expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

kerana Fathir 2

Kakinya tercacak di depan main entrance mid valley sejak tadi tapi wajah yang di tunggu masih belum nampak tanda-tanda untuk muncul. Dia ni nak datang ke tak? Berkulat aku menunggu! Aun meramas hujung rambut yang sudah panjang paras bahu.

"Holla lady..."

Cut the crap la you romeo! Aun mengutuk dalam hati. Dia kenal suara itu. Dia menoleh. "Ingatkan kucing bertanduk sepuluh baru muncul." Saat ni Aun sudah menoleh memandang empunya suara. Matanya mencerlung memandang Kusya.

Kusya senyum bersalah. "So sorry lah. Kuda I buat hal tadi." Sambil itu mulut Kusya terherot ke arah motorbike nya yang tersadai di tepi jalan.

"Nah!" Tangan Aun menghulurkan sekeping buku kepada Kusya. Kusya menyambut dengan senyuman lebar di wajah.

"Thanks lady. This is why I adore you so much."

Aun rasa nak gelak tergoleng. Kusya ni memang sweet talker number 1. Nasiblah aku dah kental dengan perangai dia ni. Kalau tak,  dah lama melted oleh si Kusya ni. "Kau tak payah nak sweet sangat. Remember to pay for the rest by next month. Catalog tu ada details payment yang kena cover secepatnya. Ingat!"

Kusya mengeluh. "Ye lah. Faham. By the way, you datang sendiri ke hantar benda ni? Opi mana?"

Aun geleng. Tadi kemain sweet talker dengan aku. Sekarang ni cari Opi pula. Nak ngorat Opi pulak lah tu. "She's not well. Semalam kena flu masa balik dari restock barang kat kedai mak dia."

Kusya ternaik kening. Serius? Patutlah semalam tak jawab call. "Teruk ke?"

Aun jongket bahu.

"I'll get some medicine. Tunggu jap."

Belum sempat Aun bersuara, Kusha sudah lebih dahulu berlari masuk ke dalam mid valley. Mencari pharmacy terdekat. Aun geleng kepala. Kusya, isnt that seem too obvious that you care a lot dengan kawan aku yang seekor tu? Aun tarik sengih.

"Well, your taste is not bad. Tak ada lah rupa harimau sangat pakwe you tu."

Zrapp!!! Aun pandang dengan riak tak percYa kepada orang di depannya. That man with his very minta penampar punya ayat.

"What are you doing here?"

"Mid valley ni you punya ke?"

Aun terdiam.

"Babe?"

Seorang wanita datang menghampiri mereka dengan gediknya. Hendak terjojol biji mata Aun apabila gadis itu melekap pada Ayad. The heck! Segera dia melarikan pandangan.

"Meet my bro's tutor. Cik Harimau." Ayatnya disusuli tawa yang kuat. Gadis itu ikut tertawa. Aun menyirap. Lelaki ni memang nak kena dengan aku!

"Oh, this must be your girl. Yang mana satu ek? Yang kerja lawyer ke, doctor ke, atau manager tu? I dah lupa. Tapi, kalau tak silap I, muka dia sama dengan that girl yang you kata in progress you nak break her heart. Sheesh. I feel bad for you. Maklumlah, Ayad ni memang perangai gila sikit. Just be rady key? By the way, I am leaving. Bye!"  Aun terus bergerak laju saat dia melihat Kusya sedang melangkah ke arahnya. Terpinga-pinga Kusya di buatnya saat Aun menarik tangannya untuk pergi dari situ.

Ayad terkaku di tempatnya. What that minah said? Kepalanya terus menoleh memandang Menda di sebelah. And the two hazzel eyes are staring at him. Fiercely. Matilah.

"Ad! We are done!"

Ayad terpaku.

##

Mini compo itu terpelanting ke bawah. Kepalanya terasa berpijar. Damn woman. Telefon bimbitnya berkali-kali di tekan dengan ganas sambil berselang seli ditekup ke telinga. And still, call rejected. Ni semua pasal perempuan harimau tu. Ih!

Ayad berlari turun ke bawah. "Fath! Fath!" Suaranya bergema satu rumah.

"Apa ni Ad? Kenapa jerit-jerit ni?"

"Fathir mana ma?"

Mama memuncungkan mulut ke arah Fathir yang sedang asyik dengan PSP di tangan. Ayad meneruskan langkah menghampiri Fathir. PSP Fathir ditarik kasar. Bunta g mata Fathir.

"Ayad!" Serentak suara ma dan Fathir bergabung. Ayad buat tak peduli.

"Give me your tutor's number." Ayad merenung Fathir seolah hendak ditelan. Fathir kerut dahi. Dah kenapa?

"What the hell are you comitting now Ayad? Nak buat apa number kak Aun?" Fathir cuba mencapai PSP di tangan Ayad namun gagal apabila Ayad gawangkan PSP itu ke udara. Yeah, he just being so tall.

Ternaik kening Ayad. "Kak? Wah, impressive. That very longkang punya typikal mulut you boleh assign as kak. This is way nonsense."

Ma meletakkan balang yang sedang ditatang menuju ke tempat Fathir ke tepi. Dia menghampiri Ayad dan Fathir yang sedang bertekak. Kenapa pula kali ini? Dengan nama Aun sekali boleh naik.

"Both you. Kenapa ni?"

Fathir pandang ma. Dia buat muka tak faham juga. Tiba-tiba Ayad menyinga. Menstruation agaknya.

"Ad?"

"Ma, I think you have that perempuan's number."

"Nak buat apa?" Kurang senang sikit Puan Wanda mendengar Ayad menyebut perkataan perempuan itu. Macam agak kurang sopan.

"Ad ada important matter dengan dia. I want her number."

Puan Wanda kerut dahi. "What matter?"

"Urgent ma. NOW." Kepala Ayad terasa semakin panas. Tidak sabar untuk fire budak perempuan mulut tak ada insurans itu. Yang menyebabkan Menda tinggalkan dia.

Puan Wanda yang nampak kegelisahan Ayad terus menurut. Fathir hanya statik di tempat, melihat Ayad menyalin number dari handset ma. Apabila Ayad mendapat apa yang diinginkannya, dia terus berlari ke bilik privasinga dan mengunci diri di situ. Fathir dan mama terkesima. Fathir pandang ma, ma pandang Fathir. Masing-masing tak faham apa yang sedang berlaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan