expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 15 Julai 2015

10 Tahun

One heartbreak,
Two eyes crying,
Three words never said,
Four hands that wont be held,
Five mornings you’ll pass in the halls.
Six love notes ripped and torn
Seven days a week u’ll think of him
Eight songs a night before bed,
Nine wishes that never came true,
Ten years before he realizes that you were the one.

Senyum tersungging di hujung bibir, memandang contengan di atas helain note book. Sweet but full of pain remarks, indeed.

##

Suara James Walker yang sedap berkumandang ke udara menyebabkan kerjanya tergendala seketika. Panjang tangannya mencapai Note 3 di atas meja. Telefon bimbit itu terus dibawa ke telinga selepas mengangkat panggilan.

“Juna!!!”

Semeter telefon bimbit itu ditarik dari telinga. Mak aih! Tarzan mana ni? “Siapa ni?” berkerut dahinya.

“Syu. Syu!”

Mata dijuling ke atas. Si makcik ni rupanya. “Kau kenapa menjerit macam mak nenek? Tersampuk?” Juna buat nada kerek. Pantang betul orang buat macam tu. less elasticity karang eardrum aku, siapa nak tanggung? Huh!

Syu sengih. “Ala, sorry. Aku excited sangat ni. Kau dah check UPU belum?”

“Belum.”

“Ala, cepatlah check. Nak tau kau dapat kat mana.” Suara Syu di hujung sana kedengaran ceria dan bahagia. Juna buat dugaan sendiri, mesti dia dapat apa yang dia nak. Juna senyum smirk. “Kau dapat mana?”
Syu mencebik. Aku suruh dia check, dia boleh tanya pula aku dapat mana. Syu mengutuk dalam hati. “Kau check dulu. Karang dah dapat bagitau aku.” Hah, tak nak mengalah dengan the mother of singa Cik Juhaira Amna tu.Lantak kaulah nak marah kea pa Juna, yang penting aku nak tau juga result UPU kau.
Juna mencebik. Tak menyempat betul si nenek ni. Mengalahkan aku. “Nanti-nanti lah. Aku tengah taka da mood ni.”
“Ala….”
Juna mencebik. “Karang dah check aku bagitau lah Mak cik!” Kalau depan mata, aku pelangkup jugak budak ni.
“Ye lah… Tapi…”
“Apa lagi?”
“Dia dapat UM. Okebai!”
Tett…

Juna kerut dahi. Note 3 dibawa ke depan mata. ‘Dia’?
##

Crakk! Fuhh! Lega! Bunyi tulang-belulang. Penat siot. Juna menarik cawan yang berisi teh susu dekat ke bibir. Sedap.
“Juna?”
Terangkat keningnya. Cawan tadi di letak semula ke atas wardrobe. Juna angkat kepala. Haidhar merenungnya dalam. Dah kenapa?
“Yes?”
“Report semalam kau letak mana?”
‘Eh? Report?’ Juna kerutkan dahi. Report mana pula ni. Kepalanya ligat berfikir sebelum matanya membulat. Allah! Dahi ditepuk perlahan. Juna tayang baris gigi. “Haidhar, aku lupa. Serious lupa. Aku tinggal kat rumah. Tapi dah siap. Sumpah!” Juna siap angkat tangan macam nak buat ikrar sumpah setia. Haidhar dilihatnya buntang mata. Amboi, minah ni. Dia ingat tu report nak hantar dekat sekolah kea pa? Report pasal purchase untuk bulan itu. memang mengundang hypertension betul si Juna ni.
“Jadi macam mana sekarang? Kau ni….” Eeee… macam nak telan je bulat-bulat si Juna ni.
“Ala, esok aku submit lah. Esok key?”
Haidhar geleng kepala. “Masalahnya sekarang, tu…” Haidhar memuncung ke satu arah. Pandagan Juna dihalakan ke posisi itu. matanya bertembung dengan sepasang mata yang sedang merenung mereka berdua. Tajam. Alemak! Juna cepat-cepat kalih pandang pada Haidhar.
“Sejak bila bos kat situ?” Juna soal dengan suara mengendur. Mana lah tau kot kot si bos tu telinga lintah.
Haidhar senyum smirk. Tau kecut? “Sejak tadi lah. By hook or by crook, kau pergi menghadap sendiri. Whoa, telinga aku tak boleh tadah kalau dia membebel kejap lagi.” Nada Haidhar juga dikendurkan sama. Juna pejam mata sekejap. Matilah aku. matilah.

“Juna!”

