lah Imam Mahdi. Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda mengenai seorang umatnya yang akan menjadi imam solat dan dibelakangnya nabi Isa akan menjadi makmum. Selesai solat subuh, Nabi Isa, Imam Mahdi dan seluruh umat Islam yang mengerjakan solat waktu itu mempersiapkan diri untuk menghadapi Dajjal. Mereka akan memerangi Dajjal dan Yahudi. Nabi Isa perintahkan pintu masjid dibukan dan berdirilah Dajjal bersama 70000 orang Yahudi berjubah hijau disebalik pintu itu. Ditakdirkan, jika musuh melihat Nabi Isa, mereka akan cair seperti garam yang dilarutkan kerana ketakutan. Jadi, masa Dajjal lihat Nabi Isa, Dajjal larikan diri sebab tubuhnya mula mencair. Nabi Isa kejar Dajjal hingga ke pintu gerbang kota Ludd. Dan ditakdirkan, disitulah Dajjal akan mati ditangan Nabi Isa. Bagaimana dengan 70000 orang Yahudi itu? Mereka akan melarikan diri dan pada saat itu, semua tempat persembunyian merek seperti tembok, pokok, batu besar akan bercakap, 'Wahai hamba Muslim, kemarilah. Ada orang Yahudi disini. Ke mari dan bunuhlah dia'...  Tapi, ada satu pokok sahaja yang tidak akan memberitahu kepada orang Muslim sekiranya ada Yahudi yang bersembunyi iaitu pokok Gharqadar. Pokok bangsa Yahudi itu sendiri. Selepas tewas Dajjal dan semua Bangsa Yahudi tadi, maka aman lah duni dan akan dipimpin oleh Imam Mahdi sendiri. Alhamdulillah. 
Macam mana kita elakkan diri daripada Dajjal? Persiapkan diri kita dengan al-Kahfi. Sekurang-kurangnya 10 ayat pertama sebab al-Kahfi akan banyak membantu kita menghadapi Dajjal nanti. Perkara yang kita perlu lakukan semasa Dajjal telah bangkit, bertasbih, subhanallah, bertakbir, allahuakbar, dan bertahmid, alhamdulillah. Ada dua ciri-ciri orang yang telah ditandai hatinya untuk megikuti Dajjal nanti. Kira macam golongan ini akan menjadi fokus Dajjal untuk dia heret ke dalam syurga ciptaannya iaitu:
1. Orang Yang Mendengar Azan Tapi Tidak Memperdulikannya.
2. Orang Yang Tidak Peduli Kepada Nasihat atau Peringatan Mengenai Dajjal.
Jadi, janganlah kita menjadi penarik Dajjal nanti. Okey? Tu sahaja lah. Maafkan saya kalau ada salah info. Ini sekadar perkongsian, Okey? Bye! Saya mahu sambung tidur. Hehe.. All time favourite kata orang.
Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan