expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 13 Februari 2015

Adam

"Lepas ni masuk cili."
Bulat matanya pandang lelaki di sebelah. Biar betik?
Kepala Adam ditoleh memandang muka Thiah. Terjongket kening Adam. Apahal?
"Betul lah masuk cili. Kenapa?"
"Awak lupa eh saya tak boleh makan benda spicy and so on..."
Adam juling mata. Mengada betul mak cik seekor ni. Jenuh aku melayannya. "Cili ni elok untuk metabolisme tahu. Tengok sikit diri tu. Serupa mak gajah dah." Cucuk jarum lagi biar berasap budak sebelah ni.
Thiah buat muka menyampah. Sudip yang sejak tadi di tangan terus dibaling masuk dalam sinki. Berdentum bunyinya. Bulat mata Adam tengok perangai gangster Thiah. "Appettite driven to longkang. Makan lah sendiri." Langkah kaki Thiah terus dibawa naik ke bilik ata. Sleep sure is the best choice for the time being. Daripada tahan sakit hati dengan pakcik tua kat bawah tu.
Adam jongket bahu sambil buat muka tidak bersalah. Tahu sangat dengan Thiah tu. Manja overate! Karang dia turun sendiri lah kalau lapar. Tangan Adam terus lincah mengasingkan kuah ikan kepada dua mangkuk. Satu diisinya dengan sambal asam pedas. Satu lagi dibiarnya dibawah tudung saji. Jahat-jahat pun, tak sampai hati lah dengan so kecik tu.
##
Briefcase yang masih terletak elok diatas sofa dicapai. Dihulurkan kepada lelaki yang masih sibuk mengikat tie di hadapan cermin. Tua bangka macam ni masih lagi ralit untuk ikat tie. Memang otak lumpy! Briefcase yang tidak bersambut diletak semula atas meja. Laju sahaja tangannya menepis tangan Adam yang terkial-kial.
"Hari ni kelas habis awal. Saya balik naik KTM lah."
"La, pukul berapa? Kenapa tak cakap semalam?"
Thiah buat muka menyampah. "Awak, setiap hari khamis saya memang habis kelas awal lah. Lupa?"
Adam garu kepala. Aa'h. Lupa pulak. "Tak payah lah. Awak tunggu lah saya. Mengamuk abah kalau tahu saya biar awak naik KTM."
"Pukul berapa?"
"Saya try balik awal. Esok kan cuti. Kerja boleh bawak balik."
Thiah tarik senyum. Tangannya sudah lepas dari tie. "Thaks awak. Sayang jugak awak kat saya kan?"
Adam sengih tayang gigi sambil capai coat di atas katil. Tangannya sebelah lagi mencapai tuala yang dipakai tadi. Tuala itu selamat mendarat di atas kepala Thiah. "Perassan lah kau!"
##
Bumm!!! Berdentum bunyi pintu. Heel pumps dibaling masuk ke dalam wardrobe. Pin tudung dibuka kasar sebelum dilucut sekali dengan tudung, dicampakkan ke atas couch. Uhh! Panas! Panas!
Thiah ketap gigi geram. Entah kepada siapa hendak dia lampiaskan kemarahannya saat ini. Pada Adam tentunya. Tetapi lelaki itu tiada di rumah. Matanya dipejam rapat. Barannya memuncak apabila Adam tidak datang menepati janjinya untuk menjemput dia. Kalau tahu, lebih baik dari awal lagi dia tidak percaya janji lelaki itu untuk menjempuntnya. Sudahnya, sampai ke pukul 7 malam dia menanti. Kelibt itu langsung tidak muncul. Telefon bimbitnya juga tidak berjawab.
"Assalamualaikum."
Salam dari depan pintu tidak buatkan Thiah menoleh mahupun menjawab salam. Sudah kenal benar dengan suara itu.
"Good job Adam. Manners mana awak belajar buat orang tunggu , buat janji palsu macam ni?"
"Awak jangan nak mula Thiah. Saya penat."
Kaki Adam terus dibawa menaiki anak tangga. Thiah merengus kasar. Memang begitu lah Adam. Tiada rasa bersalahnya apabila telah buat salah. Berbulan duduk serumah dengan Adam memang buatkan dia kacau bilau. Setiap hari makan hati berulam jantung. Gaya Adam, sifat kereknya sunggub menjengkelkan hato wanitanya. But what should a wife feels towards the husband other than love? Benci macam mana pun dia pada Adam, naluri isteri itu ada pada dirinya. Seburuk mana Adam dipandangan matanya, dia tahu lelaki itu lah syurganya. Yang perlu dia kasihi. Bodohlah dia jika tidak menyimpan rasa pada Adam. Seorang lelaki yang hampir sempurna. Walaupun Adam tidak pernah melayannya seperti layaknya seorang isteri. Yelah, kahwon dengan Adam pun sebab ma berkenan sangat mereka dijodohkan. Adam abang angkat dia. Berpisah dari kecil lagi sebab Adam lebih suka tinggal dengan Nenek daripada parents sendiri. Jumpa dengan Adam pun sminggu selepas lelaki itu pulang dari Rouen. Lepas tu dikejutkan dengan berita dari ma yang ingin dia menikah dengan Adam. Atas dasar kasihnya pada ma yang membesarkan dia dari kecil, Thiah setuju. Adam pula memang menentang sejak awal. Namun tatkala dicabar oleh abah untuk membuktikan yang dia sudah cukup berani dan matang dalam hidup, sebelum diwasiatkan dengan seluruh harta Nenek, Adam bersetuju. Dan beginilah yang terjadi dalam hidup mereka. Hidup tidak pernah damai. Entah sampai tahap apa Thiah perlu bertahan. Yang dia tahu, sakitnya hati kerana sikap Adam semakin pedih setiap hari sebab disebalik rasa sakit yang harus dia pendam dan tahan, dia haru menepis dan mengubur perasaannya. 'Adam, sampai bila kita nak hidup macam ni?'