Okey, this one is hell. Bloody hell! Juna merungut sendiri apabila suara itu melaung namanya. Haihdar buat muka bendera putih. ‘Wa tak boleh tolong lu lah kawan.’
Juna berdiri perlahan. “Yes, bos?”
“Mana report?”
“Err…kat….” Tergagap-gagap Juna menjawab. Okey Juna, sekarang mesti fikir esok nak cari kerja kat mana sebab kalau jawab ada kat rumah, silap hari bulan si bos ni campak aku keluar.
Mata si bos masih padanya. “Bos, saya terlupa. Tinggal.”
Buntang sekejap mata si bos sebelum dia mengeluh lemah. Si bos jeling Juna sebelum dia masuk semula ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup kasar. Beberapa mata staff lain pandang tepat kea rah Juna.
“Mengamuk ke tu Dhar?”
Haidhar angkat bahu tanda tak tahu.
“But lucky you, he didn’t fire straight away like the way he used.”
Ha! Ye sangat lah tu. sekarang tak. Tunggu kejap lagi. Entah-entah dia pergi buat aku punya dismissal letter. Allah! Habislah Juna mak!
##

Sejak tadi senyuman dibibir Syu memekar. Macam orang baru kena pinang. Juna julingkan mata sebab dia tahu senyuman si Syu tu bukan senyuman kena pinang atau apa. Tu senyuman nak menyakat dia dan Juna taka da mood nak melayan.
“kau senyum macam tu lagi aku simbah sauce atas kepala kau. nak?”
Mati terus senyuman Syu. Seram doh Juna ni. Tak boleh nak dibawa belawak sikit.
“Aku senyum salah. Karang aku buat muka hulk kau marah pula.” Syu buat gaya berjauh hati sedikit. Tapi tak pun sebenarnya. Dah almaklum tahap petala ke Sembilan dengan perangai si Juna ni. Panas memanjang.
Juna jeling Syu. “There’s nothing for you to laugh at. Things are not funny, at all.”
Syu angguk. Hujung straw dibawa ke bibir. “Itu kau punya assumption kawan. Not me. Bagi aku, ini semua sweet destiny. Bertahun berpisah akhirnya jumpa balik. I have no idea that fate can be this so sweet.”
“Sweet kepala engkau! Bala tahu? Bala!”
Juna menguis makanan dalam pinggan. Sekarang tak tahu nak describe perasaan macam mana. Bersyukur? Oh, seems not the right choice. Sedih? Tak langsung! Habis tu? Confusing and complicated.
“Kenapa cakap macam tu? Kau tahu tak, tak senang orang dapat berjumpa semula macam kau ni lepas bertahun terpisah. Tulah! Dulu aku suruh masuk UM sama dengan dia kau tak nak. Sibuk sangat nak jadi Accountant. Macam lah kat UM taka da. But lucky you, Tuhan temukan balik kau orang berdua. Under company yang sama pula tu. How sweet…”
Panjang berjela si Syu berucap. Juna hanya mampu mengeluh lemah. I’ve been persuading myself to stop memorizing that name again but now, tuan empunya nama sudah datang semula. Bertahun dia makan masa nak clorox nama itu namun tak berjaya. Tapi kenapa perlu datang lagi? Makin susah lah kerjanya sekarang ini.
“Entah-entah dah kahwin.” Senyum tawar tersungging.
Syu pula bulat mata. “Taka da lah! Kalau ya, mesti Am dah cakap. No! no! tak payah nak fikir macam tu. Insha Allah Juna. The end, dia dengan …”
“Chopp!” Juna tahan Syu dari terus bercakap. Pot pet pot pet dari tadi. “Dia kawin tak kawin, wa takmau pusing. Sekarang makan. Kejap lagi aku nak menyembah dia pula. Mau dia lontar aku ke planet Pluto kalau aku masuk lambat.” Juna terus sambung menyuap makanan.
Syu hanya mampu sembunyikan senyum. Juna… Juna… I have no idea that this hard-rock-typical woman boleh jadi pencinta setia macam ni. Salute ah!
##

Kepalanya terjengh ke dalam Hall B.  Mana pula si Keth ni? Berejam aku menunggu kat sini.
Juna menapak ke hadapan sedikit, menduga si Keth yang ditunggu sejak tadi akan muncul dengan segera. Hampeh! Angina bertiup sepoi-sepoi dengan bunyi cengkerik beradu suara macam nak menyindir ada lah. Juna merungut dalam hati, ‘Kejap lagi aku sembelih si Keth ni!’Juna pandang pula jam tangan. 8.15 minit malam. Ni kalau Warden tahu aku kat blok akademik waktu macam ni, mau dia pelangkup masa assembly esok.
“Juna! pSst!”
Suara yang entah dari mana itu membuatkan Juna beralih posisi dari menghadap muka pintu kea rah landskap. Tak ada sesiapa di situ. Juna kalih pandang pula ke atas. Di aras setentang dengannya, dalam kesamaran cahaya, dia lihat Keth tengan senyum smirk sambil lambai tangan ke arahnya. Juna ketap gigi geram. Boleh pula dia buat sengih nak kaki macam tu?. Juna hadiahkan jelinga maut sebelum dia bergerak naik ke atas.

“Kau dari mana?”
“Ala, sorry. Q tak bagi lepas tadi. Sorry kawan…”
Juna mencebik malas melayan. Keth dilihatnya membuka pintu bilik bestari. Juna berpeluk tubuh sambil menanti. Seusai itu, kedua-duanya melangkah masuk. Keth si pengerusi persatuan Bestari terus buka lampu dengan aircoond sekali. Juna pula mengambil tempat di PC paling hadapan.
Keth kerling Juna yang selamba duduk terus. “Juna, kau datang seorang je ke?”
“Tak. Ada kawan aku ikut kat belakang kita tadi. Tak nampak?” Juna buat nada kerek.
Keth jegil mata. seriau rasanya. Meremang bulu tengkuk dia. Juna ni, nampak je perempuan tapi mulut longkang. Sah-sah dia sedia maklum aku ni penakut tahap giga. Lagi di bahannya.
“Mulut. Balik karang ada yang ikut kau baru padan muka.”
“Aku suruh ‘dia’ ikut kau pula.”
Astaghfirullah. Keth tekup tangan ke dada. Mau jatuh jantung aku kalau bercakap dengan si Juna ni. Seram! Terbayang-bayang ada yang mengikutinya masa balik asrama nanti. Sengal kau Juna.

Keth trus ambil port setentang dengan Juna. Gadis itu dilihatnya tekun mengetuk meja sambil menunggu PC terbuka. Sesekali Keth telan liur. Cakap tak? Nak cakap tak?

“Hoi!!!”
Oppocot! Terjegil mata Keth. Hampir dia melatah. Buat jatuh saham je lelaki melatah depan gadis. Malu beb. “Kau kenapa? Tersampuk?”
“Patut aku tanya kau. tersampuk? Dok tenung aku macam nak tembus. Dah jatuh hati?” Juna jeling sebelum matanya lekat pada skrin.
Keth gelak kegelian. “Perasan makcik ni!” Keth simpan senyum. Nak gelak lebih-lebih, kena tibai pula oleh si Juna kat sini nanti.
“Aku nak tanya sebenarnya.”
“Fire away.” Tangan Juna berlari laju di atas keyboard. Kertas kerja mesti siap malam ni juga. By hook or by crook, president dah bising tadi. Betul-betul minta kaki lah budak-budak yang pergi recommend nama dia untuk jadi secretary tak bertauliah dulu. Gila!
“Aku ada dengar cerita.”
“emm..”
Keth garu kepala. Proceed atau cut tengah jalan, Keth? Keth bingung. Takut angin si Juna berubah pula nanti. Mau terbalik semua bilik bestari ni.
“Pasal kau. Dengan Faed.”
“Apa kau dengar?”
“Kau serang dia kat Hall A. betul ke?”

Juna sekadar angkat kening mengiakan. Cerita tak penting. Malas nak layan. Entah siapa pula yang pergi menyebar cerita itu. kurenk betul. Tapi, apa dia nak kesah. Cerita betul. Sebab si Faed tu yang cari gaduh. Mana dia tak baran.

Keth ketuk-ketuk meja sambil tunggu Juah buat kerja dia. Sambil tu dia susun ayat nak lontarkan. Juna ni bukan boleh buat main. Kalau tersalah step, maunya esok turun kelas dengan kaki bertongkat kena cepuk. Naiya!

“Keth, kau nak cakap apa straight away. Aku dengar ni.” Ekor mata Juna perasan dengan gelagat si keth yang sejak tadi macam tak senang duduk. Ada lah benda yang berlegar di kepala si kawan tu?

“That’s not proper. I think. Kau tu perempuan Juna. Kau … err… aish, kau fahamlah.” Keth garu kepala. Pakai bahasa melayu. Takkan Juna tak faham kan?

Juna senyum smirk. “Lantak lah. Dia buat hal. Nasib baik aku tak tibai.”

Keth geleng. Susah cakap dengan heart rock macam Juna ni. Tak lut!“Man will start talking Juna. And I feel bad if ada yang sebar rumours pasal kau. serious. Sebab kau pun kawan aku juga.”

Gadis itu masih dengan riak tenang. Sedikit pun fokusnya tidak trganggu dengan Keth. “Then let me ask you. Is there anyone exists on this earth yang ada power untuk stop and filter what others are gonna say about you?” Juna alihkan sekejap pandangan kepada Keth yang sudah menyanggah kepala dengan tangan kanannya.

Ternaik kening Keth. “Betul lah tu. Tapi at least, think about you yourself as a lady. Man punya assumption sangat cepat terhasil Juna. Nak-nak yang mulut tak berapa nak bercakap dengan spesis aku ni, macam kau. Lagilah banyak assumption. Aku nak backup pun macam payah.”

“Biar je. Thanks but no thanks untuk kau punya backup. Tak lama pun aku kat sini menatap muka tu semua Keth. By next year, semua dah bawak haluan masing-masing. Haters are gonna be haters. One fine day, they’ll realize that they have wasted their time, putting jealousy against others. Kan?”

Keth sengih. Memang philosopher berjaya betul lah minah ni. Keth salute dalam hati.“Tapi ayat kau buat aku sentap sikit. Rasa macam sedih nak tinggal sekolah ni. Tinggal korang semua. Phew. I keep wondering how my life is going to be without you all.”

Juna meneruskan aktiviti mencurah idea untuk siapkan paperwork. Keth hanya memerhati.

“Emm.. insha Allah aku pun akan rindu kau orang semua. Termasuk haters sekalian…”


##

“Conjugaisan kau dah siap belum?”

Angguk.

“Pinjam?”

“Atas meja depan.”

Esha bergerak kea rah yang ditunjukkan oleh Juna. Senang betul dapat classmates rajin macam Juna. Tak payah nak buat notes berangkai panjang. Pinjam je Juna punya. Complete dengan akronim sekali.

“Juna, kau rasa kita boleh pass tak?”

Juna angkat kepala pandang Luqman yang tengah menulis sesuatu di atas buku log nya. Juna jongket bahu. “Ingat aku dukun peramal ke? Aku tak tahu. Tapi kalau tengok usaha kita, insha Allah. Plus, monsieur pun banyak tolong kita kan?” Juna kembali melarikan pilot shaker ke ats sketch booknya. Siap dengan ruler dia buat jadual untuk fill in verb dengan conjugaisan sekali.

“kalau kau, aku rasa boleh pass with flying colours. Aku ni yang macam payah sikit.” Suara Shah kendur sedikit di antara mereka berenam yang sedang ralit membaca buku tebak berwarna hijau depan mata.

Juna sengih smirk. “Kita makan minum buat benda yang sama apa Shah. Tak ada lebih atau kurang. Kita go through together, kita pass together. Okey kawan?” Juna menepuk bahu Shah di sebelahnya. Shah hanya sungging senyum kelat.
“Weh, Han dah balik belum? Kenapa dia tak join group kita?” Luqman tiba-tiba menyoal. Juna diam ditempatnya. Shah kerling pandang Juna di sebelah.
“Bukan dia kena chickenpox ke?”
Terangkat kepala Juna. Static. Shah simpan senyum. Obvious sangat tu kawan…
“Mana kau dengar?” Juna menyoal. Luqman pula dipandangnya dengan dahi berkerut.
“Semalam Amsyar call dia. Dia cakap MC sampai seminggu.” Pian tolong jawab untuk pihak Luqman. Berita itu pun, dia yang sampaikan kepada Luq petang semalam.
Shah pandang Pian. “So, dia tak ambik test ni?”
“Nampak gayanya begitulah…”
Shah terus toleh pandang Juna yang sudah kembali menunduk. “Juna, kau tak nak call ‘dia’ ke?”
Zrapp!! Lima kepala yang lain laju pandang Shah. Termasuk Juna sekali. Paling bulat matanya antara yang lain. Shah nak gelak sakan kat situ.
 “Apa aku pulak?”
“Mana lah tau lepas ni kau tak khusyuk nak sit for test ni bila dia tak ada. Idola lah katakan…” Shah bercakap tanpa rasa bersalah. Juna terus pandang yang lain yang tengah merenungnya tajam. Esha di sebelah sana juga tahan gelak macam Shah. Juna telan liur yang terasa berpasir. Gila agaknya Shah dengan Esha ni. Lupa ke dalam ni ada tiga ekor budak aspura, Luqman, Pian dan Haidhar. Member tegar si Han pula tu. Habislah aku.
“Merapu je kau ni.” Juna malas hendak melayan Shah. Habis kena sakat je dia lepas ni.
Luqman pandang Pian. Pian pun pandang Luq bersilih ganti dengan Haidhar. Yeah, something fishy here! “Juna?”
‘Ah, sudah!’
Juna terus pandang Shah dengan pandagan mencerlung macam hantar maksud, ‘Lepas ni aku hempuk kau.’
Shah tayang muka tak bersalah. “C’on lah Juna. Semua budak dah tahu.”
“Tahu apa?”
“Tahu Juna boleh cair dari metal ke lead yang lebur bila nampak si misthur yang tak dapat hadir hari ini tu.”
‘Okey, this one is bloody hell!’
“What?” Serentak Pian. Luqman dan Haidhar pandang Juna. Hua!!!! Juna rasa nak meraung sekarang ni. Apatah lagi bila Pian dan yang lain buat senyuman gatal nak minta pelangkup sekali macam tu.
“Pandai kau simpan rahsia ye Juna.. dah tiga tahun dah…”
Huh, like yeah?
##
“Chemist?”
“Done!”
“Addmath?”
“Tengok kaki lah.”
Ceit. “Fizik?”
“In progress…”
Papp! Luq tutup buku sketch book berwarna hijau depan mata. Dia beralih memandang Han yang sedang bersungguh-sungguh bina ayat untuk jawab essay fizik pasal thermal energy.
“Lepas kau siap, aku tengok boleh?”
Han senyum smirk. “Tengok ke tiru?”
Luq hanya sengih tayang gigi. Han dilihatnya tergelak kecil sebelum kembali memfokuskan pandangan. Tiba-tiba Luq diterpa sesuatu ke dalam mindanya. Lantas matanya memandang sekeliling. Line clear. Budak kelas semua tengah busy dengan hal masing-masing.
“Han.”
Lelaki itu tidak menjawab. Hanya keningnya terangkat walaupun mata masih ke atas kertas.
“Aku ada nak cakap ni.”
“Shoot.”
“Errr… kau percaya tak kalau aku cakap ada minah suka kau?”
Eh? Terangkat kepala Han. Berkerut dahinya memandang Luq. Sekejap kemudian, Han ketawa kecil. “Tak ada lawak lain ke?”
Luq garu kepala. Nak cakap atau tidak? Haish, macam rasa bersalah pula kalau nak cakap. “Aku tak buat lawak. Serius ni.”
“Ye sangat lah tu Luq. Habaq mai siapa gerangan yang tuan hamba maksudkan.” Han sudah letak pilot shaker terlentang di atas test pad. Dia buat gaya seolah tertarik dengan cerita Luq walhal dalam hati dia sudah mengira-ngira untuk ketuk kepala si Luqman ni kalau dia memain je.
Luqman garu kepala sebelum angkat tangan tanda bendera putih. “Itu aku tak boleh cakap.”
Berkerut dahi Han. “Pulak?”
“Rahsia kerajaan beb…”
Han menggaru pelipis. Mengada-ngada betul si Luqman ni. Han kembali menarik pilot shaker dan mula ligat mencari idea seperti tadi. “Aku tak nak layan kau dah. Jangan kacau aku. merepek je banyak.”
Luqman simpan senyum. Kalau aku cakap, mesti kau tak akan percaya punya lah Han. Sebab aku pun hampir kena heart attack masa tahu semalam. “Mana-mana engkau lah Han…”
Luqman terus berganjak dari situ meningggalkan Han yang seolah sudah tidak tertarik untuk melayannya walhal Luq tidak tahu, kepala Han sudah tersekat untuk mencari idea mmbuat essay. Heish, tak guna betul si Luq ni!
##
“Takkan lima tahun ni kau tak lupa kat dia langsung?”
Juna tidak menjawab. Kepalanya tegak ke hadapan sambil mata memandang sekeliling. Bimbang ada kereta yang akan lalu.
Syu yang perasan dengan mood tak nak melayan Juna itu buat muncung itik. “Aku tanya ni Juna…”
“Apa dia?” Juna berhenti melangkah sambil pandang Syu yang berdiri macam orang merajuk tak dapat gula-gula. Heish, kena cepuk jugak Syu ni kejap lagi.
Zretttt!!!!
Mata Syu membulat. Mata Juna juga. Kedua-duanya static di tempat. Begitu juga lelaki di dalam Range Rouver yang membuat break mengejut tadi. Hampir terkeluar anak jantung si lelaki itu. lantas spec dicampak ke atash dashboard. Hujung lengan baju disinsing ke siku. Haih, malaun mana nak kena dengan aku ni?
Juna bergerak perlahan, menoleh Sembilan puluh darjah pada ‘objek’ besar yang berjarak semester dari dia. Syu pula telan liur yang pahit dan jantungnya berdegup laju macam lepas marathon. Phew, sikit lagi melayang nyawa Juna.
“Oi cik Kiah. Jual nasi lemak tengah jalan ke? Buat jalan macam hak milik sendiri. Nak mampus cari kereta lain. Jangan kereta aku!”
Bulat mata Juna dan Syu mendengar ayat lelaki itu. He said what? Menyirap darah Juna. Mulut macam devil. Juna mengetap gigi. Geram! Dia pandang lelaki yang sedang berdiri setentang dengan dia. Lelaki itu dilihatnya memeriksa bumper depan keretanya. Sempat lelaki itu menghembus nafas lega sebelum kembali merenungnya dengan tajam.
Juna yang baru hendak bersuara terdiam. Kakinya kaku ditempat. Kejung macam tadi. Mulutnya terketar hendak menjawab tetapi tidak mampu. Syu disebelahnya juga terdiam.
“Dah buta jadi pekak pula?”
Juna diam lagi.
Lelaki itu kerut dahi. Dah kenapa minah ni? Tersampuk. “Hoi!!!”
“Ha?”
Ek elleh. Berangan? Lelaki itu geleng kepala. Memeningkan betul budak ni. “Dah, ketepi. Jalan ni bukan mak bapak kau punya. Karang aku langgar, kau mati free. Aku pula kena bayar fine. Tepi. Dasar cik Kiah!” lelaki itu bergerak kembali ke dalam keretanya. Sempat dia membunyikan hon untuk menyuruh wanita yang masih terkaku di atas jalan itu ke tepi. Juna menurut. Tidak seminit, Range Rouver itu sudah laju membelah jalan raya, meninggalkan Juna dan Syu terpinga-pinga.
Syu segera menghampiri Juna. Tangannya naik memegang bahu Juna. “Juna? Kau okey tak ni?”
Ha? Juna toleh pandang Syu. “Syu…”
“Ye, kau okey tak?”
Juna geleng laju. “Aku rasa nak pitam.”
“Hah?” cuak Syu dibuatnya.
Juna pejam celik matanya beberapa kali. Oh hell Juna, do not even wish this as a dream. Matanya masih merenung Syu. “Syu, tadi tu dia…”
##
Sudah hampir dua bulan kejadian itu berlaku. Apabila diingatkan semula, hampir tergelak Juna dibuatnya. Apasal lah boleh terkesima tahap macam nampak Robert Pattinson, tak pun Ian Someholder depan mata. gila lah Juna. Buat malu betul.
Dan tak sangka pula, dua hari lepas tu dia jumpa semula dengan lelaki yang sama di tempat kerja barunya. Hampir pitam lagi sekali Juna dibuatnya. Apalagi disahkan bahawa sesungguhnya lelaki itu ialah Executive Manager di company tersebut. Mau tersembul matanya nampak lelaki itu keluar dari bilik Executive Manager. Nasib baik dia tidak melatah.
Juna menghumban tubuh ke atas katil. God, is this a dream or a dream comes true? Juna meraup mukanya beberapa kali. Bayangan yang sama berlegar di minda. Out of nowhere, selepas bertahun, kenapalah kita jumpa semula Han. Aku dah clorox nama kau beberapa kali, boleh pula kau muncul semula depan mata. Siap jadi senior officer aku pula. Juna geleng kepala. Kalau Syu kata ini ‘sweet fate’, memang tidak. Ini nak menambah penderitaan aku pergi delete permanently nama itu lagi sekali. Lagi naiya kalau itu dah jadi laki orang. Huish, payah!
Juna segera bangun lalu menuju ke tandas. Dia perlu menghadap yang Satu itu. meminta petunjuk dan bantuan. Meminta untuk ditegarkan segumpal darah dalam tubuhnya yang selalu goyah setiap kali mengingati lelaki itu. Allah…
##
G soft diketuk-ketuk ke atas meja. Mata Haidhar masih pada Han yang tersenyum memandangnya.
“Kau saja buat tak kenal atau kau memang tak kenal?” sebaris keluar dari mulut Haidhar.
Han tenang tak beriak. “First memang aku tak perasan langsung bro. Ye lah, dulu elok je dia punya mata tak pakai spec. sekarang dah bersarung spec siap yang full frame pula. Mau aku sangka pelanduk dua serupa. Rupanya memang orang yang sama.” Han simpan senyum yang tersungging di hujung bibir.
Haidhar gelak kecil sambil geleng kepala. Kalau kira-kira, hampir lima tahun lelaki didepannya ini meninggalkan tanah tumpah darah mereka. Maksudnya, dah lima tahun jugak dia tak jumpa Juna. Wajarlah kalau Han tak kenal Juna masa awal-awal dulu.
Han merenung frame berisi gambar zaman sekolah dulu di atas meja. The old memoir…
“Apa kau rasa dapat jumpa dia?”
Huh? Mata beralih dari wajah-wajah classmates ke wajah Haidhar yang sedang bermain pen di tangan. “Kau tanya apa?”
“Kau jumpa dia. Apa kau rasa?”
Berkerut dahi Han. Apa punya spesis soalan tu? Han betulkan duduknya sebelum menjawab. “Biasa je. Terkejut adalah sikit. Classmate lama. Tak sangka boleh jumpa. Tu je. Kenapa tanya?”
Haidhar mengejek dalam hati. Ye lah tu Han.. macam aku percaya. “Kau rasa lima tahun kau dah cukup tak?”
Makin jelas kerutan di dahi Han. Kenapa dengan Haidhar ni? Awal pagi lagi buat kuiz soalan tak dapat difahami macam tu. tersampuk agaknya. “Cukup apa?”
“Cukup untuk kau decide yang apa kita cerita masa malam before paper bio tu kau akan laksanakan atau tidak.”
Terdiam Han sekejap. “Kau ingat?”
Haidhar angguk.
Han tergelak kecil. Entah lah Haidhar. Aku tak tahu. Dan, macam aku tak berani. “Entah-entah dah jadi mak orang.”
Haidhar geleng. “Shah taka da cakap apa-apa soal itu. Syu pula, tiap kali aku tanya dia akan jawab ‘Juna tu setia sampai tahap jadi lone ranger tak bertauliah’. Dan aku rasa, kau boleh buat conclusion sendiri lah.” Haidhar senyum tayang gigi kepada Han.
Han garu belakang kepala yang tidak gatal. Nak buat macam mana? Err..
Pap! Melayang file tipis ke bahu Haidhar. Terkejut Haidhar apabila Han tiba-tiba memukul dia. “Weh, kau masuk bilik aku ni nak metro bagai kenapa. Pergi buat kerja sana.” Han terus menghalau apabila matanya lekat pada jam dinding. Haidhar mencebik geram. Beretika betul lah si Han ni. Haidhar berdiri dari duduknya. “ye lah bos, aku gerak lah ni.”
Han sengih pandang Haidhar yang cemberut. Phew, boleh aku lari dari soalan menikam dia tu.
Sebelum pintu bertutup, sempat Han pandang Haidhar dengan menjengulkan kepalanya dari luar. “By the way Han, aku tagih janji kau.”
Erk!
##
Ketukan di pintu mengundang Han untuk angkat kepala.
“Masuk!”
Daun pintu terbuka lalu sesusuk tubuh terjengul di situ. Han terdiam. Wanita bertudung turquoise itu juga sama. Dia perasan pandangan itu menunduk sedikit, tidak mahu menentang matanya. Han buat-buat fokus pada skrin laptop.
Juna melangkah masuk. Proposal di tangan diletak ke atas meja kerja Executive Manager itu. “Ini proposal yang saya missed semalam. Boleh recheck.”
Han mengangguk tanpa memandang langsung wanita itu. dalam perkiraannya, ini lah pertama kalinya Juna bercakap dengan dia sepanjang itu. Bahkan sejak tujuh tahun yang lepas. Sejak mereka kenal di sekolah. Selama ini, main angguk geleng je kalau ada apa-apa. Macam yang dia buat sebentar tadi.
Juna gigit bibir bawah. Kerek tu nak simpan sampai tua ke mamat ni? Huh! At least cakap lah terima kasih ke apa ke…
“Saya keluar dulu.”
Han angguk lagi.
Sebaik daun pintu tertutup, Han mengerling file berwarna hijau muda di atas mejanya. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai file itu. dibelek-belek sebelum dia mengangguk puas hati. Bukan dia tidak kenal dengan Juna. Sejak zaman sekolah, semua kerjanya tip top! Semua cikgu puji. Bahkan kadang-kadang dia jadi segan sendiri apabila cikgu pernah menyuruh dia meminta tunjuk ajar Juna untuk membuat lab report. Han tersenyum sendiri.
Juna melangkah terus ke meja, tanpa selekoh tajam mahupun bengkok. Hatinya tidak berentak dengan betul. Gila lah! Bagaimana dia dapat teruskan kerja di bawah satu bumbung dengan lelaki itu kalau Encik Hati ni tak mahu berkerjasama dengan baik. Hailo..
“Kau dah kenapa?” Haidhar yang baru keluar dari  pantry memandang pelik kepada Juna. Juna kelihatan ralit.
“Tak ada apa. Kenapa kau tanya?” Juna buat riak setenang mungkin. Haih, Haidhar ni bukan boleh dibuat main. Kalau membahan pun nombor satu!
Mata lelaki itu beralih sekejap kepada daun pintu bilik Executive Manager itu sebelum kembali memandang Juna. Haidhar menarik muk ke tepi bibir sambil menyembunyikan senyum. “Sure?”
Juna julingkan mata ke atas. “Yupps. Penyebok lah kau ni. Pergi buat kerja.” Juna angkat punggung hendak ke pantry. Jadi berselera pula menghidu bau Teh dari muk Haidhar.
Sedang ralit Juna menuang air dari heater ke dalam muk nya, daun pintu pantry dibuka dari luar. Terjengul wajah Haidhar. Juna mengeluh lemah. “Kau ni ulang-alik ke pantry je aku tengok. Tak ada kerja?”
Si kawan itu hanya senyum segaris. Dia membasuh muk yang sudah kosong lalu membasuh tangannya. Dia bersandar pada cabinet rendah sambil mata memerhatikan Juna.
“Dah lama kita tak borak ramai-ramai kan? aku rindu sekolah. Rindu batch kita.” Haidhar memulakan muqqadimah.
Senyum segaris Juna dibuatnya. “Hati tisu betul kah kau ni. Aku pun rindu sekolah. Tapi semua tengah busy dengan life masing-masing.” Kali ini Juna sudah berpaling sambil memegang muk di tangan.
Haidhar mengangguk meniyakan. “Macam tak sangka aku, kau dan Han boleh duduk under company yang sama.”
Juna juga mengangguk walaupun di dalam dirinya rasa terganggu sedikit apabila nama ketiga itu naik. “Syu pun kerja tak jauh dari sini. Tak susah pun kalau kau nak jumpa dia.” Juna cuba mengusik Haidhar. Bukan dia tidak tahu si Haidhar ni pernah tersukakan Syu. Atau mungkin masih suka?
Lelaki itu hanya senyum senget apabila perasan Juna cuba menduga dia. ‘Oh, nak kacau aku eh Juna? Sekali aku kacau kau, terdiam kau….’ Haidhar senyum jahat.
“Jom lah, kita keluar ramai-ramai. Look for a fine day. Kita overnight ramai-ramai.”
Juna letak muk ketepi.teruja dengan cadangan Haidhar. “Boleh. Boleh. Bila?”
Haidhaar buat gaya menggaru dagu seolah berifikir. “Aku rasa tu kita kena tanya Han. Sebab antara kita semua, dia tu yang paling susah nak spend time bersama. Busy memanjang.”
Juna sekadar mengangguk. Dia tarik semula muk tadi. Teh dihirup sekali lagi. “Kau tanya lah dia.”
“Kau tak nak tanya?”
“heish. Kau kawan dia. Kenapa pula kena aku yang tanya?”
“Sebab kau secret admirer dia.” Haidhar jongket kening double jerk.
Terbatuk Juna dibuatnya. Teh itu macam tersekat di kerongkong. Gila lah si Haidhar ni. Hampir aku innalillah.
“Kau ni banyak main lah beb. Dah! Aku nak sambung kerja.” Juna baru berkira hendak berlalu keluar apabila topic si Haidhar sudah melencong. Baru selangkah dia menapak, Haidhar bersuara lagi.
“Before that, tadi bos pesan tolong buatkan dia air sekali. Aku busy. Bye!” Haidhar memotong langkahnya, keluar dari bilik kecil itu. Juna terlopong. Apa dia? Bengong betul si Haidhar itu. dari jauh dia nampak si Haidhar gelak lalu terdiam apabila si Bos berdiri di muka pintu biliknya. Dia lihat Han jongket kening seolah bertanya sesuatu kepada Haidhar. Haiddhar pula terus toleh memandang Juna dan tersenyum smirk. Juna kerut dahi. Dan masa tu Han pun tengah tengok dia. Ah, sudah! Aku kena buat air untuk dia ke maksudnya tu?
Kau tunggu Haidhar, kau tunggu!
##





1 ulasan:

  1. Hello there, I'll try to put your link in my blog ya. And keep on writing, dont ever give up, dear. :D

    BalasPadam